selenium
Selenium (Se) adalah sejenis mineral yang ditemui dalam kacang Brazil, ayam, ikan, bijirin, dan telur.

Pengenalan

Selenium (Se) adalah sejenis mineral yang ditemui dalam kacang Brazil, ayam, ikan, bijirin, dan telur. Ia pernah dianggap sebagai toksin sehinggalah pada tahun 1957, apabila manfaat kesihatannya telah ditemui. Pengambilan yang seimbang dalam diet adalah penting. Kekurangan atau berlebihannya adalah berbahaya. Akan tetapi, jika jumlah pengambilannya adalah betul maka, anda boleh mendapat manfaat kesihatan yang meluas.

Ia juga diikat pada asid amino cysteine yang mengandungi belerang dan ia membentuk sejenis antioksidan yang digelar selenoprotein dalam tubuh. Selenoprotein membawa selenium ke tisu, lalu mengurangkan keradangan, menyokong kesihatan sistem imun dan kelenjar tiroid.

Kegunaan Selenium

• Kekurangan selenium. Pengambilan melalui mulut adalah berkesan untuk mencegah kekurangan selenium.

• Penyakit yang menyebabkan tiroid yang tidak aktif (autoimmune thyroiditis). Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan sehingga 200 mcg selenium setiap hari bersama dengan hormon tiroid mungkin mengurangkan antibodi dalam badan justeru itu menyumbang kepada keadaan ini.

Selain itu, ubat ini boleh membantu meningkatkan mood, perasaan kesejahteraan umum dan kualiti hidup dalam individu yang keadaan ini. Mengambil dos di bawah 200 mcg setiap hari mungkin tidak mempunyai sebarang kesan, namun ia mungkin beoleh member manfaat bagi mereka yang mengalami kes yang lebih teruk.

• Gangguan yang menjejaskan tulang dan sendi, biasanya terjadi pada individu dengan kekurangan selenium (penyakit Kashin-Beck). Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa penambahan garam yang diperkaya dengan selenium dalam makanan dapat mencegah penyakit Kashin-Beck pada kanak-kanak. Tetapi selenium seakan tidak mengurangkan kesakitan atau memperbaiki pergerakan sendi pada kanak-kanak yang mempunyai penyakit Kashin-Beck.

• Komplikasi kehamilan yang diiringi tekanan darah tinggi serta kehadiran protein dalam air kencing (pre-eklampsia). Wanita hamil yang memiliki tahap yang rendah dalam darah mungkin mempunyai risikoyang lebih tinggi untuk membangunkan pre-eklampsia. Pre-eklampsia adalah sejenis komplikasi kehamilan yang serius. Wanita hamil yang mengambil  sebanyak 60-100 mcg setiap hari sehingga 6 bulan semasa hamil mungkin mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami pre-eklampsia.

• Asma. Tiada hubungan antara paras selenium dalam darah dan asma. Pengambilan 100 mcg setiap hari sehingga 24 minggu didapati tidak meningkatkan kualiti hidup, fungsi paru-paru, mengurangkan simptom asma atau penggunaan penyedut asma dalam kalangan individu yang menghidap asma.

• Ekzema (dermatitis atopik). Pengambilan yis yang diperkaya dengan 600 mcg setiap hari selama 12 minggu sahaja atau bersama vitamin E tidak memperbaiki keadaan ekzema.

Kanser pundi kencing. Pengambilan selenium ditemui tidak mencegah kanser pundi kencing.

Penyakit jantung. Pengambilannya tidak mengurangkan risiko penyakit jantung. Bagi individu yang sudah mempunyai penyakit jantung, mengambil 100 mcg selenium bersama beta-karoten, vitamin C, dan vitamin E, tidak menghalang keadaan penyakit tersebut daripada menjadi lebih buruk. Malah, pengambilan sebanyak 200 mcg selenium setiap hari selama hampir 8 tahun juga tidak mengurangkan kemungkinan penyakit jantung.

Penyakit kritikal (trauma). Selenium yang diamvbil secara intravena (oleh IV) atau mulut tidak dapat mengurangkan risiko kematian atau jangkitan pada individu dalam keadaan kritikal.

Kencing manis. Majoriti penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang mempunyai tahap yang tinggi, individu yang mengamalkan diet tinggi , dan individu yang mengambil selenium sebagai makanan tambahan selama bertahun-tahun mempunyai risiko kencing manis jenis 2 yang lebih tinggi. Bagi individu yang sudah menghidap kencing manis pula, pengambilan  selama 2-3 bulan dilihat tidak mengubah tahap gula darah.

• Paras kolesterol atau lemak darah yang tidak normal (dislipidemia). Majoriti kajian menunjukkan bahawa pengambilannyasebagai makanan tambahan tidak meningkatkan tahap kolesterol pada individu yang mengalami dislipidemia.

• Bengkak (keradangan) hati yang disebabkan oleh virus hepatitis C (hepatitis C). Pengambilan 200 mcg  bersama vitamin C dan vitamin E selama 6 bulan tidak meningkatkan fungsi hati atau mengurangkan tahap virus bagi individu yang mempunyai hepatitis C.

• Bayi yang dilahirkan dengan berat kurang daripada 2500 gram (2.5 kg). Selenium didapati tidak mengurangkan risiko kematian bagi bayi yang mempunyai kekurnagan berat kelahiran. Tetapi, ia mungkin mengurangkan risiko jangkitan yang dipanggil sepsis.

Kanser paru-paru. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan 200 mcg  setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46% pada individu yang tidak mengalami kekurangan selenium. Walau bagaimanapun, penilaian semula kajian ini menunjukkan bahawa selenium tidak mengurangkan risiko kanser paru-paru pada kebanyakan individu, tetapi ia dilihat dapat memberi manfaat kepada individu yang mempunyai paras  yang rendah. Kajian lain pula menunjukkan bahawa pengambilan selenium sahaja atau bersama nutrien lain tidak mengurangkan risiko kanser paru-paru.

• Ketidaksuburan lelaki. Pengambilan sebanyak 100-200 mcg  setiap hari, bersendirian atau bersama vitamin A, vitamin C, dan vitamin E, selama 3-4 bulan tidak meningkatkan fungsi sperma pada lelaki yang tidak subur.

Kanser prostat. Sehingga kini, terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan bagi mengkaji fungsi ini.  Kebanyakan hasilnya menunjukkan bahawa ia tidak mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

• Kulit bersisik dan gatal (psoriasis). Pengambilan yis yang diperkaya dengan 600 mcg setiap hari didapati tidak dapat mengurangkan keparahan psoriasis.

Kanser kulit. Pengambilan 200 mcg ditemui tidak dapat mengurangkan risiko jenis kanser kulit tertentu yang digelar karsinoma sel basal. Malah, beberapa bukti saintifik lain turut menunjukkan bahawa pengambilan suplemen selenium sebenarnya boleh meningkatkan risiko mendapatkan satu lagi jenis kanser kulit yang digelar karsinoma sel skuamosa.

• Infeksi darah (sepsis). Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan selenium bersama nutrien lain secara intravena (IV) tidak mengurangkan risiko kematian pada individu yang menghidap sepsis. Ia juga tidak mempercepatkan masa pemulihan di hospital atau mengurangkan risiko penyakit pneumonia atau kegagalan buah pinggang.

• Keracunan arsenik. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan yis yang diperkaya dengan selenium seolah-olah mengurangkan jumlah arsenik yang diserap oleh badan dalam kalangan orang Cina yang terdedah kepada tahap arsenik yang tinggi di persekitaran mereka.

• Kanser. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen selenium tidak mengurangkan risiko kanser atau kematian yang berkaitan dengan kanser. Walau bagaimanapun, kajian terdahulu mencadangkan bahawa ia boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 24% serta kematian berkaitan kanser terutamanya pada golongan lelaki.

• Katarak. Kajian klinikal menunjukkan bahawa mengambil 200 mcg selenium setiap hari dengan atau tanpa vitamin E selama 5-6 tahun tidak mengurangkan risiko katarak yang berkaitan dengan usia pada lelaki.

• Sel-sel yang tidak normal pada permukaan leher rahim (displasia serviks). Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil 200 mcg setiap hari dapat mengurangkan jumlah sel yang tidak normal pada serviks wanita yang mempunyai displasia serviks tertentu yang digelar sebagai neoplasia intraepithelial serviks atau CIN – cervical intraepithelial neoplasia.

• Kanser kolon dan kanser rektum. Kebanyakan kajian mencadangkan bahawa tahap selenium dalam darah tidak mempunyai kaitan dengan risiko kanser kolon dan rektum. Namun begitu, segelintir kajian menunjukkan bahawa selenium mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum pada sesetengah pesakit. Sebab penemuan yang bercanggah ini adalah masih tidak jelas. Mungkin selenium berfungsi lebih baik pada individu yang mempunyai tahap selenium darah yang rendah sebelum kajian dijalankan.

Manakala, sesetengah kajian lain pula menunjukkan bahawa pengambilan selenium dengan bahan antioksidan lain mungkin mengelakkan kes pengulangan polip dalam kolon.

Penyakit Alzheimer, yang menjejaskan ingatan (demensia). Kajian awal menunjukkan bahawa mengambil 200 mcg selenium setiap hari selama 4 tahun tidak menghalang demensia.

• Kerosakan buah pinggang pada pesakit kencing manis (nefropati diabetik). Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan selenium boleh mengurangkan rintangan insulin tetapi tidak memperbaiki gula darah atau fungsi buah pinggang pada individu yang menghidap penyakit buah pinggang dan kencing manis.

Kanser esofagus. Pengambilan suplemen selenium dilihat tidak memberi kesan terhadap risiko kanser esofagus.

• HIV/AIDS. Terdapat bukti yang bercanggah tentang kesan selenium terhadap HIV. Sesetengah bukti menunjukkan bahawa pengambilan selenium pada setiap hari selama 2 tahun boleh memperlahankan tempoh masa HIV disebar dan boleh meningkatkan fungsi imun. Walau bagaimanapun, kajian awal lain menunjukkan bahawa selenium tidak mempunyai kesan langsung terhadap HIV/AIDS.

• Tiroid yang terlebih aktif (hipertiroidisme). Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan selenium bersama terapi ubat-ubatan tidak memperbaiki simptom pada individu yang mempunyai hipertiroidisme Grave.

• Tiroid tidak aktif (hipotiroidisme). Sesetengah kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen selenium mungkin meningkatkan penukaran hormon tiroid dalam kalangan orang tua. Bagaimanapun, penyelidikan lain menunjukkan bahawa ia tidak memberi manfaat langsung. Bahkan, pengambilan selenium boleh menyebabkan hipotiroidisme menjadi lebih teruk pada individu yang kekurangan iodin. Akan tetapi, pengambilan selenium semasa kehamilan seolah-olah dapat mengurangkan risiko disfungsi tiroid selepas kehamilan dan hipotiroidisme kekal.

Kanser hati. Kajian awal di China menunjukkan bahawa pengambilan selenium selama 2-5 tahun dapat mengurangkan risiko kanser hati. Namun, lebih banyak bukti diperlukan bagi tujuan ini.

• Keracunan merkuri. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan yis yang diperkaya dengan selenium seolah-olah mengurangkan jumlah merkuri yang diserap oleh badan dalam kalangan orang Cina yang terdedah kepada tahap merkuri yang tinggi di persekitaran mereka.

• Sekumpulan gangguan yang diwarisi yang menyebabkan kelemahan dan kehilangan otot (distrofi otot). Penyelidikan awal mencadangkan bahawa pengambilan selenium dalam bentuk larut air (water-soluble) setiap hari selama 6 bulan tidak memberi manfaat kepada individu yang mengalami distrofi otot.

Osteoartritis. Tahap selenium yang rendah seolah-olah meningkatkan risiko osteoartritis. Walau bagaimanapun, adalah tidak diketahui jika pengambilan suplemen selenium dapat mencegah osteoartritis.

• Kanser ovari. Kajian menunjukkan bahawa tiada kaitan antara pengambilan selenium dalam diet dan risiko kanser ovari.

• Kematian dari sebarang sebab. Analisis yang diambil daripada pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan selenium tidak memberi kesan kepada risiko kematian. Walau bagaimanapun, sesetengah kajian mencadangkan bahawa mengambil sebanyak 100 mcg selenium bersama zink, vitamin C, vitamin E, dan beta-karoten setiap hari selama 7-8 tahun mungkin mengurangkan risiko kematian bagi golongan lelaki. Penyelidikan lain pula menunjukkan bahawa selenium yang diambil secara tunggal atau bersama nutrien lain tidak mengurangkan risiko kematian.

Kanser pankreas. Pengambilan selenium yang banyak dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser pankreas.

• Bengkak (keradangan) pankreas (pankreatitis). Sesetengah kajian menunjukkan bahawa selenium tidak memberi manfaat terhadap keadaan ini. Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan bahawa perngambilan selenium dalam bentuk larut air boleh mengurangkan risiko kematian yang disebabkan oleh pankreatitis yang teruk.

• Gangguan hormon yang menyebabkan ovari membesar dengan sista (sindrom ovarium polikistik atau PCOS). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan suplemen selenium bersama suplemen probiotik memperbaiki kemurungan, kegelisahan dan tekanan dalam jumlah yang kecil pada golongan wanita yang mempunyai PCOS. Tetapi ia masih belum jelas sama ada kesan ini berpunca dari selenium, probiotik atau kombinasi keduanya.

Bengkak pada lengan atau kaki yang disebabkan oleh kerosakan sistem limfa (lymphedema). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan suplemen  selenium selama 15 minggu mungkin menghalang jangkitan bakteria kulit pada wanita yang mempunyai bengkak di lengan dan kaki setelah menjalani pembedahan kanser payudara.

• Tekanan darah tinggi semasa kehamilan. Kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan sebanyak 100 mcg selenium dalam bentuk cecair setiap hari selama 6-8 minggu semasa kehamilan dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

• Cirit-birit yang disebabkan oleh terapi radiasi. Kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan sebanyak 500 mcg selenium pada hari terapi radiasi dan 300 mcg pada hari tanpa rawatan boleh mengurangkan cirit-birit sebanyak 54%.

• Artritis Reumatoid  (Rheumatoid Arthritis). Sesetengah kajian mencadangkan bahawa pengambilan yis yang diperkaya dengan 200 mcg selenium tidak memperbaiki RA. Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak 200 mcg pada setiap hari selama 3 bulan boleh mengurangkan bengkak, ketegangan dan kekakuan sedi bagi individu yang mempunyai RA.

 Kelemahan otot yang disebabkan oleh ubat statin (statin-induced myopathy). Kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan sebanyak 200 mcg selenium setiap hari dengan atau tanpa koenzim Q10 selama 3 bulan tidak memperbaiki simptom statin-induced myopathy.

Selain itu, lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai selenium bagi penggunaan tersebut:

Pap smear yang tidak normal.

Penyakit hati dalam kalangan peminum alkohol.

Aterosklerosis.

• Flu (influenza).

• Melecur

• Katarak.

• Kerosakan buah pinggang yang disebabkan oleh ubat kanser.

• Sindrom kelesuan kronik (CFS).

• Parut hati (sirosis).

• Uban.

Demam hay.

Kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh ubat cisplatin.

Kegagalan jantung.

• Sejenis penyakit usus radang (kolitis ulseratif).

• Degenerasi Macular (penyakit mata).

• Gangguan mood.

• Mencegah keguguran.

Kanser perut.

• Ketoksikan daripada ubat kanser.

• Keadaan-keadaan lain.

Kesan Sampingan Selenium

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alergi terhadap selenium seperti: kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Pengambilan dos yang tinggi dalam jangka panjang boleh menyebabkan kesan sampingan yang berbahaya. Berhenti mengambil selenium dan hubungi doktor anda jika anda mengalami:

• Loya atau muntah

• Kekurangan tenaga, atau sangat letih

Keguguran rambut, ruam ringan, kuku yang rapuh atau menyakitkan serta coretan putih pada kuku

• Gegaran, kepala berasa ringan

• Ketegangan otot

• Rasa hangat, kulit kemerahan

• Rasa metalik, nafas berbau, bau badan yang kuat

• Mudah lebam atau mengalami pendarahan.

Interaksi

– Interaksi Sederhana

Berhati-hati dengan kombinasi ini!

 Ubat-ubatan yang memperlahankan pembekuan darah (ubat Antikoagulan/Antiplatelet) berinteraksi dengan SELENIUM

Selenium mungkin memperlahankan pembekuan darah. Pengambilan bersama dengan ubat-ubatan yang juga memperlahankan pembekuan darah mungkin meningkatkan risiko lebam dan pendarahan. Beberapa ubat yang memperlahankan pembekuan darah termasuklah aspirin, clopidogrel (Plavix), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox) heparin, ticlopidine (Ticlid), warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

• Ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol (Statins) berinteraksi dengan SELENIUM

Mengambil bersama beta-karotene, vitamin C, dan vitamin E dapat mengurangkan keberkesanan beberapa ubat yang digunakan untuk menurunkan kolesterol. Sesetengah ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol termasuklah atorvastatin (Lipitor), fluvastatin (Lescol), lovastatin (Mevacor), dan pravastatin (Pravachol).

Niacin berinteraksi dengan SELENIUM

Mengambil bersama dengan vitamin E, vitamin C, dan beta-karotene mungkin mengurangkan kesan ubat niacin. Niacin berfungsi meningkatkan tahap kolesterol yang baik. Mengambil selenium bersama-dengan vitamin-vitamin lain mungkin mengurangkan fungsi niacin tersebut.

• Ubat sedatif (Barbiturates) berinteraksi dengan SELENIUM

Tubuh perlu memecahkan ubat-ubatan untuk menyingkirkannya dari sistem badan. Selenium mungkin memperlahankan tempoh badan memecahkan ubat sedatif (Barbiturates). Pengambilan selenium bersama ubat-ubatan ini mungkin meningkatkan kesan dan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut.

Warfarin (Coumadin) berinteraksi dengan SELENIUM

Selenium mungkin boleh menipiskan darah. Jadi ia mungkin meningkatkan kesan warfarin dalam badan. Pengambilan selenium bersama warfarin mungkin meningkatkan risiko lebam dan pendarahan.

– Interaksi Kecil

Berhati-hati dengan kombinasi ini!

• Pil perancang kehamilan (ubat kontraseptif) berinteraksi dengan SELENIUM

Beberapa kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil pil perancang kehamilan mungkin boleh meningkatkan tahap selenium dalam darah. Tetapi penyelidikan lain pulatidak menunjukkan sebarang perubahan dalam tahap selenium pada wanita yang mengambil pil perancang kehamilan. Namun, tidak ada maklumat yang cukup untuk mengetahui sama ada terdapat interaksi penting antara pil perancang kehamilan dan selenium. Beberapa pil perancang kehamilan termasuklah etinil estradiol dan levonorgestrel (Triphasil), ethinyl estradiol dan norethindrone (Ortho-Novum 1/35, Ortho-Novum 7/7/7), dan lain-lain.

• Garam emas berinteraksi dengan SELENIUM

Garam emas mengikat selenium dan mengurangkan selenium dalam bahagian badan.  Ini mungkin boleh mengurangkan aktiviti normal selenium, dan berkemungkinan meningkatkan simptom kekurangan selenium.  Garam emas termasuklah aurothioglucose (Solganal), gold sodium thiomalate (Aurolate), dan auranofin (Ridaura).

Dos Selenium

Dos yang berikut telah dikaji melalui penyelidikan saintifik:

– DEWASA

SECARA ORAL:

• Pengambilan yang disyorkan adalah sebanyak 55 mcg bagi lelaki dan perempuan; 60 mcg untuk wanita hamil; 70 mcg untuk wanita menyusu. Pada masa ini, dos maksimum yang boleh diterima dalam suplemen adalah (400 mcg).

• Penyakit yang menyebabkan tiroid yang tidak aktif (autoimmune thyroiditis): 80-200 mcg setiap hari.

• Komplikasi kehamilan yang dengan tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing (pre-eklampsia): 60-100 mcg setiap hari selama 6 bulan semasa hamil.

– KANAK-KANAK

SECARA ORAL:

• Dos sebanyak 15 mcg bagi mereka yang berumur 0-6 bulan; 20 mcg setiap hari bagi mereka yang berumur 6-12 bulan; 20 mcg untuk mereka yang berusia 1-3 tahun; 30 mcg untuk mereka yang berumur 4-8 tahun; 40 mcg untuk mereka yang berusia 9-13 tahun; dan 55 mcg untuk mereka yang berusia 14-18 tahun. Bayi sehingga umur enam bulan sebanyak 2.1 mcg / kg setiap hari, dan untuk bayi 7-12 bulan, sebanyak 2.2 mcg / kg setiap hari.

• Dos harian maksimum: 45 mcg untuk kanak-kanak berumur 0-6 bulan; 60 mcg untuk mereka yang berusia 7-12 bulan; 90 mcg untuk mereka yang berusia 1-3 tahun; 150 mcg untuk mereka yang berumur 4-8 tahun; dan 280 mcg untuk mereka yang berusia 9-13 tahun.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1003/selenium

https://www.everydayhealth.com/drugs/selenium

https://content.selfdecode.com/health-benefits-selenium/

Summary
Article Name
Selenium
Description
Selenium (Se) adalah sejenis mineral yang ditemui dalam makanan seperti kacang Brazil, ayam, ikan, bijirin, dan telur.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: