Samosa

Samosa adalah pastri berbentuk segitiga yang diisi dengan kentang pedas, ayam atau daging cincang. Ia merupakan makanan ringan yang popular bukan sahaja di India tetapi di beberapa negara di dunia.

Oleh kerana samosa begitu biasa di India, samosa dianggap sebagai makanan istimewa India klasik.

Samosa

Samosa adalah makanan pembuka India yang luar biasa dan sedap dibuat dengan isi kentang yang goreng bersama rempah. Ini adalah makanan jalanan yang popular di India, yang dijual oleh penjual jalanan. Intinya dibalut dengan menggunakan pembalut yang dilipat menjadi bentuk segitiga. Kemudian ianya digoreng hingga keemasan.

Inti Samosa

Inti samosa diperbuat daripada kentang, kacang hijau, bawang dan rempah.

Inti tersebut akan merasa lebih enak jika mempunyai keseimbangan rasa dan tekstur yang sempurna. Kentang tidak boleh terlalu lembik. Ia mestilah seimbang dengan kadar rempah yang digunakan, namun hati-hati intinya tidak boleh terlalu pedas.

Doh dan Pembalut Samosa

Doh samosa tradisional dibuat dengan tepung maida, yang merupakan sejenis tepung yang terdapat di India. Anda boleh menggunakan tepung serba guna sebagai pengganti. Bahan adunan lain termasuk mentega, garam, air dan biji karom atau ajwain.

Cara Mengisi Inti Samosa

Untuk melipat Samosa menjadi bentuk segitiga menggunakan spring roll wrapper, anda perlu memulakan dengan meraup satu sudu teh inti dan letakkan di bahagian tengah atas sekeping pembalut semosa.

Sapukan di hujung bahagian luar pembalut dengan putih telur, lipatkan membentuk segitiga. Cubit tepi dan semua sudut untuk memastikan ia ditutup rapat dan tidak ada kebocoran.

Samosa home-made ini adalah: –

✓ rangup dan rapuh

✓ rasanya seperti samosa dari kedai kegemaran anda

✓ diisi dengan kentang dan kacang polong

✓ sedap dengan secawan chai!

✓ juga vegan

Adakah Samosa Sihat?

Samosa merupakan makanan pembuka selera yang sihat atau makanan pesta, dengan hanya 94 kalori. Walaupun mereka digoreng, anda boleh memastikannya tidak direndam dalam minyak dengan mengalirkan lebihan minyak pada tuala kertas setelah digoreng

Mereka biasanya dihidangkan dengan sos celup sihat (green chutney) yang diperbuat daripada ketumbar, pudina, bawang putih, jalapeno, yogurt dan jus limau.

MASA PREP: 20 minit

MASA MASAK: 10 minit

JUMLAH MASA: 30 minit

Bahan-Bahan: –

  • 0.2 kg kentang, dikupas
  • 2 sudu minyak
  • 1/4 bawang kecil, potong dadu
  • 1/4 cawan kacang hijau, dihancurkan
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1/2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur putih
  • Spring roll wrapper, potong menjadi 3 kepingan segi empat sama
  • Minyak untuk menggoreng

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Rebus kentang selama 10 minit atau sehingga masak sepenuhnya. Toskan dan biarkan sejuk. Kupas kulit kentang dan hancurkan dan tumbuk kentang menggunakan bahagian belakang sudu.
  2. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bawang hingga naik bau sebelum memasukkan kentang, kacang hijau, serbuk kari, serbuk cili, gula, dan garam satu persatu. Masak selama beberapa minit. Keluarkan dari kuali dan biarkan sejuk.
  3. Letakkan 1 sudu teh inti di atas bahagian tengah sekeping pembalut. Sapukan hujung luar pembalut dengan putih telur, lipat dan bentuk Samosa menjadi segitiga. Cubit semua sudut untuk memastikan ia ditutup rapat dan tidak ada kebocoran. Ulangi sama sehingga inti habis.
  4. Gorengkan ia pada suhu 176 ° C hingga coklat keemasan. Keluarkan dari minyak menggunakan penapis besi atau senduk berlubang, dan pindahkan ke piring yang dilapisi tuala kertas. Hidangkan ketika suam.

Kalau dapat makan Samosa dengan air teh panas sebagai minuman petang dengan keluarga memang syok habis!

Selamat mencuba.

SUMBER

https://rasamalaysia.com/easy-samosa/osa

Summary
Samosa: Resepi Dan Langkah-Langkah Membuatnya
Article Name
Samosa: Resepi Dan Langkah-Langkah Membuatnya
Description
Samosa adalah pastri berbentuk segitiga yang diisi dengan kentang pedas, ayam atau daging cincang. Ia merupakan makanan ringan yang popular bukan sahaja di India tetapi di beberapa negara di dunia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: