sakit dada
Sakit Dada muncul dalam pelbagai peringkat, ia bermula dengan sakit yang tajam menikam hingga sakit yang tumpul.

Pengenalan

Sakit dada muncul dalam pelbagai peringkat, dan bermula dengan sakit yang tajam menikam hingga sakit yang tumpul. Kadangkala, kesakitan dada ini dirasakan seperti ditumbuk atau terbakar. Dalam kes-kes tertentu, kesakitan menjalar dari leher hingga rahang, dan menyebar ke bahagian belakang, satu lengan atau kedua-dua lengan.

Terdapat pelbagai masalah berbeza yang boleh menyebabkan sakit dada. Punca yang paling mengancam nyawa melibatkan jantung atau paru-paru. Memandangkan sakit dada boleh menjadi tanda kepada masalah yang lebih serius, ianya adalah penting untuk anda dapatkan bantuan perubatan segera.

Penerangan

Anda mungkin mengalami simptom lain yang mengiringi sakit dada. Dengan mengenal pasti simptom tersebut, ia dapat membantu diagnosis anda seperti berikut.

Simptom yang berkaitan dengan jantung

Walaupun kesakitan adalah simptom paling biasa bagi masalah jantung, sesetengah individu mengalami simptom lain dengan/ tanpa sakit dada. Golongan wanita khususnya, telah melaporkan simptom luar biasa yang kemudiannya dikenal pasti sebagai masalah yang melibatkan jantung:

• Tekanan atau rasa ketat pada dada

• Sakit belakang, rahang atau lengan

• Keletihan

• Pening

Sesak nafas

• Sakit perut

• Loya

• Kesakitan semasa melakukan sesuatu aktiviti

– Simptom lain

Simptom lain yang mungkin menunjukkan sakit dada yang tidak berkaitan dengan jantung termasuklah:

• Rasa masam atau berasid di dalam mulut anda

• Kesakitan yang hanya berlaku selepas anda menelan atau makan

Kesukaran menelan

• Tahap kesakitan bergantung kepada kedudukan badan anda

• Kesakitan yang menjadi lebih teruk apabila anda bernafas atau batuk

• Kesakitan yang disertai ruam

• Demam

• Sakit badan

• Menggigil

• Hidung berair

• Batuk

• Perasaan panik atau bimbang

• Hiperventilasi

• Sakit belakang yang menular ke bahagian depan dada anda

Penyebab yang berkemungkinan

Apabila anda mengalami sakit dada, perkara pertama yang berada dalam fikiran anda mungkin adalah anda mengalami serangan jantung. Walaupun kesakitan dada merupakan salah satu tanda utama serangan jantung, namun ia juga boleh dikaitkan dengan pelbagai keadaan lain yang kurang serius.  

Menurut Pusat Kajian Kesihatan Nasional (NCHS), hanya 13 peratus kes kecemasan melibatkan kesakitan dada yang berkaitan dengan diagnosis masalah jantung yang serius.

Sakit dada melibatkan jantung

Berikut adalah sebab-sebab yang berkaitan dengan sakit dada yang melibatkan jantung:

 Serangan jantung, iaitu penyumbatan aliran darah ke jantung.

• Angina, iaitu kesakitan dada disebabkan penyumbatan dalam saluran darah yang disalurkan ke jantung.

Pericarditis, iaitu keradangan yang berlaku dalam kantung di sekeliling jantung.

Myocarditis, iaitu keradangan otot jantung.

Kardiomiopati, iaitu penyakit yang melibatkan otot jantung.

• Pembedahan aorta, iaitu keadaan jarang berlaku yang melibatkan koyakan di bahagian aorta, iaitu pembuluh besar dari jantung.

Sakit dada melibatkan proses pencernaan

Berikut adalah punca-punca sakit dada akibat proses pencernaan:

• Refluks asid atau pedih ulu hati.

• Masalah menelan yang berkaitan dengan gangguan kerongkong.

• Batu hempedu.

Keradangan pundi hempedu atau pankreas.

– Sakit dada melibatkan paru-paru

Berikut adalah sebab-sebab sakit dada yang melibatkan paru-paru:

• Keradangan paru-paru

• Bronkitis virus

Pneumothorax

• Darah beku atau embolus paru-paru

Bronkospasme

Bronkospasme biasanya berlaku pada individu yang mempunyai asma dan gangguan berkaitan paru-paru seperti penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD).

Sakit dada melibatkan otot atau tulang

Berikut adalah penyebab sakit dada yang berkaitan otot atau tulang:

• Tulang rusuk yang patah

•Kesakitan otot akibat sindrom kronik

• Keretakan mampatan yang menyebabkan tekanan pada saraf

Sebab-sebab lain

  • Kayap boleh menyebabkan sakit dada. Jika anda mempunyai kayap, anda mungkin mengalami rasa sakit di sepanjang bahagian belakang atau dada anda sebelum ruam kayap muncul di badan. Selain itu, serangan panik juga boleh menyebabkan sakit dada.

Bila perlu menghubungi doktor

Anda disyorkan untuk menghubungi doktor jika kesakitan dada datang secara tiba-tiba, terutamanya jika anda telah mengambil ubat anti-radang yang tidak meringankan simptom sakit dada yang dialami.

Sekiranya anda mengalami kesakitan dada dan kesukaran untuk bernafas, anda perlu pergi ke hospital atau hubungi talian bantuan perubatan kecemasan.

Simptom yang memerlukan bantuan kecemasan termasuklah:

• Rasa seperti ditumbuk pada tulang dada.

• Kesakitan dada yang merebak hingga ke rahang, lengan kiri atau belakang.

• Kekeliruan, degupan jantung yang laju atau pernafasan yang cepat.

Walaupun sakit dada yang anda alami berasa sangat teruk, serangan jantung bukanlah punca utamanya. Namun, ianya adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan jika anda berasa tidak pasti.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Dapatkan rawatan kecemasan dengan segera jika anda mengesyaki diri anda mengalami serangan jantung terutamanya jika sakit dada anda baru berlaku, tidak dapat dijelaskan atau berlangsung lebih daripada beberapa saat.

Doktor akan bertanyakan beberapa soalan, dan jawapan anda boleh membantu mereka mendiagnosis penyebab sakit dada anda. Bersedialah untuk membincangkan sebarang simptom yang berkaitan dan berkongsi maklumat tentang sebarang ubat yang diambil, rawatan yang dijalani, atau keadaan perubatan anda.

Ujian diagnostik

Doktor boleh menjalankan ujian untuk membantu mendiagnosis atau menolak masalah yang berkaitan dengan jantung sebagai penyebab kesakitan dada anda. Ujian tersebut termasuklah:

• Elektrokardiogram (ECG atau EKG), mencatatkan aktiviti elektrik jantung anda.

• Ujian darah, mengukur tahap enzim.

• X-ray dada, digunakan untuk memeriksa jantung, paru-paru dan saluran darah.

• Ekokardiogram, menggunakan gelombang bunyi untuk merakam imej bergerak dalam jantung.

• MRI, digunakan untuk mengesan kerosakan pada jantung atau aorta.

Ujian tekanan, digunakan untuk mengukur fungsi jantung anda selepas pemeriksaan.

Angiogram, digunakan untuk mencari penyumbatan pada arteri tertentu.

Rawatan

Rawatan sakit dada adalah berbeza bergantung kepada penyebab sakit dada anda.

Ubat-ubatan

Ubat yang digunakan untuk merawat beberapa punca sakit dada yang sering digunakan termasuklah:

 Perehat arteri. Nitrogliserin – biasanya diambil sebagai ubat tablet dan diletakkan di bawah lidah yang berfungsi untuk melegakan arteri jantung. Ia melancarkan aliran darah melalui ruang yang sempit. Sesetengah ubat tekanan darah juga dapat merehatkan dan meluaskan saluran darah.

Aspirin. Jika doktor mengesyaki kesakitan dada anda berkaitan dengan jantung, anda mungkin akan diberi aspirin.

• Ubat Trombolytic. Sekiranya anda mengalami serangan jantung, anda mungkin menerima ubat-ubatan ini. Ia berfungsi untuk mencairkan pembekuan yang menghalang darah daripada disalurkan ke otot jantung anda.

• Ubat penipisan darah. Jika anda mempunyai darah beku dalam arteri di jantung atau paru-paru, anda akan diberikan ubat bagi mengelakkan pembentukan lebih banyak darah beku.

• Ubat penahan asid. Jika sakit dada anda terjadi disebabkan asid perut yang masuk ke dalam esofagus, doktor mungkin mencadangkan ubat-ubatan yang boleh mengurangkan jumlah asid di dalam perut anda.

• Ubat antidepresan. Jika anda mengalami serangan panik, doktor akan menetapkan antidepresan untuk membantu mengawal simptom anda. Selain itu terapi psikologi seperti terapi perilaku kognitif juga mungkin disyorkan.

Prosedur pembedahan dan lain-lain

Prosedur untuk merawat beberapa penyebab sakit dada yang mengancam nyawa termasuklah:

• Angioplasti dan penempatan sokongan. Jika kesakitan dada anda terjadi disebabkan penyumbatan dalam arteri yang menjejaskan jantung anda, doktor akan memasukkan katerer dengan belon pada hujungnya ke dalam pembuluh darah besar di pangkal paha anda, dan memperbaiki penyumbatan tersebut. Doktor anda akan mengembangkan hujung belon untuk meluaskan arteri, kemudian mengosongkan angin dalam belon dan mengeluarkan kateter tersebut. Dalam kebanyakan kes, tiub jejaring dawai kecil (stent) diletakkan di luar belon di hujung kateter. Apabila diluaskan, stent itu kekal dalam arteri agar ia kekalterbuka.

• Pembedahan membuka laluan. Semasa prosedur ini, pakar bedah akan mengambil pembuluh darah dari bahagian lain badan anda dan menggunakannya untuk membuat laluan alternatif bagi mengalirkan darah ke sekitar arteri tersekat.

• Pembedahan pemulihan. Anda mungkin memerlukan pembedahan kecemasan untuk membaiki pembedahan aorta, iaitu suatu keadaan yang mengancam nyawa di mana arteri yang membawa darah dari jantung ke seluruh badan anda pecah.

Reinffllation paru-paru. Sekiranya anda mempunyai keadaan paru-paru yang runtuh, doktor akan memasukkan tiub di dada untuk menguatkan paru-paru anda.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chest-pain/diagnosis-treatment/drc-20370842

https://www.healthline.com/health/chest-pain#diagnosis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321650.php#11

Summary
Sakit Dada (Chest Pain)
Article Name
Sakit Dada (Chest Pain)
Description
Sakit dada muncul dalam pelbagai peringkat, dan bermula dengan sakit yang tajam menikam hingga sakit yang tumpul. Kadangkala, kesakitan dada ini dirasakan seperti ditumbuk atau terbakar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: