saps guru

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau singkatannya SAPS dirangka untuk menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpulan, penyimpanan dan menganalisis data peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS adalah bagi kegunaan guru, ibu bapa, murid dan pihak pengurusan sekolah.

Bagi melihat dan menguruskan maklumat di dalam SAPS terutama guru, para pengguna perlu menggunakan pelayar web untuk pergi ke pautan ini. Harap maklum, bagi mengisi dan mengubah data di dalam SAPS, hanya guru dan pihak pengurusan sekolah sahaja yang boleh lakukannya, manakala, ibu bapa dan murid hanya boleh menyemak sahaja.

Guru Tidak Boleh Menggunakan SAPS

Jika anda tidak boleh menggunakan atau mengakses SAPS, komputer memaparkan teks ralat “KOD AKSES ATAU KATA LALUAN SALAH! SILA LOGIN SEMULA”.

Ini mungkin disebabkan oleh anda masih belum mempunyai ID Guru yang sah, tersilap masukkan ID atau kata laluan.Sila cuba semula. Jika masih hadapi masalah yang sama, sila buat semakan dengan SUP sekolah anda.

Cara login SAPS guru

Untuk Login ke SAPS bagi mengisi markah dan membuat ulasan, maklumat secara terperinci adalah seperti di bawah:

Link untuk login SAPS : https://sapsnkra.moe.gov.my

Terdapat dua cara untuk login SAPS iaitu log masuk sendiri atau dengan bantuan Setiausaha Peperiksaan (SUP).

  • Login sendiri online
  1. Layari https://sapsnkra.moe.gov.my, dan tekan link Daftar ID Guru.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan, ID guru, kata laluan serta pengesahan kata laluan anda.
  3. Anda berjaya akses ke SAPS.
  • Login dengan bantuan SUP
  1. SUP perlu menekan butang Guru. Kemudian, sub menu akan keluar. Pilih Tambah Guru.
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan, nama penuh guru mata pelajaran serta jantina guru tersebut.
  3. Kemudian, klik Simpan.

Terlupa Kata Laluan

Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh memohon ke SUP sekolah anda untuk RESET kata laluan anda pada modul KEMUDAHAN – SENARAI PENGGUNA.

Setelah proses RESET dilakukan anda perlu login semula ke dalam sistem dengan menggunakan kata laluan sementara 12345678 dan menukar kata laluan yang baharu.


Cara isi markah ujian dalam SAPS online

  1. Tekan butang MENU GURU MP.
  2. Kemudian, sub menu akan keluar. Tekan butang Markah Peperiksaan.
  3. Pilih mata pelajaran yang diajar.
  4. Pada laman seterusnya, isikan markah ujian atau peperiksaan untuk setiap murid. Kemudian, klik butang Simpan Rekod.

Ulasan guru kelas

  1. Pada MENU GURU KELAS, klik Analisis Peperiksaan.
  2. Akan keluar sub-menu. Klik Slip Keputusan.
  3. Akan terpapar jadual yang mengandungi nama murid berserta data lain. Untuk setiap pelajar, klik ikon pada ULASAN.
  4. Di laman seterusnya, untuk bahagian Kedatangan, masukkan jumlah kehadiran bagi setiap pelajar untuk tempoh setahun.
  5. Kemudian, di bahagian Ulasan, masukkan ulasan untuk pelajar tersebut.
  6. Kemudian, klik butang Hantar.

SAPS ini diwujudkan bagi membantu memudahkan pengisian data oleh pihak pengurusan sekolah. Ia juga membolehkan ibu bapa dan murid mengakses sendiri maklumat peperiksaan mereka secara online.

Diharapkan anda dapat login ke SAPS guru bagi tujuan mengisi markah dan membuat ulasan dengan mudah. Semoga bermanfaat!

RUJUKAN

https://hteknologi.com/blog/panduan-saps-guru-ibu-bapa/

https://www.sapsibubapa.org/login-saps-ibu-bapa-dan-guru/

https://www.sistemguruonline.my/2017/03/login-saps.html

Summary
SAPS Guru: Cara Login, Isi Markah, Buat Ulasan
Article Name
SAPS Guru: Cara Login, Isi Markah, Buat Ulasan
Description
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau singkatannya SAPS guru dirangka untuk menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpulan, penyimpanan dan menganalisis data peperiksaan dalaman bagi setiap sekolah di seluruh Malaysia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: