sakit gigi bongsu
Sakit gigi bongsu terjadi apabila molar ketiga iaitu gigi terakhir tumbuh pada bahagian hujung gusi atas, bawah dan belakang mulut.

Sakit gigi bongsu terjadi apabila molar ketiga iaitu gigi terakhir tumbuh pada bahagian hujung gusi atas, bawah dan belakang mulut.

Kebanyakan individu mempunyai empat batang gigi bongsu, namun jumlahnya boleh berbeza bermula daripada tiada langsung hinggalah empat batang, dan dalam kes yang jarang berlaku, seseorang mungkin mempunyai lebih daripada empat batang gigi bongsu.

Selain itu, gigi bongsu biasanya muncul pada usia lewat remaja atau awal dewasa, iaitu di antara umur 17 hingga 25 tahun.

Simptom Gigi Bongsu

Sesetengah individu yang mempunyai gigi bongsu yang terimpak tidak akan menyedari masalah ini sama sekali, sementara yang lain pula mungkin mempunyai simptom yang jelas.

Gigi bongsu yang terjejas mungkin boleh tumbuh melalui gusi dan sebahagian daripada gusi mungkin dapat dilihat. Keadaan ini digelar sebagai sebahagian gigi bongsu yang terimpak. 

Sementara itu, gigi bongsu yang sebahagiannya terimpak boleh menyebabkan makanan terperangkap dan menyukarkan proses pembersihan gigi. Bagi sesetengah individu, sebahagian gigi bongsu ini boleh menjadi sangat menyakitkan.

Jika gigi bongsu anda telah dijangkiti atau menyebabkan masalah lain, anda mungkin mengalami simptom seperti:

  • Sakit atau bengkak di sekitar rahang.
  • Rasa yang tidak menyenangkan dalam mulut anda.
  • Kesukaran untuk membuka mulut anda.

Dalam kes-kes lain, gigi yang terjejas mungkin tidak akan tumbuh melalui gusi. Ini dikenali sebagai gigi bongsu terimpak penuh.

Punca Gigi Bongsu

Umumnya, gigi bongsu menjadi terjejas kerana rahang anda tidak mempunyai ruang yang cukup untuk pertumbuhan gigi. Kadangkala, gigi tumbuh di sudut yang salah lalu boleh menyebabkan ia terjejas.

Diagnosis Gigi Bongsu

Doktor gigi atau pakar bedah oral boleh menilai gigi dan mulut anda untuk menentukan sama ada anda mempunyai masalah gigi bongsu terimpak atau jika terdapat faktor lain yang menjadi punca kepada masalah anda. Penilaian tersebut termasuklah:

  • Soalan mengenai simptom pergigian dan kesihatan umum anda.
  • Pemeriksaan terhadap keadaan gigi dan gusi anda.
  • X-ray pergigian yang boleh mendedahkan kehadiran gigi bongsu yang terimpak, serta tanda-tanda sebarang kerosakan gigi atau tulang.

Faktor Risiko Gigi Bongsu

Anda mungkin lebih cenderung mempunyai masalah gigi bongsu yang terimpak jika anda:

  • Berumur di antara 17 dan 25 tahun.
  • Mempunyai struktur rahang yang kecil.

Tiada cara untuk mencegah gigi bongsu terimpak, namun kebersihan gigi yang baik boleh membantu anda mengelakkan masalah yang boleh terjadi.

Rawatan Sakit Gigi Bongsu

Sekiranya gigi bongsu anda terimpak, ia mungkin sukar untuk dirawat. Namun, jika anda mempunyai keadaan perubatan yang boleh meningkatkan risiko pembedahan, doktor gigi anda mungkin akan meminta anda berjumpa dengan pakar bedah mulut bagi membincangkan tindakan rawatan yang terbaik buat anda.

Menguruskan sakit gigi bongsu tanpa simptom

Jika gigi bongsu yang terimpak tidak menyebabkan sebarang simptom atau masalah pergigian yang jelas, ia dipanggil sebagai asimptomatik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perselisihan yang wujud dalam komuniti pergigian tentang cara untuk menguruskan gigi bongsu asimptomatik ini. Penyelidikan tentang isu ini tidak menyokong satu strategi sahaja.

Sesetengah doktor gigi dan pakar bedah mulut mengesyorkan untuk mengeluarkan gigi bongsu asimptomatik bagi mengelakkan masalah yang mungkin terjadi pada masa akan datang. Mereka berselisih pendapat bahawa:

  • Gigi bongsu asimptomatik mungkin tidak bebas daripada sebarang penyakit.
  • Jika tiada ruang yang mencukupi untuk pertumbuhan gigi, ianya adalah sukar untuk mencecahnya dan membersihkannya dengan betul.
  • Komplikasi serius berkaitan gigi bongsu kurang kerap berlaku kepada orang dewasa yang lebih muda.
  • Prosedur ini lebih sukar dan cenderung menyebabkan komplikasi di kemudian hari, terutamanya di kalangan orang dewasa yang lebih tua.

Di samping itu, doktor gigi dan pakar bedah mulut akan mencadangkan pendekatan yang lebih konservatif. Mereka akan memerhatikan:

  • Tidak ada bukti mencukupi untuk mencadangkan bahawa gigi bongsu asimptomatik tidak akan menyebabkan masalah pada individu dalam kalangan individu dewasa yang muda. 
  • Perbelanjaan dan risiko prosedur tidak melambangkan faedah yang diharapkan.

Melaui pendekatan yang konservatif ini, doktor gigi akan memantau gigi anda untuk melihat jika terdapat kerosakan, penyakit gusi atau komplikasi lain. Beliau boleh mengesyorkan untuk mencabut gigi bongsu sekiranya masalah timbul.

Pembedahan

Sakit gigi bongsu yang menyebabkan sakit atau masalah pergigian lain biasanya dicabut melalui pembedahan (diekstrak). Pencabutan gigi bongsu biasanya diperlukan apabila berlaku:

  • Kerosakan pada sebahagian gigi yang mengakibatkan terjadinya gigi bongsu.
  • Sista atau tumor yang melibatkan gigi bongsu.
  • Gigi bongsu  yang menyebabkan kerosakan pada gigi lain.

Pengekstrakan gigi (cabut gigi) selalunya dilakukan sebagai prosedur pesakit luar, jadi anda akan pulang ke rumah pada hari yang sama. Proses ini termasuklah:

  • Pelalian atau anestesia. Anda mungkin diberi anestesia tempatan di kawasan mulut anda. Anestesia jenis ini dapat mengurangkan tahap kesedaran anda manakala anestesia jenis umum pula boleh menghilangkan kesedaran individu.

Mencabut gigi bongsu boleh menyebabkan kesakitan, pendarahan serta pembengkakan pada bahagian tapak atau rahang. Sementara itu, sesetengah individu mengalami masalah untuk  membuka mulut kerana pembengkakan otot rahang. Anda juga akan menerima arahan tentang cara merawat luka dan menguruskan kesakitan serta bengkak. Ini termasuklah mengambil ubat tahan sakit dan menggunakan pemampat sejuk untuk mengurangkan bengkak.

Bagi kes yang kurang biasa berlaku, sesetengah individu mungkin mengalami:

  • Soket yang  kering dan menyakitkan atau pendedahan tulang jika darah beku terjadi selepas pembedahan hilang dari soket.
  • Jangkitan pada soket akibat bakteria atau zarah makanan yang terperangkap.
  • Kerosakan pada gigi yang berhampiran, saraf, tulang rahang atau sinus.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319461

https://crest.com/en-us/oral-health/conditions/wisdom-teeth/wisdom-teeth-pain-symptoms-causes-remedies-relief

https://www.texasoralsurgery.com/wisdom-tooth-pain-causes-cures/

Summary
Kesakitan Gigi Bongsu (Wisdom Tooth pain) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Kesakitan Gigi Bongsu (Wisdom Tooth pain) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Sakit gigi bongsu terjadi apabila molar ketiga iaitu gigi terakhir tumbuh pada bahagian hujung gusi atas, bawah dan belakang mulut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: