Pelan diet Diabetes
Penyakit kencing manis direka khas untuk membantu anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan lengkap.

Sekiranya anda menghidap penyakit diabetes atau diabetes, anda perlu menguruskan tahap gula dalam darah bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan mengamalkan diet yang sihat sesuai dengan keadaan anda.      

Pelan pemakanan mesra penyakit kencing manis direka khas untuk membantu anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan lengkap. Selain itu, ia juga boleh membantu anda mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Pemakanan yang sihat tidak hanya terbatas kepada sayur-sayuran sahaja. Di samping mengawal tahap gula dalam darah, ia juga lazat dan menarik dengan kepelbagaian idea baru buat anda.

Artikel ini menyediakan dua pelan diet kencing manis selama 7 hari dan sesuai bagi individu yang mengamalkan diet kalori. Satu menu menyediakan 1200 kalori sehari, manakala satu lagi menyediakan 1600 kalori sehari.                           

Faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan makanan bagi individu yang menghidap diabetes termasuklah:

  • Mengimbangi pengambilan karbohidrat seiring dengan aktiviti dan penggunaan insulin serta ubat-ubatan lain.
  • Mengambil banyak serat untuk membantu menguruskan paras gula darah dan mengurangkan risiko kolesterol tinggi, penambahan berat badan, penyakit kardiovaskular dan isu kesihatan lain.
  • Mengehadkan pengambilan karbohidrat yang diproses dan makanan yang mengandungi gula tambahan seperti gula-gula, biskut dan soda.      
  • Memahami bagaimana pilihan pemakanan boleh memberi kesan kepada komplikasi kencing manis.
  • Menguruskan berat badan, bagi mengawal perkembangan diabetes dan komplikasinya.
  • Mengambil kira pelan rawatan individu, termasuklah cadangan daripada doktor atau pakar diet.

Pelan makan diabetes yang ideal menawarkan menu tiga kali sehari, ditambah dengan makanan ringan (snek sihat). Pelan makan selama 7 hari di bawah dirancang  berdasarkan jumlah 1,200 dan 1,600 kalori setiap minggu.

Pelan diet kencing manis dengan 1,200 kalori seminggu

ISNIN

  • Sarapan: Sebiji telur rebus dan setengah  potong avokado bersaiz kecil disapu      pada satu keping roti Ezekiel,  sebiji buah oren.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 39g

  • Makan tengah hari: Hidangan ‘Mexican Bowl’: 2/3 cawan kacang pinto dalam tin, 1 cawan bayam yang dicincang, 1/4 tomato yang dicincang, 1/4 cawan lada benggala, 1oz keju, 1 sudu besar sos salsa.       

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 30g     

  • Snek: 20 batang ‘baby carrot’ dengan 2 sudu besar pes ‘hummus’.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 21g      

  • Makan malam: 1 cawan pasta penne ‘lentil’ yang dimasak,1 1/2 cawan sos tomato (masakkan bawang putih, cendawan, sayur-sayuran, zucchini, dan terung ke dalamnya), 56.7g ayam belanda tanpa lemak.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 35g     

Jumlah karbohidrat dalam sehari: 125g

SELASA

  • Sarapan: 1 cawan (100g) oatmeal dimasak, 3/4 cawan beri biru, 28g kacang badam, 1 sudu teh biji chia.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 34g

  • Makan tengah hari: Hidangan salad: 2 cawan bayam segar, 56.7g dada ayam panggang, 1/2 cawan kacang kuda, 1/2 biji avocado kecil, 1/2 strawberi yang dihiris, 1 cawan lobak merah yang dicincang, 2 sudu makan kuah salad.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 52 g

  • Snek: 1 biji buah pic kecil dipotong dadu dan dicampur dengan 1/3 cawan 2% keju kotej.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 16g     

  • Makan malam: Hidangan ‘Couscous Mediterranean’: 2/3 cawan kuskus gandum penuh yang dimasak, 1/2 cawan terung tumis, 4 biji tomato kering, 5 biji buah zaitun dicincang, 1/2 timun dipotong dadu, 1 sudu besar cuka, daun selasih segar.      

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 38g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Kira-kira 140g

RABU

  • Sarapan: Hidangan omelet sayur-sayuran: Dua biji telur, dicampur bayam, cendawan, lada benggala dan avokado, 1/2 cawan kacang hitam, 3/4 cawan beri biru.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 34g.

  • Makan tengahari: Hidangan sandwich: Dua keping roti serat gandum penuh, 1 sudu besar yogurt asli tanpa lemak dan 1 sudu besar sos biji sawi, 56.7g ikan tuna dalam tin dicampur dengan 1/4 cawan lobak merah dicincang, 1 sudu besar jeruk, 1 cawan tomati dihiris, 1/2 biji buah epal.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 40g     

  • Snek: 1 cawan yogurt tanpa gula.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 12g     

  • Makan malam: 1/2 cawan (50g) ‘succotash’, 1 sudu teh mentega, 56.7g dada ayam, 1 cawan asparagus dimasak, 1/2 cawan nanas segar.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 34g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Kira-kira 120g     

KHAMIS

  • Sarapan: Keledek panggang: 2 potong keledek panggang, dihiasi dengan 28.35g keju kambing, bayam, dan 1 sudu teh benih rami (flax seed).

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 44g.

  • Makan tengah hari: 56.7g ayam panggang, 1 mangkuk bunga kubis, 1 sudu besar sos ‘dressing’ Perancis, 1 cawan strawberi segar.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 23.

  • Snek: 1 cawan yogurt Greek rendah lemak dicampur dengan 1/2 biji pisang kecil.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 15g.

  • Makan malam: 2/3 cawan quinoa, 226.8g tauhu lembut, 1 cawan bok choy, 1 cawan      brokoli kukus, 2 sudu besar minyak zaitun, 1 biji kiwi.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 44.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Kira-kira 126g.

JUMAAT

  • Sarapan: 1/3 cawan  ‘Grape-Nuts’ (atau bijirin serat tinggi yang serupa), 1/2 cawan  beri biru, 1 cawan susu badam tanpa gula.

Jumlah karbohidrat: Lebih kurang 41g.

  • Makan tengah hari: Hidangan salad: 2 cawan bayam, 1/4 cawan tomato, 28.35g keju cheddar, 1 biji telur rebus, 2 sudu besar yogurt, 1/4 buah anggur, 1 sudu kecil biji labu, 56.7g kacang kuda panggang.

Jumlah karbohidrat: Sekitar 47g.

  • Snek: 1 cawan saderi dengan 1 sudu mentega kacang.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 6g.

  • Makan malam: 56.7g filet ikan salmon, 1 biji kentang panggang, 1 sudu teh mentega, 1 1/2 cawan asparagus kukus.      

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 39.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Sekitar 133g.

SABTU

  • Sarapan: 1 cawan yogurt Greek rendah lemak bersama 1/2 pisang lenyek, 1 cawan strawberi, 1 sudu besar biji chia.      

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 32g

  • Makan tengah hari: Hidangan taco: 2 keping tortilla jagung, 1/3 cawan kacang hitam dimasak, 28.35g keju rendah lemak, 2 sudu besar avokado, 1 cawan coleslaw, sos salsa.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 70g.

  • Snek: 1 biji tomato ceri dan 10 batang baby carrot dengan 2 sudu besar hummus.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 14.

  • Makan malam: 1/2 Kentang separuh bakar dengan kulitnya, 56.7g daging rebus, 1 sudu the mentega, 1/2 cawan brokoli ditaburi 1 sudu the ragi nutrisi, 3/4 cawan strawberi.

Jumlah karbohidrat: Lebih kurang 41g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Kira-kira 157g.

AHAD

  • Sarapan: Oatmeal kacang dan coklat: 1 cawan oat dimasak, 1 skup serbuk coklat vegan atau serbuk protein ‘whey’, 1 sudu besar mentega kacang, 1 sudu besar biji chia.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 21G.

  • Makan tengah hari: Satu keping roti pita gandum kecil, 1/2 cawan timun, 1/2 cawan tomato, 1/2 cawan lentil, 1/2 cawan sayur-sayuran berdaun hijau, 2 sudu besar kuah salad.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 30.

  • Snek:  28.35g badam, satu biji limau gedang kecil.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 26.

  • Makan malam: 56.7g udang rebus, 1 cawan kacang pis, 1 sudu the mentega, 1/2 cawan ubi bit dimasak, 1 cawan sawi tumis, 1 sudu teh cuka.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 39g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Kira-kira 116g.

Pelan diet kencing manis dengan 1,600 kalori seminggu

– ISNIN

  • Sarapan: 1 biji telur rebus dan 1/2 avokado kecil disapu atas 1 keping roti Ezekiel, 1 biji buah oren.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 39g.

  • Makan tengahari: Hidangan Mexican Bowl: 1 cawan beras perang, 2/3 cawan kacang panggang, 1 cawan bayam cincang, 1/4 cawan tomato cincang, 1/4 cawan lada benggala, 42.52g keju, 1 sudu besar sos salsa.

Jumlah karbohidrat: Sekitar 43g.

  • Snek 1: 20 batang 10g baby carrot dengan 2 sudu besar hummus. 

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 21.

  • Makan malam: 1 cawan pasta penne lentil yang dimasak, 1 1/2 cawan sos tomato (dimasak bersama bawang putih, cendawan, sayur-sayuran, zucchini, dan terung), 56.7g ayam belanda tanpa lemak.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 35.

  • Snek 2: 1 cawan timun, 2 sudu teh tahini.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 3.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Kira-kira 141g.

SELASA

  • Sarapan: 1 cawan (100 g) oatmeal dimasak, 3/4 cawan beri biru, 28.35g badam, 2 sudu teh biji chia.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 39g.

  • Makan tengahari: Hidangan salad: 2 cawan bayam segar, 85.05g dada ayam panggang, 1/2 cawan kacang kuda, 1/2 biji avocado kecil, 1/2 cawan hirisan strawberi, 1/4 cawan hirisan lobak merah, 2 sudu besar sos ‘dressing’ Perancis.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 49g.

  • Snek 1: 1 biji buah pic kecil dipotong dadu dan dimasukkan dalam 1/3 cawan keju cottage dengan 2% lemak.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 16.

  • Makan malam: Mediterranean couscous: 2/3 cawan kuskus penuh gandum yang dimasak, 1/2 cawan terung tumis, 4 biji tomato kering, 5 biji buah zaitun dicincang, 1/2 timun dicincang, 1 sudu besar cuka, daun selasih segar.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 38g.

  • Snek 2: 1 biji epal dengan 2 sudu kecil mentega badam.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 16g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: 158g.

RABU

  • Sarapan: Hidangan omelet: 2 biji telur dicampur sayur-sayuran (bayam, cendawan, lada benggala, avokado) dengan 1/2 cawan kacang hitam, 1 cawan beri biru.

Jumlah karbohidrat: Sekitar 43g.

  • Makan tengahari: Hidangan sandwich: 2 keping tinggi roti serat penuh bijirin, 1 sudu besar yogurt Greek tanpa lemak dan 1 sudu besar sos biji sawi,1 sudu besar jeruk, 1 cawan hirisan tomato, 1/2 biji epal.

Jumlah karbohidrat: Sekitar 43g.

  • Snek 1: 1 cawan yogurt tanpa gula.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 16g.

  • Makan malam: 1/2 cawan (50 g) ‘succotash’, 42.52g roti jagung, 1 sudu the mentega, 85.05g dada ayam, 1 cawan asparagus yang dimasak, 1/2 cawan nanas segar. Jumlah karbohidrat: Sekitar 47g.
  • Snek 2: 20 biji kacang tanah, 1 cawan lobak merah.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 15g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: 164g.

KHAMIS

  • Sarapan: Keledek panggang: 2 biji (100 g) keledek panggang, dihiasi dengan 28.35g keju kambing, bayam, dan 1 sudu teh biji rami (flax seed).

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 44g.

  • Makan tengah hari: 85.05g ayam panggang, 1 1/2 cawan kubis bunga, 1 sudu besar sos salad, 1 cawan strawberi segar.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 23g.

  • Snek 1: 1 cawan yogurt Greek lemak dicampur dengan 1/2 biji pisang kecil.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 15g.

  • Makan malam: 2/3 cawan quinoa, 85.05g tauhu lembut, 1 cawan bok choy dimasak, 1 cawan brokoli kukus, 2 sudu minyak zaitun, 1 biji kiwi.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 44g.

  • Snek 2: 1 cawan saderi, 1 1/2 sudu the mentega kacang.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 6g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Kira-kira 132g.

JUMAAT

  • Sarapan: 1/3 cawan Grape-Nuts (atau bijirin serat tinggi yang lain), 1/2 cawan beri biru, 1 cawan susu badam tanpa gula.

Jumlah karbohidrat: Lebih kurang 41g.

  • Makan tengahari: Hidangan salad: 2 cawan bayam, 1/2 cawan tomato, 27.35g keju cheddar, 1 biji telur rebus dicincang, 2 sudu besar yogurt, 1/4 cawan anggur, 1 sudu teh biji labu, 56.7g ayam panggang.

Jumlah karbohidrat: Sekitar 47g.

  • Snek 1: 1 cawan saderi dengan 1 sudu besar mentega kacang.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 6.

  • Makan malam: 85.05g fillet ikan salmon, 1 biji kentang bakar, 1 sudu the mentega, 1 1/2 cawan asparagus kukus.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 39g.

  • Snek 2: 1/2 cawan jus sayur, 10 biji buah zaitun hijau.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 24g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Kira-kira 157g.

SABTU

  • Sarapan : 1 cawan yogurt Greek rendah lemak dengan 1/2 biji pisang lenyek, 1 cawan strawberi, 1 sudu besar biji chia.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 32g.

  • Makan tengahari: Hidangan taco: 2 keping tortilla jagung, 1/3 cawan kacang hitam dimasak, 28.35g keju rendah lemak, 4 sudu besar avokado, 1 cawan coleslaw, dihiasi dengan sos salsa.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 76g.

  • Snek 1: Satu biji tomato ceri dan 10 biji baby carrot dengan 2 sudu besar hummus. Jumlah karbohidrat: Kira-kira 14g.
  • Makan malam: 1/2 kentang panggang dengan kulitnya, 56.7g daging lembu rebus, 1 sudu teh mentega, 1 1/2 cawan brokoli kukus dengan 1 sudu teh yis nutrisi yang ditaburi di atasnya, 3/4 cawan strawberi.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 48g.

  • Snek 2: 1/2 biji avokado dimakan bersama sos pedas.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 9g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Sekitar 179g.

AHAD

  • Sarapan: Oatmeal kacang dengan coklat: 1 cawan oatmeal dimasak, 1 skup serbuk coklat vegan atau serbuk protein whey, 1 1/2 sudu besar mentega kacang, 1 sudu besar biji chia.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 21g.

  • Makan tengah hari: 1 keping roti pita gandum kecil, 1/2 cawan timun, 1/2 cawan tomato, 1/2 cawan lentil yang dimasak, 1/2 cawan sayur berdaun hijau, 3 sudu sos hiasan salad.

Jumlah karbohidrat: kira-kira 30g.

  • Snek 1: 28.35g biji labu, 1 biji epal.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 26g.

  • Makan malam: 85.05g udang rebus, 1 cawan kacang pis, 1 sudu teh mentega, 1/2 cawan ubi bit yang dimasak, 1 cawan sawi tumis, 1 sudu teh cuka.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 39 g.

  • Snek 2: 16 biji kacang pistachio, 1 cawan jicama.

Jumlah karbohidrat: Kira-kira 15g.

Jumlah karbohidrat dalam sehari: Kira-kira 131g.

Namun begitu,

Tiada pelan pemakanan yang sesuai bagi semua orang. Oleh itu, setiap individu harus membuat rancangan makan sendiri dengan bantuan doktor atau pakar diet.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.webmd.com/diabetes/diabetes-meal-plan

https://www.healthline.com/health/type-2-diabetes/seven-day-meal-plan

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/in-depth/diabetes-diet/art-20044295

https://www.medicalnewstoday.com/articles/318277

Summary
Selamat Tinggal Kencing Manis: Pelan Diet 7 Hari Untuk Diikuti
Article Name
Selamat Tinggal Kencing Manis: Pelan Diet 7 Hari Untuk Diikuti
Description
Pelan diet kencing manis direka khas untuk membantu anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan lengkap.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: