sambal ayam penyet

Sambal ayam penyet merupakan “nadi” keenakan nasi ayam penyet itu tersendiri kerana mempunyai rasa pedas dan gurih yang secukupnya. Oleh itu, hari ini kami ingin mengajar anda bagaimana untuk membuat sambal ayam penyet power.

Ayam penyet berasal dari Indonesia tetapi menjadi popular di pelbagai negara di Asia seperti Singapura, Brunei, Malaysia dan banyak lagi.

Rata-rata satu pinggan ayam penyet mengandungi 650 kalori. Walau bagaimanapun, anda boleh mengurangkan pengambilan kalori dengan mengurangkan jumlah nasi setiap pinggan atau memasak sebilangan kecil ayam. Anda juga boleh menukar nasi putih Jasmine kepada beras perang untuk makanan yang lebih mengenyangkan dan sihat.

Rasa pedas ayam penyet berasal dari cili padi. Secara tradisional, ayam penyet memang dimakan dengan sambal untuk mencipta rasa tambahan. Namun, jika anda tidak menyukai makanan pedas, anda boleh mengurangkan jumlah cili dan menambah lebih banyak perasa seperti bawang putih dan halia untuk mencipta lebih banyak rasa.

Tetapi bagi individu yang gemar makanan pedas, sila tambah lebih banyak cili padi. Anda juga boleh menukar cili merah besar dengan cili mata burung.

Sambal ayam penyet ini boleh dihidangkan dengan makanan goreng seperti  ayam goreng, ikan goreng dan terung goreng.

Bahan-bahan :-

  • 8 cili mata burung
  • 5 biji bawang merah (dihiris)
  • 5 biji cili merah (potongan kasar)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 sudu besar udang kering / ikan bilis (pilihan)
  • 1 sudu besar pes udang
  • 1 sudu besar jus limau
  • gula
  • garam

Langkah-langkah Penyediaan:-

  1. Goreng semua cili mata burung, bawang merah, cili merah, tomato, udang kering / ikan bilis (pilihan), pes udang dengan sedikit minyak sekitar 5 minit – tidak termasuk garam dan gula
  2. Biarkan sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam pengisar.
  3. Panaskan minyak secukupnya dan masak semua bahan adunan.
  4. Masukkan gula, garam dan jus limau purut.
  5. Sedia untuk dihidangkan

Ringkas dan mudah kan resipi sambal ayam penyet kali ini? Jom buat sendiri sambal sedap ini di rumah. Selamat mencuba!

SUMBER:

1) https://www.kuali.com/recipe/chicken-dishes/sambal-ayam-penyet/

2) https://www.allrecipes.com/recipe/264557/ayam-penyet-pedas-indonesian-spicy-penyet-chicken/

Summary
Sambal Ayam Penyet- Wah Memang Sangkut Rasanya!
Article Name
Sambal Ayam Penyet- Wah Memang Sangkut Rasanya!
Description
Sambal ayam penyet merupakan “nadi” keenakan nasi ayam penyet itu tersendiri kerana mempunyai rasa pedas dan gurih yang secukupnya. Oleh itu, hari ini kami ingin mengajar anda bagaimana untuk membuat sambal ayam penyet power.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: