scott emulsion

Dikenali dengan lambang lelaki yang membawa ikan kod di belakangnya, Scott Emulsion telah menjadi jenama yang terkenal sejak dari tahun 1870 dengan menggunakan minyak hati ikan cod sebagai ramuan utama untuk memanfaatkan kesihatan anak-anak kecil anda. Sejarahnya bermula dengan merawat penyakit riket yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin D.

Minyak hati ikan kod mempunyai rasa yang tidak menyenangkan, oleh itu, Scott and Browne telah mencampurkan minyak hati ikan kod dengan ramuan lain yang sedap dan manis untuk menawan hati anak-anak kecil,  dan kini anda dapat melihat pelbagai produk yang dipanggil sebagai Scott’s Emulsion yang terkenal di pasaran. 

Mari lihat 10 produk minyak ikan yang baik untuk kesihatan anda, termasuk Scott Emulsion, yang kami sediakan di bawah.

Scott’s Emulsion

RM17.50

Berikan anak anda dorongan harian dengan campuran minyak hati ikan kod, yang mengandungi asid lemak Omega-3, vitamin A, vitamin D dan kalsium. DHA dapat membantu menyokong perkembangan otak anak anda, fungsi otak dan penglihatan. Titisan minyak yang diemulsi kecil ini membuatkan ia lebih mudah untuk anak anda unutk mencerna nutrient dalam Scott’s Emulsion. Dengan memberi anak anda Scott’s Emulsion setiap hari, anda boleh merasa lebih yakin bahawa anda membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka yang sihat.

Seven Seas Multivitamin Syrup

RM17.50

Sirup Seven Seas Multivitamin ditemani dengan minyak hati ikan kod ini mengandungi 8 vitamin penting dan DHA untuk membantu membina anak yang kuat untuk masa depan yang cerah. Mengandungi rasa jus oren asli yang enak disukai oleh kanak-kanak yang cerewet. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 bulan ke atas. Walaupun produk ini difokuskan kepada anak-anak kecil, orang dewasa juga boleh makan sirup ini untuk mendapatkan manfaat terbaik. 

Scott’s Fish Oil Capsules

RM41.00

Scott’s Fish Oil mengandungi minyak ikan dari ikan air sejuk yang merupakan sumber terkenal asid lemak Omega-3, EPA dan DHA. Sumber yang dipercayai ini menyokong perkembangan otak yang sihat selain daripada mengekalkan hati yang sihat. Juga baik unutk menyokong kehamilan, perkembangan janin dan penyusuan. Jika diambil setiap hari, anda dapat merasakan perbezaan yang drastik pada badan anda. Produk ini juga sesuai untuk para dewasa yang memerlukan suplemen tambahan dalam diet anda.

Blackmores Fish Oil 1000

RM38.00

Blackmores Fish Oil 1000 ini menyediakan sumber semula jadi Omega-3 yang berkualiti tinggi. Ia mengandungi 300 miligram Omega-3 setiap kapsul untuk menjaga kesihatan kurang gemar memakan ikan dalam diet harian anda. Terbukti untuk menjaga kesihatan jantung, kulit, mata dan otak. Sumber semula jadi omega-3, diuji dengan teliti untuk memastikan ia bebas dari merkuri, dioksin, PCB dan bahan kimia yang berbahaya. Menyokong kesihatan dan kesejahteraan umum. 

Scott’s Cod Liver Oil Capsules

RM24.60

Setiap kapsul emas dari Scott’s mengandungi minyak hati ikan kod yang kaya dengan omega-3 dan vitamin A  dan D. Asid lemak Omega-3, EPA dan DHA, dapat mengekalkan jantung yang sihat. Vitamin A dan D membantu mengekalkan tisu yang sihat dan meningkatkan tulang dan gigi yang kuat. Kapsulnya yang kecil membuatkan ia sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa untuk menambah nutrien yang bagus ini dalam diet harian. 

Seven Seas Cod Liver Oil Gold

RM26.20

Kapsul ini mengandungi salah satu sumber nutrien terkaya di alam semula jadi untuk sistem imun yang sihat. Seven Seas Cod Liver Oil Gold menyediakan sumber Vitamin A dan D semulajadi untuk perlindungan imun. Terdapat nutrien penting yang sukar diperoleh dalam diet moden. Selain dari meningkatkan imuniti badan, ia juga mempromosikan pemeliharaan mata dan kulit yang sihat. Vitamin A dan D meningkatkan penyerapan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat. 

Scott’s DHA Gummies 

RM39.50

Semasa kanak-kanak membesar, mereka semestinya ingin meneroka dunia. Scott’s DHA Gummies telah direka khusus untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke atas dengan rasa buah yang berair sambil memberi mereka kelebihan DHA dan Vitamin D, menyokong pertumbuhan dan penerokaan mereka setiap hari. DHA adalah asid lemak Omega-3 yang berfungsi sebagai blok bangunan otak. DHA melengkapkan perkembangan otak, fungsi otak dan penglihatan normal. Teknologi mikroenkapsulasi mengekalkan kelebihan DHA sambil memberi rasa kepada anak-anak yang mereka gemari.

Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies 

RM33.00

Nature’s Way Kids Smart Vita Gummies adalah pastil kunyah berperisa buah beri yang lazat yang akan disukai anak-anak anda! Dengan 8 vitamin dan mineral utama untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat, produk ini adalah kaedah terbaik untuk memberi anak anda peningkatan kesihatan harian dan telah dirancang untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan umum mereka. Produk ini telah dirumuskan untuk menyokong kesihatan gigi dan gusi anak-anak kecil sambil menyokong mata dan tulang sihat. Anda juga boleh melihat kebaikan kesihatan kulit anak anda apabila mereka makan pastil ini!

Scott’s Vitamin C Berry Pastilles 

RM22.50

Mengandungi jus beri semulajadi, pastil kenyal lembut yang enak ini adalah cara yang menyenangkan dan lazat untuk membantu memenuhi keperluan vitamin C anak kecil anda. Anak anda mendapat 100 peratus keperluan vitamin C harian mereka dengan hanya dua pastil sehari. Satu biji pastil Scott’s Vitamin C menyediakan sehingga 21 mg vitamin C. Juga boleh didapati dalam perisa campuran oren, buah pic dan mangga yang memuaskan cita rasa semua kanak-kanak!

21st Century Chewy C 

RM23.90

Pada usia muda mereka, kanak-kanak lebih terdedah kepada penyakit dan jangkitan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mereka membina sistem imun mereka terhadap serangan bakteria. 21st Century telah mengeluarkan cara yang menyeronokkan bagi anak-anak untuk mendapatkan dos Vitamin C harian mereka. Jeli kenyal yang kaya dengan Vitamin C boleh didapati dalam 6 perisa buah lazat dengan pelbagai bentuk dan warna untuk dipilih: oren, strawberi, epal, lemon, mangga dan anggur. Anak-anak anda pasti suka mengambil suplemen pemakanan ini! Setiap pastil vegetarian ini mengandungi 30mg Vitamin C.

Pengambilan minyak ikan sangat penting untuk tubuh badan anda. Oleh itu, amnillah minyak ikan dalam makanan tambahan anda setiap hari. Anda boleh jadikan artikel ini sebagai rujukan anda. Semoga ia bermanfaat buat anda semua.

Summary
Scott Emulsion dan 9 Alternatif Minyak Ikan Untuk Kesihatan Anda
Article Name
Scott Emulsion dan 9 Alternatif Minyak Ikan Untuk Kesihatan Anda
Description
Dikenali dengan lambang lelaki yang membawa ikan kod di belakangnya, Scott Emulsion telah menjadi jenama yang terkenal sejak dari tahun 1870 dengan menggunakan minyak hati ikan cod sebagai ramuan utama untuk memanfaatkan kesihatan anak-anak kecil anda. Sejarahnya bermula dengan merawat penyakit riket yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin D.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: