pok choy

Pak choy merupakan salah satu jenis sawi ataupun kubis cina. Pak choy mempunyai rasa yang enak dan pelbagai vitamin yang baik.

Walaupun pak choy asalnya adalah dari negara China, tetapi ia telah menjadi popular di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ia senang untuk ditanam. Oleh itu, ia boleh didapati di mana-mana sahaja termasuk di negara-negara Eropah.

Pak choy berada di kedudukan kedua untuk ketumpatan nutrient daripada 40 makanan tumbuhan kaya nutrient. Ia merupakan tumbuhan yang kaya dengan sumber vitamin A, vitamin C, dan vitamin K. Selain sumber-sumber tersebut, ia juga mengandungi sumber folat, vitamin B6, dan kalsium.

Ia boleh memberi banyak manfaat kepada kesihatan kita. Ia juga sangat bagus untuk rawatan penyakit seperti anemia, penyakit saluran darah, dan sistem kardiovaskular.

Oleh sebab itu, ia telah menjadi hidangan utama dan makanan kegemaran dalam kalangan masyarakat kita. Ini kerana ia adalah hidangan yang mudah dan cepat disediakan. Pak choy tumis dengan sos tiram adalah menu yang popular dalam kalangan kebanyakan orang dan kita juga boleh mencuba hidangan ini.

Bahan-bahan:

  • Pak choy 4-5 pokok
  • Sos tiram 4 sudu besar
  • Bawang putih 2 ulas (cincang halus)
  • Halia (hiris nipis)
  • Tepung jagung 1 sudu kecil (bancuh dengan air)
  • Bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Sediakan air panas mendidih yang telah dimasukkan secubit garam di dalam kuali.
  2. Celurkan pak choy ke dalam air panas tersebut. Celur pak choy sehingga sedikit layu. Kemudian, tapiskan air.
  3. Selepas itu, angkat sayur pak choy dan masukkan ke dalam air sejuk untuk mengelakkan sayur daripada menjadi pucat semasa tumis bahan rempah.
  4. Potong batang pak choy dan susun di atas pinggan.
  5. Sediakan kuali bersih, panaskan minyak dan tumis bawang putih. Kemudian, masukkan halia dan tumis bersama bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
  6. Masukkan sos tiram dan air secukupnya. Tambah air bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  7. Angkat kuah dan tuangkan ke atas pak choy dan hiaskan dengan bawang goreng.

TIPS:

  1. Jangan masukkan garam ke dalam kuah sos tiram.
  2. Jangan celur pak choy terlalu lama untuk memastikan tekstur kerangupan pak choy.

Sumber:

https://panlasangpinoy.com/bok-choy-with-garlic-and-oyster-sauce

https://cooking.nytimes.com/recipes/1017698-baby-bok-choy-with-oyster-sauce

https://www.jessicagavin.com/how-to-cook-bok-choy/

Summary
Pak Choy Sos Tiram Sedap dan Mudah
Article Name
Pak Choy Sos Tiram Sedap dan Mudah
Description
Pak choy merupakan salah satu jenis sawi ataupun kubis cina. Pak choy mempunyai rasa yang enak dan pelbagai vitamin yang baik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: