harimau malaya positif covid-19
Seekor harimau malaya positif covid-19 di Amerika Syarikat.

Seekor harimau Malaya positif COVID-19 di Bronx Zoo di Bandar New York telah diuji. Menurut pihak Zoo tersebut, ia merupakan kes pertama manusia menjangkiti haiwan sehingga menyebabkan haiwan itu jatuh sakit.

Nadia, seekor harimau Malaya positif COVID-19 yang berusia 4 tahun sewaktu diimbas untuk saringan COVID-19 selepas mengembangkan simptom batuk kering bersama 3 ekor harimau lain dan 3 ekor singa. Walau bagaimanapun, semua haiwan tersebut dijangka akan sembuh.

Virus yang menyebabkan COVID-19, Coronavirus bermula di China dan dipercayai disebarkan kepada manusia melalui haiwan. Sejurus itu, sekumpulan besar haiwan telah diuji positif COVID-19 di Hong Kong.

Pihak berkuasa percaya bahawa kes ini adalah unik kerana Nadia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang pekerja zoo asimptomatik. Namun begitu, identiti pekerja tersebut tidak diketahui.

Ini merupakan kali pertama seorang manusia menjangkiti haiwan sehingga ia jatuh sakit. Pihak Bronx Zoo kini bercadang untuk berkongsi hasil kajian mereka bersama zoo dan institut lain.

Meskipun harimau lain dan sekumpulan singa turut menunjukkan simptom yang sama, pihak zoo bercadang untuk menguji Nadia sahaja kerana ia paling terjejas sehingga ia mula hilang selera makan. Tambahan lagi, mereka tidak mahu memberi anestesia kepada semua haiwan di situ.

Nadia telah menjalani imbasan X-ray, ultrabunyi dan ujian darah bagi mengesan punca penyakit yang dihidapinya.

Pihak zoo menguji Nadia ekoran lonjakan kes COVID-19 di Bandar New York, iaitu pusat penularan utama COVID-19 di AS.

Menurut Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, harimau pertama di zoo yang telah ditutup sejak pertengahan Mac yang lepas itu telah menunjukkan tanda-tanda sakit sejak 27 Mac.

SUMBER

https://www.nst.com.my/world/world/2020/04/581616/tiger-us-zoo-tests-positive-covid-19

https://www.thestar.com.my/news/world/2020/04/06/tiger-at-new-york039s-bronx-zoo-tests-positive-for-coronavirus

Summary
Article Name
Seekor Harimau Malaya Positif COVID-19 Di Zoo New York
Description
Seekor harimau Malaya positif COVID-19 di Bronx Zoo di Bandar New York telah diuji. Menurut pihak Zoo tersebut, ia merupakan kes pertama manusia menjangkiti haiwan sehingga menyebabkan haiwan itu jatuh sakit.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: