Selebriti tempatan yang telah berjaya mengatasi kemurungan mereka
Siapa sangka di sebalik wajah ceria mereka, tersembunyi 'kisah' dan memori hitam yang tidak terungkap. Namun, mereka telah berjaya mengatasinya dengan jayanya.

Siapa sangka di sebalik wajah ceria mereka, tersembunyi ‘kisah’ dan memori hitam yang tidak terungkap. Namun, mereka telah berjaya mengatasinya dengan jayanya. Berikut adalah perkongsian para selebriti tempatan mengenai kemurungan yang mereka alami suatu ketika dahulu.

Daiyan Trisha

Daiyan Trisha pernah menyanyikan sebuah lagu yang berjudul ‘Kita Manusia’. Lagu yang dicipta sendiri oleh beliau itu mengandungi mesej yang simbolik bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kepentingan kesihatan mental. Namun, siapa sangka selebriti yang terkenal dengan perwatakan yang ceria ini pernah mengalami kemurungan pada suatu ketika dalam hidupnya.

Menurut Daiyan Trisha, beliau mencipta lagu ‘Kita Manusia’ ketika beliau sedang berada dalam situasi tersebut. Saat itu, beliau berasa sangat sunyi dan keseorangan. Namun, beliau sedar bahawa setiap individu mempunyai emosi dan perasaan yang tersendiri. Jika kita berasa tidak okay, ia bukanlah satu kesalahan. Malah, ia adalah sesuatu yang normal sebagai seorang manusia selagi kita berdiri semula dan tidak berputus asa. Seperti bait dalam lagunya, ‘Kita semua sama, kita manusia’.

Elizabeth Tan

View this post on Instagram

Weekend vibes ☀️

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan) on

Elizabeth Tan, selebriti terkenal dengan suara yang merdu ini telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia dengan lagu-lagu Bahasa Melayu yang dibawakan olehnya berserta penampilannya yang bersahaja. Beliau pernah berkongsi mengenai pengalamannya mengalami kemurungan selepas putus hubungan bersama kekasihnya beberapa tahun lalu.

Bagi Elizabeth, zaman itu merupakan zaman gelap baginya kerana dunia seolah-olah tidak penting lagi, selepas kehilangan insan yang sangat dicintai. Bahkan, beliau pernah sampai ke tahap mempunyai fikiran untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri. Namun syukurlah, berkat daripada sokongan keluarga, terutamanya ibunya, beliau berjaya bangkit dan meneruskan langkahnya ke hadapan. Elizabeth juga tidak segan untuk mengakui bahawa beliau pernah menangis di khalayak ramai disebabkan emosinya yang tidak boleh dibendung lagi. Menurutnya, menunjukkan emosi sebenar adalah perkara yang normal dan bukannya satu kelemahan.

Remy Ishak

Kemurungan boleh menyerang sesiapa sahaja, tidak terkecuali jejaka idaman Malaya, Remy Ishak yang terkenal dengan gaya ‘macho’nya. Selebriti berusia 38 tahun ini mengakui bahawa beliau pernah mengalami kemurungan ringan. Semuanya bermula apabila beliau ditimpa insiden buruk, iaitu menerima ugutan dan rumahnya dipecah masuk. Remy mengalami ‘mood-swing’ dan ia merupakan cabaran hebat sewaktu bekerja di lokasi penggambaran.

Walaupun beliau tidak mencari bantuan psikiatri, beliau berjaya mengatasinya dengan cara berdoa, solat dan refleksi diri.

Tasha Shilla

View this post on Instagram

Do what makes your soul shine.✨ Happy Sunday🌸

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla) on

Selebriti jelita ini baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada tahun ini bersama pemuda pilihan hatinya. Beliau turut berkongsi pengalaman detik-detik gelap dalam hidupnya apabila dilanda kemurungan. Gangguan tersebut bukan sahaja meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya, namun ia turut mencemarkan imej beliau kepada orang awam. Malah, beliau pernah dilabelkan ‘gila’ oleh individu tertentu. Apa yang membimbangkan, beliau turut mendengar bisikan-bisikan ghaib yang menyuruhnya untuk membunuh diri.

Tasha sentiasa mempamerkan senyuman di luaran namun, dalam hati hanya tuhan yang tahu. Saat itu, beliau masih boleh bekerja seperti biasa tetapi apabila berseorangan di rumah, Tasha akan termenung dan berasa sangat sedih. Kekuatan untuk menempuh hari-hari yang berlalu datang daripada pegangannya yang teguh sebagai seorang Muslim. Kini, keadaan Tasha semakin sembuh setelah mendapatkan rawatan daripada pakar kesihatan mental dengan menghadiri sesi kaunseling secara berkala.

SUMBER

https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment/2020/03/27/remy-ishak-is-one-with-nature-during-the-mco

Summary
Selebriti tempatan yang telah berjaya mengatasi kemurungan mereka
Article Name
Selebriti tempatan yang telah berjaya mengatasi kemurungan mereka
Description
Siapa sangka di sebalik wajah ceria mereka, tersembunyi 'kisah' dan memori hitam yang tidak terungkap. Mari baca perkongsian mereka di sini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: