Sambal Sotong

Sambal sotong juga tak kurang hebatnya berbanding ikan bilis. Sambal ialah kuah likat pedas yang diramu menggunakan pes cili kering kemudian digabung dengan bahan-bahan lain seperti garam, gula, belacan dan bawang dan lain-lain.

Sambal merupakan suatu hidangan istimewa bagi kebanyakan masyarakat Indonesia dan Malaysia yang hakikatnya memang menggemari hidangan pedas.

Sambal selalunya digunakan sebagai bumbu serba guna. Ia dapat ditambahkan ke dalam hidangan mi, sup, stew, daging, nasi, dan telur.

Oleh sebab itu, sambal merupakan bahan utama dalam aneka hidangan Asia. Sebagai contoh, hidangan Sambal Goreng Sotong dari Malaysia. Penggunaan sotong segar adalah merupakan bahan penting dalam menu hidangan ini yang akan dimasak dengan adunan sambal sedap.

Nah sekarang, jom kita gunakan resepi yang disediakan ini untuk memasak sambal sotong yang betul-betul menawan selera.

Bahan-Bahan: –

  • 10 ekor sotong
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 bawang besar hiris nipis
  • Minyak masak 2 senduk
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Air asam jawa cawan
  • Garam dan gula

Bahan-Bahan (Pes Cili): –

  • Cili kering 15 biji, potongkan, buangkan bijinya dan rebus.
  • Bawang merah 3 ulas
  • Bawang putih 5 ulas
  • Hiris nipis serai
  • Halia 1 inci
  • Bawang besar 1 biji

Langkah-Langkah Penyediaan

  1. Sotong mesti dibersihkan.
  2. Tumis bawang besar dengan minyak panas sehingga kekuningan. Campurkan cili kisar dengan api sederhana. Sentiasa kacau kuah sambal.
  3. Kemudian, masukkan sotong, sos tiram dan air jawa bersama. Kacaukan sehingga sotong masak. Apabila kuah menjadi pekat, letakkan gula dan garam secukupnya.

Selain daripada sambal tumis sotong biasa, rakyat Malaysia juga suka memasak sambal sotong petai. Tetapi aroma petai ini tidak begitu digemari oleh semua walaupun petai boleh menambah kesedapan dengan aroma segarnya.

Jika anda ingin masukkan petai pun boleh. Anda hanya tambahkan petai di akhir hidangan dan biarkan masak selama 2-3minit sehingga petai bertukar warna hijau terang. Terus, boleh dihidangkan.

SUMBER

https://www.keyingredient.com/recipes/2302915032/squid-sambal-sotong-squid-cooked-in-chilli-paste/

http://www.foodcanon.com/2013/11/sambal-sotong-squid-cooked-in-chilli.html

https://easyrecipes-tej.netlify.app/619-recipe-of-super-quick-sambal-squid-sambal-sotong/

Summary
Sambal Sotong Sedap Dengan Cara Masak Yang Mudah
Article Name
Sambal Sotong Sedap Dengan Cara Masak Yang Mudah
Description
Sambal sotong juga tak kurang hebatnya berbanding ikan bilis. Sambal ialah kuah likat pedas yang diramu menggunakan pes cili kering kemudian digabung dengan bahan-bahan lain seperti garam, gula, belacan dan bawang dan lain-lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: