Sarcoidosis
Sarcoidosis adalah penyakit radang yang menjejaskan pelbagai organ dalam badan, tetapi kebanyakannya berlaku pada paru-paru dan kelenjar limfa.

Sarcoidosis adalah penyakit keradangan yang menjejaskan pelbagai organ dalam badan, tetapi kebanyakannya berlaku pada paru-paru dan kelenjar limfa. Individu yang menghidapi sarcoidosis, jisim yang tidak normal atau nodul (dipanggil granuloma) yang terdiri daripada tisu yang meradang akan terbentuk pada organ-organ tertentu dalam badan. Granuloma boleh mengubah struktur normal dan mungkin fungsi organ yang terjejas.

Simptom Sarcoidosis

Simptom sarcoidosis berbeza-beza bergantung kepada organ yang terlibat. Kebanyakan pesakit pada mulanya mengadu mengalami batuk kering yang berterusan, keletihan, dan sesak nafas. Simptom lain termasuklah:

  • Benjolan kemerahan atau tompokan pada kulit.
  • Mata merah, berair atau penglihatan kabur.
  • Sendi bengkak dan menyakitkan.
  • Kelenjar limfa menjadi besar dan sakit  di leher, ketiak, dan pangkal paha.
  • Kelenjar limfa membesar di dada dan sekitar paru-paru.
  • Suara serak.
  • Sakit di tangan, kaki, atau kawasan tulang belakang lain disebabkan oleh pembentukan sista (pertumbuhan seperti kantung kecil yang tidak normal) dalam tulang.
  • Pembentukan Batu Karang.
  • Hati membesar.
  • Degupan jantung yang tidak normal seperti terlalu cepat, terlalu lambat atau tidak teratur (Aritmia), keradangan perikardium, iaitu lapisan tipis yang berbentuk kantung melapisi jantung anda (Perikarditis), atau kegagalan jantung.
  • Kesan kepada sistem saraf termasuklah kehilangan pendengaran, Meningitis, Sawan, atau gangguan psikiatri (contohnya, Dimensia, Kemurungan, Psikosis).

Punca Sarcoidosis

Doktor tidak tahu punca sebenar Sarcoidosis. Sesetengah individu kelihatan seperti mempunyai kecenderungan genetik untuk menghidap penyakit ini, yang mungkin dicetuskan oleh bakteria, virus, habuk atau bahan kimia.

Bakteria, virus, habuk atau bahan kimia akan mencetuskan tindak balas kepada sistem kekebalan tubuh anda, dan sel imun mula berkumpul dalam corak peradangan yang dipanggil granuloma. Apabila granuloma semakin bercambah di dalam organ, fungsi organ tersebut boleh terjejas.

Diagnosis Sarcoidosis

Mengenali tanda-tanda Sarcoidosis agak sukar. Lebih kurang 90 peratus daripada semua kes Sarcoidosis masih tidak relevan untuk dirujuk oleh doktor bagi melakukan diagnosis. Ia juga mungkin tidak dapat dikesan oleh peranti radiografi.

Diagnosis Sarcoidosis sering dilakukan semasa pemeriksaan atau ujian kesihatan yang lain, sebagai contoh, X-ray dada untuk:

Sekiranya Sarcoidosis disyaki, doktor akan bermula dengan memeriksa kawasan yang terjejas dan mengkaji sejarah perubatan anda.

Ujian tambahan akan dibuat untuk mendiagnosis Sarcoidosis dengan lebih terperinci termasuklah:

  • Imbasan tomografi berkomputer (CT)
  • Imbasan tomografi pelepasan positron (PET)
  • X-ray dada untuk menilai penglibatan nodus limfa dan kerosakan paru-paru
  • Ujian fungsi paru-paru untuk menilai jumlah paru-paru atau aliran darah dan penghantaran oksigen yang berkaitan
  • Pemeriksaan mata
  • Ujian darah untuk menilai fungsi organ atau sebarang perubahan, khususnya, mengukur enzim buah pinggang dan penanda
  • Biopsi tisu organ

Faktor Risiko Sarcoidosis

Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidapi penyakit ini, faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko anda termasuklah:

  • Umur dan jantina. Sarcoidosis boleh berlaku pada sebarang peringkat umur, tetapi ia sering berlaku kepada individu di antara umur 20 hingga 60 tahun. Wanita lebih cenderung untuk menghidapi penyakit ini.
  • Bangsa. Individu berketurunan Afrika dan Eropah Utara mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap Sarcoidosis. Individu berketurunan Afrika-Amerika juga lebih cenderung mengalami penglibatan organ-organ lain serta  paru-paru jika mereka menghidap penyakit ini.
  • Sejarah keluarga. Sekiranya seseorang dalam keluarga anda mempunyai Sarcoidosis, anda juga mungkin akan menghidap penyakit ini.

Rawatan Sarcoidosis

Dalam separuh daripada kes-kes ini, simptom akan sembuh atau  hilang dengan sendirinya.

Walaupun masih belum ada ubat bagi menyembuhkan Sarcoidosis, simptom yang lebih teruk atau berterusan masih boleh mendapat manfaat daripada rawatan perubatan. Pilihan rawatan yang tersedia adalah pilihan terapeutik untuk merawat simptom.

Antara ubat-ubatan dan pilihan terapeutik yang ada termasuklah:

  • Anti-radang, kortikosteroid topikal atau oral
  • Imunosupresan
  • Pembedahan
  • Hydroxychloroquine (plaquenil)
  • Faktor nekrosis tumor-alpha (tnf-alpha)

Summary
Sarcoidosis - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sarcoidosis - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sarcoidosis adalah penyakit radang yang menjejaskan pelbagai organ dalam badan, kebanyakannya berlaku pada paru-paru dan kelenjar limfa.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: