sakit tumit
Kaki anda mempunyai jalur tisu yang tebal dan berserat (fascia) daripada tumit ke jari kaki anda. Tisu ini menyokong otot dan gerbang kaki.

Kaki anda mempunyai jalur tisu yang tebal dan berserat (fascia) daripada tumit ke jari kaki anda. Tisu ini menyokong otot dan gerbang kaki. Ia boleh terkoyak jika diregang dengan terlalu kuat dan menyebabkan kesakitan dan keradangan yang dikenali sebagai plantar fasciitis atau sakit pada tumit kaki.

Simptom Sakit Tumit

Plantar fascia berada di sepanjang tapak kaki daripada bahagian jari hingga ke bahagian bawah tumit. Tekanan yang berlebihan pada bahagian kaki boleh menyebabkan kekoyakan tisu yang seterusnya membawa kepada masalah keradangan, kesakitan, dan kekakuan.

Seterusnya, simptom plantar fasciitis yang paling biasa adalah kesakitan di bahagian plantar fascia. Kesakitan ini biasanya berfokus berhampiran dengan tumit, di mana seolah-olah tisu tersebut seperti dikoyakkan.

Kesakitan boleh berkembang secara beransur-ansur dari masa ke masa. Ia boleh menjadi teruk selepas satu tempoh berehat. Sebagai contoh, ia boleh jadi perkara pertama yang berlaku pada waktu pagi atau selepas menempuhi perjalanan yang lama. Selain itu, kesakitan ini mungkin bertambah teruk selepas melakukan senaman atau aktiviti tertentu.

Taji tumit pula adalah tulang kecil yang tumbuh di bawah tulang tumit. Individu biasanya percaya bahawa taji tumit bertanggungjawab menyebabkan masalah plantar fasciitis ini, tetapi ia tidaklah mengakibatkan kesakitan yang dirasai itu.

Punca Sakit Tumit

Anda lebih cenderung mendapat plantar fasciitis jika anda berumur, mempunyai berat badan berlebihan, atau penggunaan kaki yang kerap selama beberapa jam sehari. Risiko anda juga meningkat jika anda:

  • Pakai kasut yang haus dengan tapak nipis.
  • Mempunyai kaki rata atau gerbang yang sangat tinggi.
  • Sering memakai kasut bertumit tinggi.
  • Mempunyai tendon Achilles yang ketat, atau “kord tumit”.
  • Mempunyai kedudukan berjalan atau kaki yang luar biasa.

Diagnosis Sakit Tumit

Masalah sakit tumit didiagnosis berdasarkan sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal anda. Semasa peperiksaan, doktor akan memeriksa kawasan lembut pada kaki anda. Lokasi berlakunya kesakitan itu dapat membantu menentukan puncanya.

Ujian pengimejan

Biasanya tiada ujian yang diperlukan. Doktor mungkin mencadangkan anda melakukan sinar-X atau imbasan resonans magnetik (MRI scan) untuk memastikan bahawa masalah lain, seperti kepatahan kerana tekanan tidak menyebabkan kesakitan itu.

Kadangkala, sinar-X boleh menunjukkan sekeping tulang yang terkeluar di tulang tumit. Sebelum ini, tulang ini sering dijadikan penyebab untuk sakit tumit dan dikeluarkan melalui pembedahan. Tetapi, ramai orang yang mempunyai tulang taji pada tumit mereka tidak mempunyai sebarang sakit tumit.

Faktor Risiko Sakit Tumit

Walaupun masalah sakit tumit atau plantar fasciitis boleh terjadi tanpa sebab yang jelas, terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami keadaan ini. Ia termasuklah:

  • Umur. Plantar fasciitis adalah perkara yang biasa bagi individu berumur antara 40 hingga 60 tahun.
  • Jenis senaman tertentu. Aktiviti-aktiviti yang memberi banyak tekanan pada tumit dan tisu berkaitan – seperti berjalan jauh, tarian balet dan tarian aerobik boleh menyumbang kepada permulaan masalah plantar fasciitis.
  • Mekanik kaki. Kaki yang rata, lengkungan yang tinggi ataupun corak berjalan yang tidak normal boleh memberi kesan kepada cara berat badan anda diagihkan apabila berdiri dan boleh menambah tekanan pada plantar fascia.
  • Obesiti. Berat badan yang berlebihan akan meletakkan tekanan tambahan pada plantar fascia anda.
  • Pekerjaan yang memerlukan anda untuk berdiri. Pekerja kilang, guru dan orang lain yang menghabiskan sebahagian besar tempoh kerja mereka dengan berjalan atau berdiri di atas permukaan keras boleh merosakkan plantar fascia.

Rawatan Sakit Tumit

Rawatan yang paling berkesan untuk merawat masalah plantar fasciitis adalah dengan berehat dan menjaga diri sendiri di rumah. Jika rawatan di rumah tidak berfungsi, doktor boleh mengesyorkan rawatan tambahan. Bagi kebanyakan rawatan bukan perubatan, doktor akan mengesyorkan pembedahan jika rawatan lain tidak berfungsi selepas setahun.

Orthotik

Orthotik adalah sokongan atau peranti yang dapat membantu dengan masalah muskuloskeletal, yang berkaitan dengan tulang, otot dan ligamen. Memakai kasut sokongan dan menggunakan orthotik seperti memasukkan pelapik dan sokongan tumit boleh membantu melegakan kesakitan plantar fasciitis. Ini juga dapat mengurangkan impak pada kaki apabila berdiri atau berjalan.

Anduh malam (night splint)

Manusia biasanya tidur dengan kedudukan kaki yang santai dan melunjur ke bawah. Dalam kedudukan ini, tumit akan menjadi longgar dan mengetatkan lagi plantar fascia. Ia juga boleh menyebabkan otot betis menjadi ketat dan meningkatkan kesakitan pada gerbang kaki. Jadi, individu yang terkesan boleh menggunakan anduh malam untuk mengekalkan kaki dalam posisi yang betul semalaman.

Terapi fizikal

Terapi fizikal boleh membantu meregangkan otot untuk memperbaiki pelbagai jenis pergerakan, mengurangkan kesakitan dan memberi sokongan dalam proses penyembuhan. Di samping itu, terapi urut juga dapat membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan yang dialami.

Ubat anti-radang

Kortison adalah sejenis ubat anti-radang. Suntikan kortison ke dalam tisu boleh mengurangkan kesakitan dan keradangan. Walau bagaimanapun, ianya adalah lebih baik untuk mengehadkan jumlah suntikan bagi meminimumkan risiko kesan sampingan yang boleh berlaku.

Terapi kejutan gelombang

Terapi kejutan gelombang ekstrakorporeal (extracorporeal) adalah rawatan bukan perubatan yang boleh merangsang penyembuhan. Ia mempunyai risiko yang rendah dan tidak invasif, namun lebih banyak penyelidikan  diperlukan untuk mengesahkan sama ada kaedah ini berkesan atau tidak.

Pembedahan

Sekiranya tidak ada rawatan yang berkesan, doktor mungkin mengesyorkan anda melakukan pembedahan. Pembedahan untuk plantar fasciitis adalah berisiko rendah, tetapi komplikasi boleh merangkumi kesakitan atau kerosakan saraf. Terdapat dua pilihan utama untuk prosedur pembedahan:

  • Kemerosotan (recession) Gastrocnemius – prosedur ini dapat memanjangkan otot betis untuk meningkatkan julat pergerakan di pergelangan kaki, mengurangkan tekanan pada plantar fascia. Pakar bedah akan menggunakan sama ada kaedah terbuka atau pembedahan invasif minimum yang boleh mengurangkan tempoh pemulihan.
  • Pembedahan plantar fascia – prosedur inimelibatkan pakar bedah yang membuat potongan di plantar fascia bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku. Individu yang mempunyai julat pergerakan yang baik pada bahagian pergelangan kaki adalah calon yang lebih baik untuk melakukan prosedur ini.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/181453

https://www.mayoclinic.org/symptoms/heel-pain/basics/causes/sym-20050788

https://www.healthline.com/health/heel-pain

Summary
Sakit Tumit (Plantar fasciitis) - Simptom, Punca,Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Sakit Tumit (Plantar fasciitis) - Simptom, Punca,Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Jika tisu pada kaki anda diregang dengan terlalu kuat, ia boleh menyebabkan kesakitan dan keradangan dikenali sebagai plantar fasciitis atau sakit tumit.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: