Sambal Kicap Johor

Resipi sambal kicap Johor ni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama sup pun padu.Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je.

Resipi Sambal Kicap Johor Ngences Meleleh

Bahan-Bahan:

  • 12 biji cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji limau kasturi
  • Kicap secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak

Kaedah Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dan goreng cili padi dan bawang putih seketika. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Tumbuk bahan-bahan goreng tadi hingga lumat.
  3. Tuang kicap secukupnya dan perasakan dengan sedikit garam serta gula.Kacau hingga bahan perasa larut.
  4. Akhir sekali, perahkan sedikit jus limau kasturi bagi menyedapkan lagi rasa sambal kicap.
  5. Simpan dalam bekas bertutup yang bersih dan bolehlah dinikmati.
  6. Sambal Kicap ini enak dinikmati dengan aneka makanan goreng dan bersup mengikut citarasa serta selera masing-masing.
Resipi Sambal Kicap Johor Paling Power, Sedap & Mudah Dibuat.

Sambal Kicap Johor Sedap

Bahan-bahan:

  • 5-10 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula pasir
  • Garam
  • Perasa – Ajinomoto, kalau suka
  • Kicap manis
  • Sedikit jus limau

Kaedah penyediaan:

  1. Goreng terlebih dahulu cili padi bersama bawang putih dengan sedikit minyak sehingga kulit cili padi nampak agak masak sedikit dan bawang putih nampak kekuningan, jadi bila tumbuk nanti cepat hancur dan sebati.
  2. Tumbuk cili padi, bawang putih tadi bersama gula pasir, garam dan serbuk perasa sehingga halus.  Kemudian bolehlah tambahkan kicap manis dan sedikit jus limau.
  3. Sedia untuk dihidang. Jika suka cair tambah, sedikit air.
Resepi Sambal Kicap Power! Boleh Tahan Lama & Tetap Sedap

Nota:

  • Sambal kicap ini juga boleh dijadikan sambal kicap pisang goreng dengan menambahkan sedikit air, supaya tidak terlalu pekat sangat sambal tu.
  • Boleh juga dijadikan sambal kicap untuk mee hoon sup, mee hoon goreng dan mee goreng atau makan dengan ikan goreng.

Resepi Sambal Kicap Tahan Lama

Bahan-Bahan:

  • 1 genggam lada merah
  • 1 labu bawang putih
  • 2 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • Kicap manis secukupnya

Kaedah Penyediaan:

Goreng Cili & Bawang Putih

  1. Mula-mula kupas bawang putih dan buangkan tangkai cili.
  2. Lepas tu, gorengkan sekejap dalam minyak panas. Bila kita goreng, taklah rasa mentah. Sambal kicap pun boleh tahan lagi lama.
  3. Tak perlu goreng lama sangat, agak-agak dah masak nampak perang sikit.

CAMPURKAN SEMUA BAHAN LAIN

  1. Kemudian, masukkan bawang dan cili tadi terus dalam blender. Letakkan gula 2 sudu besar dan secubit garam.
  2. Bubuh sekali kicap secukupnya. Tak kisahlah kicap jenama apa asalkan kicap manis. Saya guna kicap Jalen. Agak-agaklah banyak mana ya.

BLENDER

  1. Akhir sekali blenderkan semua bahan tadi sampai hancur. Dah siaplah sambal kicap kita.
  2. Bila dah siap, simpan dalam bekas bertutup bubuh dalam peti ais. Disebabkan sambal kicap ni tahan lama, bolehlah buat sekali banyak dan buat stok terus dekat rumah. Senang bila nak makan dengan bihun sup, soto atau apa jua hidangan favourite anda.
  3. Kalau tiba-tiba tekak terasa nak makan ikan bakar, perah je limau dekat sambal kicap ni.
Resepi Rahsia Sambal Kicap Johor Padu & Sedap | Tip Tahan Lama | Sambal  Kicap Recipe - YouTube

Nampak macam senang je nak buat sambal kicap ni kan? Tapi kadang-kadang bila kita buat tak dapat pula rasa macam yang kita inginkan. Kadang-kadang ada yang cair sangat dan sesekali tu dapat pula rasa yang mentah. Selamat mencuba!

Sumber:

https://www.rasa.my/resipi-sambal-kicap-johor-paling-power-sedap-mudah-dibuat/

https://www.aziekitchen.com/2014/11/sambal-kicap-sedap.html

https://siraplimau.com/resepi-sambal-kicap-tahan-lama-sedap/

Summary
Sambal Kicap Johor: Sambal Power Dan Sedap!
Article Name
Sambal Kicap Johor: Sambal Power Dan Sedap!
Description
Resipi sambal kicap Johor ni memang padu. Andai ke Johor, macam-macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni. Pisang goreng, sukun goreng, tempe goreng malah makan bersama sup pun padu.Nak buat tak susah pun dan bahan-bahannya pun ringkas je.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: