sayur-sayuran
Terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran yang ditanam dan tersedia di Malaysia dan boleh divariasikan dalam diet harian anda.

Sayur-sayuran adalah kumpulan makanan yang sihat dalam setiap hidangan setiap hari, ia terbukti mengurangkan risiko sakit jantung pulmonari.

Selain itu, memakan sayur-sayuran terutamanya yang memiliki pelbagai warna, boleh mengurangkan risiko strok dan kenaikan berat badan.

Ia kaya dengan nutrien, kurang kalori dan adalah sumber terbaik bagi mineral dan vitami seperti magnesium, serat vitamin C, asid folik dan sejumlah phytochemical termasuklah karotenoid.

Pelbagai jenis sayur-sayuran ada ditanam dan tersedia di Malaysia anda boleh variasikan dalam diet harian anda.

Ia datang daripada bahagian berbeza pada tumbuhan tersebut, termasuklah daunnya, akar, tiub, bunga, batang, benih dan pucuknya.

Apakah nutrisi yang boleh dijumpai?

  • Mengandungi kuantiti lemak dan kalori yang rendah. Malah, tiada walau satu sayur pun yang mengandungi kolesterol.

  • Sumber penting bagi nutrien termasuklah, kalium, serat, asid folik, vitamin A dan vitamin C.

  • Diet tinggi kalium boleh mengekalkan tekanan darah yang sihat. Sayur-sayuran yang kaya kalium termasuklah keledek, kentang, bayam, lentil dan kacang buah pinggang.

  • Serat daripadanya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan risiko sakit jantung. Serat penting untuk usus dan membantu mengurangkan sembelit serta divertikulosis.

  • Asid folik membantu badan menghasilkan sel darah merah.

  • Vitamin A mengekalkan kesihatan kulit dan mata serta melindungi badan daripada jangkitan.

  • Vitamin C menyembuhkan luka dan mengekalkan kesihatan gigi dan gusi. Selain itu, ia turut membantu proses penyerapan zat besi.

Apakah yang terdapat dalam kumpulan sayur-sayuran?

Sayur-sayuran boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan yan berbeza dan setiap kumpulan tersebut memberikan nutrien yang tersendiri. Sub-kumpulan utama adalah:

Sayur-sayuran berdaun hijau gelap atau cruciferous/brassica

  • Brokoli
  • Brussel sprout
  • Bok choy
  • Kobis
  • Kobis bunga
  • Kale
  • Bayam

Sayur-sayuran akar/tuber/bebawang

  • Kentang
  • Ubi kayu
  • Keledek
  • Ubi taro
  • Lobak merah
  • Bawang
  • Bawang Holland
  • Bawang putih

Sayur-sayuran lain

  • Tomato
  • Saderi
  • Zucchini
  • Labu
  • Avokado
  • Lada benggala
  • Terung
  • Cendawan
  • Timun
  • Bendi
  • Kacang panjang
  • Kacang buncis

Mengamalkannya di dalam pemakanan setiap hari anda sangat bagus dengan khasiat yang tinggi. Jika anda bukan pemakan tumbuhan hijau ini, mula jadikan salah satu kumpulan makanan anda hari ini!

Sumber:

Summary
Sayur-sayuran dalam kumpulan makanan
Article Name
Sayur-sayuran dalam kumpulan makanan
Description
Sayur-sayuran yang dimakan setiap hari dalam setiap hidangan terbukti mengurangkan risiko sakit jantung pulmonari.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: