sakit buku lali
Buku lali anda adalah salah satu daripada rangkaian tulang, ligamen, tendon dan otot yang rumit.

Pengenalan

Sakit buku lali adalah salah satu masalah rangkaian tulang, ligamen, tendon dan otot yang rumit. Apabila buku lali anda bekerja dengan terlalu keras untuk menanggung berat badan anda yang berat sambil membolehkan anda bergerak, maka buku lali anda mungkin akan terdedah kepada kecederaan dan kesakitan.

Anda mungkin merasakan kesakitan di dalam atau di luar buku lali atau sepanjang kawasan tendon Achilles, yang menghubungkan otot-otot di bahagian bawah kaki ke tulang tumit anda. Walaupun sakit buku lali yang ringan sering memberi tindak balas yang baik terhadap rawatan di rumah, ia mengambil masa untuk sembuh. Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda mengalami kesakitan buku lali yang teruk, terutamanya jika terdapat sebarang kecederaan serius.

Penerangan

Sendi Buku Lali adalah pertemuan antara tulang kaki dan kaki, yang berfungsi untuk menggerakkan bahagian atas dan bawah kaki. Buku lali sering dianggap sebagai sendi kaki bersama kawasan anatomi di sekitarnya termasuklah bahagian bawah kaki dan bahagian kaki yang rata. Kesakitan di buku lali boleh berpunca dari keradangan atau kecederaan pada mana-mana struktur di bahagian ini, seperti tulang, ruang sendi, tulang rawan, ligamen, tendon atau otot. Sakit buku lali boleh dikaitkan dengan simptom lain seperti:

• Bengkak pada buku lali

• Lebam

• Kemerahan

• Kebas atau kesemutan

• Ketidakstabilan

• Sakit seperti terbakar

• Ketidakupayaan menanggung berat pada pergelangan kaki yang terjejas

 • Kekakuan

• Kelemahan

Punca umum kesakitan buku lali termasuklah terseliuh atau kecederaan lain. Selain itu, Arthritis seperti Rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan lain-lain juga boleh menyebabkan sakit buku lali. Malah, Achilles tendonitis turut menjadi salah satu punca sakit buku lali yang anda alami.

Penyebab yang berkemungkinan

Kecederaan pada mana-mana tulang, ligamen atau tendon pada buku lali dan beberapa jenis arthritis boleh menyebabkan kesakitan buku lali. Punca dan penyebab kesakitan buku lali yang termasuklah:

  • Achilles tendinitis
  • Pendon Achilles pecah
  • Patah tulang Avulsion 
  • Patah kaki
  • Bursitis (radang sendi)
  • Gout (artritis yang disebabkan asid urik berlebihan)
  • Osteoarthritis (penyakit yang disebabkan oleh patah sendi)
  • Osteochondritis dissecans
  • Plantar fasciitis
  • Pseudogout
  • Psoriatic arthritis
  • Reactive arthritis
  • Rheumatoid arthritis (radang penyakit sendi)
  • Septic arthritis
  •  Buku lali Terseliuh
  • Patah tulang akibat tekanan
  • Sindrom Tarsal Tunnel

Bila perlu menghubungi doktor

Walaupun kebanyakan sakit buku lali sembuh dalam jangka masa yang pendek serta hanya memerlukan penjagaan di rumah, adalah penting untuk mengetahui jika kecederaan anda menjadi parah.

Mereka yang mengalami bengkak atau lebam yang ekstrem, bersama ketidakupayaan untuk meletakkan berat badan atau tekanan ke atas kawasan buku lali tanpa mengalami kesakitan yang ketara, haruslah berunding dengan doktor.

Satu lagi perkara utama yang perlu dilakukan adalah untuk mendapatkan ubat sekiranya kesakitan pada buku lali tidak sembuh dalam tempoh beberapa hari pertama setelah simptom muncul.

Rawatan

Jika pengubahsuaian gaya hidup dan rawatan ubat-ubatan tidak menyembuhkan kesakitan, anda boleh melakukan pilihan lain.

Penyesuaian kasut ortopedik, pada kaki atau buku lali adalah kaedah tanpa pembedahan yang boleh membantu menyesuaikan sendi anda dan melegakan kesakitan dan ketidakselesaan di bahagian tersebut. Ia didatangkan dalam pelbagai saiz dan darjah kekakuan, dan boleh menyokon mana-mana bahagian kaki yang berbeza dan mengagihkan semula berat badan serta melegakan kesakitan.

Penyokong buku lali berfungsi dengan cara yang sama seperti penyesuaian kasut ortopedik. Penyokong ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dan tahap sokongan tertentu. Sesetengahnya boleh dipakai dengan kasut biasa da nada juga yang menyerupai bentuk pergelangan kaki serta kaki. Walaupun ia boleh didapati di kedai ubat atau farmasi, adalah lebih baik jika anda berunding dengan doktor terlebih dahulu supaya ia dipasang dengan betul.

Suntikan steroid boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan. Suntikan ini mengandungi ubat yang dipanggil kortikosteroid dapat mengurangkan kekejangan dan kesakitan pada bahagian yang terlibat.

Kebanyakan suntikan hanya mengambil masa beberapa minit untuk dilakukan dan memberikan kelegaan dalam masa beberapa jam, namun kesannya dikatakan boleh berlanjutan antara tempoh 3 hingga 6 bulan. Ia merupakan kaedah terbaik melalui prosedur tidak invasif dan tanpa pembedahan yang membolehkan anda berehat di rumah pada hari yang sama.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/ankle-pain#treatment

https://www.mayoclinic.org/symptoms/ankle-pain/basics/causes/sym-20050796

https://www.medicinenet.com/ankle_pain/symptoms.htm

Summary
Sakit Buku Lali
Article Name
Sakit Buku Lali
Description
Sakit buku lali adalah salah satu masalah rangkaian tulang, ligamen, tendon dan otot yang rumit.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: