sawan panas
Jika anak anda pernah mengalami sawan panas (demam), ini pastinya merupakan satu kejadian yang mungkin tidak akan lupakan.

Jika anak anda pernah mengalami sawan panas (demam), ini pastinya merupakan satu kejadian yang mungkin tidak akan lupakan. Namun, walaupun kejadian sawan dan kekejangan kelihatan menakutkan, ia biasanya tidak memberi kesan dalam jangka masa panjang.

Doktor tidak pasti bagaimana jenis sawan ini dicetuskan. Suhu melebihi 38°C boleh menyebabkan keadaan ini atau sawan itu boleh juga terjadi disebabkan seberapa cepat suhu badan anak anda meningkat. Anda juga lebih cenderung untuk melihat kejadian sawan itu, dan kemudian merasakan bahawa badan anak anda menjadi semakin panas. Ini mungkin merupakan petunjuk pertama yang anda dapat kesan semasa dia sakit.

Simptom Sawan panas

Gejala penyakit ini adalah berbeza-beza berdasarkan dua jenis yang ada.

Tanda-tanda sawan yang mudah adalah:

  • Hilang kesedaran.
  • Anggota badan yang kejang dan merebak (biasanya dalam corak berirama).
  • Kekeliruan atau keletihan selepas kejadian sawan berlaku.
  • Tiada tanda kelemahan pada lengan atau kaki.

Kejadian sawan panas mudah adalah jenis yang paling biasa berlaku. Kebanyakannya hanya terjadi kurang dari 2 minit, tetapi boleh juga berlangsung selama 15 minit. Ia juga hanya berlaku sekali dalam tempoh 24 jam.

Gejala sawan panas kompleks pula adalah:

  • Hilang kesedaran
  • Anggota badan yang kejang dan merebak.
  • Kelemahan sementara biasanya pada satu lengan atau kaki.

Sawan panas kompleks berlangsung lebih dari 15 minit. Kejadiannya juga mungkin berlaku beberapa kali dalam tempoh 30 minit. Dalam tempoh masa 24 jam, ia mungkin berlaku lebih dari satu kali.

Apabila kejadian sawan yang sederhana atau kompleks berlaku secara berulang kali, ia dianggap sebagai sawan panas yang berulang. Tanda-tanda kejadian sawan berulang termasuk:

  • Suhu badan anak anda bagi kejadian sawan pertama mungkin lebih rendah.
  • Kejadian sawan seterusnya sering berlaku dalam tempoh satu tahun dari kejadian sawan yang pertama.
  • Suhu panas mungkin tidak setinggi sawan panas pertama.
  • Anak anda sering mengalami demam.

Punca Sawan panas

Sebaik sahaja suhu badan anak anda meningkat dan anak anda berumur 6 tahun ke bawah, penyakit ini berkemungkinan boleh berlaku. Berikut merupakan antara sebab paling lazim yang menyebabkan demam:

  • Jangkitan: Jika anak anda mendapat jangkitan bakteria atau virus, suhu badannya mungkin meningkat. Roseola, yang juga dikenali sebagai penyakit keenam sering menjadi puncanya kerana ia menyebabkan suhu demam meningkat dengan pantas.  
  • Vaksinasi: Demam mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa suntikan imunisasi – terutama untuk demam campak, beguk dan rubella (MMR). Anak anda juga mungkin masih demam setelah 8 hingga 14 hari menerima suntikan.

Diagnosis Sawan panas

Masalah kesihatan ini berlaku pada kanak-kanak dengan perkembangan normal. Doktor akan mengkaji semula sejarah perubatan dan sejarah perkembangan anak anda dengan teliti bagi mengecualikan faktor risiko lain yang boleh menyebabkan epilepsi. Bagi kanak-kanak yang membesar secara normal, mengenal pasti punca simptom demam pada anak anda adalah langkah pertama selepas berlakunya kejadian tersebut.

Sawan panas biasa

Kanak-kanak yang sedang mengambil vaksin dan mempunyai kejadian sawan panas yang pertama tidak memerlukan ujian. Doktor boleh mendiagnosis penyakit ini berdasarkan sejarah kesihatan.

Seterusnya, bagi kanak-kanak dengan kelewatan imunisasi atau sistem imun yang berkompromi, doktor mungkin mencadangkan ujian untuk mencari jangkitan yang serius berdasarkan:

  • Ujian darah.
  • Ujian air kencing.
  • Ketukan tulang belakang (tusukan lumbar), untuk mengetahui sama ada anak anda mempunyai jangkitan sistem saraf pusat, seperti meningitis.

Sawan panas kompleks

Bagi mendiagnosis punca sawan kompleks, doktor juga boleh mengesyorkan anak anda menjalani ujian elektroensefalogram (EEG) iaitu sebuah ujian yang mengukur aktiviti otak.

Selain itu, doktor juga boleh mencadangkan imbasan MRI untuk memeriksa otak anak anda bagi mengesan jika anak anda mempunyai:

  • Kepala dengan saiz yang tidak normal.
  • Penilaian neurologi yang tidak normal.
  • Tanda dan gejala berlakunya peningkatan tekanan pada tengkorak.
  • Sawan panas yang berlarutan dengan sangat lama.

Faktor Risiko Sawan panas

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko penyakit tersebut termasuk:

  • Usia muda. Sawan panas biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun, dengan risiko paling tinggi adalah pada golongan kanak-kanak berumur dalam lingkungan 12 hingga 18 bulan.
  • Sejarah keluarga. Sesetengah kanak-kanak mewarisi kecenderungan keluarga untuk mengalami sawan dengan simptom demam sekali. Tambahan pula, penyelidik berjaya menghubungkan beberapa gen yang mungkin mendorong kepada sawan panas.

Rawatan Sawan panas

Kebanyakan situasi penyakit ini akan terhenti dengan sendiri dalam masa beberapa minit. Jika anak anda mengalami keadaan tersebut, bertenang dan ikuti langkah berikut:

  • Letakkan anak anda dengan sebelah bahagian badannya berada di permukaan di mana dia tidak akan jatuh.
  • Mulakan merekod tempoh berlakunya sawan itu.
  • Kekalkan berada berhampiran untuk menjaga dan melegakan anak anda.
  • Alihkan sebarang benda keras atau tajam berhampiran anak anda.
  • Longgarkankan pakaian yang ketat atau terbatas.
  • Jangan halang atau gganggu pergerakan anak anda.
  • Jangan letakkan apa-apa di dalam mulut anak anda.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/febrile-seizure/symptoms-causes/syc-20372522

https://kidshealth.org/en/parents/febrile.html

https://www.healthline.com/health/febrile-seizure

Summary
Sawan panas (Febrile seizure) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sawan panas (Febrile seizure) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Keresahan perpisahan adalah sebahagian daripada proses perkembangan zaman kanak-kanak. Namun, ia juga boleh dialami oleh golongan dewasa juga.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: