sandwich telur

Sandwich telur adalah kepingan roti dengan pengisian telur yang dimasak. Isi sandwich telur adalah sama ada telur goreng, telur hancur, mahupun telur rebus yang telah dicampur mustard dan mayonis. Menu ini mudah untuk disediakan sebagai bekalan anak ke sekolah.

Saiz hidang untuk resipi sandwich telur ini adalah 6 hidangan.

Bahan-bahan:

  • 8 biji telur
  • 6 sudu teh mentega
  • 1 sudu teh pes mustard
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • air mengikut keperluan
  • 1/2 cawan mayonis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 12 keping roti

Cara Penyediaan:-

Langkah 1: Rebus, kupas dan cincang telur

Untuk menyediakan resipi mudah ini, ambil kuali yang dalam atau periuk dan tambahkan air secukupnya bersama telur. Biarkan telur mendidih selama 10 minit. Setelah telur mendidih, buangkan air dan biarkan telur sejuk sedikit sebelum anda mula mengupas dan memotong telur.

Langkah 2: Masukkan perasa dan mayonis ke dalam telur cincang

Ambil mangkuk dan masukkan telur, mayonis, garam dan pes mustard ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Masukkan lada ke dalam campuran untuk rasa sedikit pedas.

Langkah Akhir:

Ambil satu keping roti, ratakan mentega di atasnya dan tambahkan campuran telur di atas roti. Tutup dengan kepingan roti yang lain. Hidang!

Tips Sandwich Sedap:-

  • Anda juga boleh menambah keju parut ke sandwic jika anda suka.
  • Jangan ragu-ragu untuk menggunakan gabungan perasa yang anda suka.
  • Gunakan sayur-sayuran pilihan anda seperti kubis, lobak merah atau capsicum.
  • Sekiranya anda bukan peminat kerak tepi roti, anda boleh memotongnya sebelum memanggangnya.

Mudah bukan? Oleh itu, tiada alasan lagi untuk para ibu tidak membekalkan anak mereka dengan sarapan pagi. Selamat mencuba resipi ini!

SUMBER:

1) https://recipes.timesofindia.com/recipes/egg-sandwich/rs60018142.cms

2) https://en.wikipedia.org/wiki/Egg_sandwich

Summary
Sandwich Telur: Bekal Mudah Untuk Anak Ke Sekolah
Article Name
Sandwich Telur: Bekal Mudah Untuk Anak Ke Sekolah
Description
Sandwich telur adalah kepingan roti dengan pengisian telur yang dimasak. Isi sandwich telur adalah sama ada telur goreng, telur hancur, mahupun telur rebus yang telah dicampur mustard dan mayonis. Menu ini mudah untuk disediakan sebagai bekalan anak ke sekolah.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: