schwarzkopf

Penjagaan rambut adalah sangat penting sebagai satu rutin kebersihan untuk kaum lelaki dan wanita. Tidak ada sesiapa yang ingin keluar dengan rambut yang kusut, kering dan nampak tidak sihat. Penjagaan dan pemanjaan rambut anda adalah sama pentingnya dengan bahagian badan yang lain. Produk rambut SCHWARZKOPF dapat memainkan peranannya sebagai pemanja untuk rambut anda.

Kita sentiasa menutup bahagian badan yang lain, oleh itu badan mempunyai pelindungan yang optimum, akan tetapi rambut anda sering terdedah dan menghadapi banyak jenis pencemaran, kotoran dan bahan kimia di permukaannya.

Berikut adalah 10 saranan produk rambut untuk penjagaan menyeluruh rambut anda.

Schwarzkopf Extra Care Total Repair 19 Shampoo 400ml

Schwarzkopf Extra Care Total Repair 19 Shampoo 400ml

RM29.50

Syampu ini paling baik untuk rambut yang sangat rosak dan tertekan kerana terdedah pada tekanan harian. Rambut anda memerlukan pembaikan yang mendalam dari dalam. Syampu ini berfungsi untuk memberikan pembaikan yang lebih kuat, lebih lancar dan lebih berkilau serta meningkatkan daya tahan rambut anda terhadap kerosakan di masa depan. Produk ini drumuskan dengan penjagaan ekstra berdasarkan pada formula innovatif KERA12 COMPLEX yang berfungsi dari permukaan rambut hingga ke tahap serat dalaman rambut untuk memperbaikinya dari dalam, memperbaharui permukaan rambut dan memulihkan sifat rambut semula jadi.

Dove Intense Repair Shampoo 175ml

Dove Intense Repair Shampoo 175ml

RM10.30

Syampu ini diformulasikan dengan formula Keratin Repair Actives untuk membantu rambut anda pulih dari kerosakan dengan dua cara yang berbeza. Ia akan membaiki tanda-tanda kerosakan pada permukaan rambut, menjadikan rambut anda kelihatan dan terasa lebih halus dan kuat tahan daripada kerosakan. Syampu ini juga akan menembusi setiap helai rambut anda untuk memberikan khasiat jauh ke dalam rambut anda dan menjadikan rambut kelihatan lebih sihat, selepas setiap cucian.

Schwarzkopf Scalp Genesis Anti-Dandruff Shampoo 200ml [

Schwarzkopf Scalp Genesis Anti-Dandruff Shampoo 200ml

RM39.90

Schwarzkopf BC Scalp Genesis Anti Dandruff Shampoo adalah syampu lembut untuk kulit kepala yang terdedah kepada kelemumur dan kegatalan. Syampu ini membantu mengimbangi kulit kepala dan menjamin kualiti rambut yang optimum untuk masa depan. Ia mengandugi vitamin E, sejenis antioksidan yang melindungi kulit kepala dari pendedahan luaran. Syampu ini juga mengandungi Zink Pyrithione iaitu bahan bersifat antikelemumur yang berfungsi dengan lembut, tetapi berkesan terhadap kelemumur dan juga vitamin B5 (Panthenol) dimana ia memberikan kelembapan, membantu menyeimbangkan kandungan lembapan rambut dan kulit kepala dan menenangkan kulit kepala.

PANTENE Shampoo Anti-Dandruff 340ml

PANTENE Shampoo Anti-Dandruff 340ml

RM15.90

Syampu ini berfungsi untuk membersihkan rambut anda dengan lembut tanpa mengeringkan kulit kepala. Ia mengandungi pelembap yang tidak akan menyebabkan rambut anda jadi berat nampak lemas tetapi disebaliknya ia akan menjadikan rambut nampak lebih sihat dan berkilau. Ia diperkuat dengan Zinc Pyrithione untuk membantu mengelakkan kelemumur. Penggunaan kerap dapat membantu mengurangkan kelemumur di atas kulit kepala anda.

Schwarzkopf Scalp Genesis Root Activating Shampoo 200ml

Schwarzkopf Scalp Genesis Root Activating Shampoo 200ml

RM39.90

Syampu yang membantu untuk mengurangkan penipisan rambut. Syampu BC Scalp Genesis Root Activating dengan Carnitine Tartrate, Taurine dan Echinacea adalah langkah pertama dari rejim Pengaktifan BC Scalp Genesis Root. Syampu ini mempunyai formula ringan untuk membersihkan dengan lembut. Ia juga mengaktifkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut tanpa selepas penggunaan selama 6 minggu. Produk ini juga memberi kelembapan, membantu menyeimbangkan kandungan lembapan rambut dan kulit kepala dan menenangkan kulit kepala.

Himalaya Herbals Anti-Hair Fall Shampoo 200ml

Himalaya Herbals Anti-Hair Fall Shampoo 200ml

RM12.90

Syampu Himalaya ini merupakan syampu unik yang membantu untuk mengurangkan keguguran rambut dan pada masa yang sama ia memberi khasiat kepada batang rambut. Syampu ini juga membaiki tekstur rambut supaya rambut kurang gugur. Ia diperbuat daripada herba Butea Frondosa dan Bhringaraja yang dapat merangsangkan pertumbuhan folikel rambut. Kedua-dua herba ini berkesan dalam menguatkan akar rambut dan juga mengawal keguguran rambut.

Schwarzkopf BC Keratin Smooth Perfect Micellar Shampoo - 250ml

Schwarzkopf BC Keratin Smooth Perfect Micellar Shampoo – 250ml 

RM25.90

Schwarzkopf Professional BC Bonacure Keratin Smooth Perfect Micellar Shampoo berfungsi dengan membersihkan rambut anda dengan lembut dan menyuburkan rambut kasar, kusut dan tidak terkawal, mengawal keriting dan mencegah statik. Produk ini juga memberikan perlindungan kepada rambut anda terhadap cuaca panas, kelembapan dan keriting. Dengan penggunaan yang kerap syampu ini akan meninggalkan kesan yang amat baik, iaitu rambut anda akan semakin lembut, anggun, teratur & kelihatan sihat dan bersinar.

Sunsilk Shampoo Silky Smooth 160ml

Sunsilk Shampoo Silky Smooth 160ml

RM8.30

Syampu ini boleh memberi pengalaman kepada pengguna untuk merasa rambut yang lembut,lebih lurus dan terurus. Syampu ini diformulasi menggunakan teknologi Flexishield dan mengandugin 5 minyak semulajadi. Sunsilk Smooth and Manageable mengandungi minyak Argan yang dapat mengembalikan kelembutan pada rambut pengguna supaya lebih terurus. Ia juga mengandungi esen Camellia yang dibuat daripada ekstrak bunga Camellia japonica untuk melembutkan rambut dengan lebih efektif dan rambut bertambah kilat dan terurus.

Schwarzkopf BC Collagen Volume Boost Micellar Shampoo

Schwarzkopf BC Collagen Volume Boost Micellar Shampoo

RM28.00

Schwarzkopf BC Collagen Volume Boost Micellar Shampoo adalah sejenis syampu yang dirumuskan untuk rambut halus dan lemah. Syampu ini diformulasikan bebas silikon dengan Teknologi Perfector Sel baru yang berfungsi pada tahap sel untuk memulihkan semula struktur rambut anda sambil mewujudkan kelantangan rambut dan meningkatkan jumlah rambut halus. Syampu ini boleh memberikan kelantangan tanpa rasa berat dan menaikkan rambut tanpa membebankan rambut.

Herbal Essences Bio Renew Volume

Herbal Essences Bio Renew Volume White Grapefruit & Mosa Mint Shampoo 400ml

RM18.50

Syampu ini dirumuskan secara khas dengan bahan yang diilhamkan secara semula jadi untuk badan & rambut yang penuh dengan kehidupan dengan formula bebas silikon yang tidak menyebabkan rambut nampak layu. Syampu ini dihasilkan untuk membersihkan rambut yang lebat dan disokong oleh Royal Botanic Gardens, Syampu ini mempunyai campuran pelbagai aroma termasuk sitrus segar, pudina bersih, dan pic beludru. Produk ini adalah bebas paraben, bebas silikon dan bebas pewarna, dan dibuat dengan sekurang-kurangnya 90% bahan semula jadi.

Oleh itu, dengan penggunaan produk penjagaan rambut yang diformulasikan secara menyeluruh untuk kesihatan rambut anda, anda pasti akan mendapat rambut yang sihat, berkilau, dan bebas masalah. Semoga 10 saranan produk di atas dapat membantu anda membuat pilihan terbaik untuk rambut anda.

Summary
Schwarzkopf Extra Care Total Repair 19 Shampoo dan 9 Alternatif Yang Berkesan Untuk Penjagaan Rambut
Article Name
Schwarzkopf Extra Care Total Repair 19 Shampoo dan 9 Alternatif Yang Berkesan Untuk Penjagaan Rambut
Description
Penjagaan rambut adalah sangat penting sebagai satu rutin kebersihan untuk kaum lelaki dan wanita. Tidak ada sesiapa yang ingin keluar dengan rambut yang kusut, kering dan nampak tidak sihat. Penjagaan dan pemanjaan rambut anda adalah sama pentingnya dengan bahagian badan yang lain. Produk rambut SCHWARZKOPF dapat memainkan peranannya sebagai pemanja untuk rambut anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: