Saintis-saintis Israel Berjaya Membunuh sel kanser melalui rawatan pengubahan DNA menggunakan ‘pisau mikroskopik’ khusus dalam menyasarkan tumor.

Saintis tersebut menyatakan bahawa mereka menggunakan teknologi yang moden bagi memusnahkan sel-sel kanser di dalam tikus tanpa memusnahkan sel-sel lain, dimana ialah pertama kali di dunia. Kemajuaan ini juga dituntut sebagai pertama kalinya di dunia.

Sistem penyuntingan gen CRISPR Cas-9 yang digunakan oleh saintis dapat membuat pengubahan DNA yang tepat dan juga menganugerahkan pencipya sistem tersebut Jennifer Doudna dan Emmanuelle Charpentier hadiah Nobel Prize tahun ini.

Berdasarkan Profesor Dan Peer yang menerbitkan kajiannya di dalam jurnal Science Advances, pengkaji daripada Tel Aviv University mencadangkan untuk sistem tersebut digunakan dalam merawat kanser di dalam haiwan. 

Pakar kanser tersebut juga mengatakan di dalam Times Israel bahawa ‘tiada kesan sampingan ‘ yang dapat dikesan daripada proses tersebut, di mana beliau juga menamakan proses ini sebagai ‘kemoterapi yang lebih canggih’.

‘Kami mempercayai bahawa sel-sel kanser yang dirawat melalui cara ini tidak akan muncul aktif lagi selepas ini’, tambah beliau.

‘Teknologi ini boleh memanjangkan jangka hayat pesakit kanser dan kami juga berharap, suatu hari nanti, akan merawat penyakit kanser’, kata Peer. Beliau juga mengatakan bahawa teknik ini mampu memusnah tumor dalam masa tiga rawatan sahaja. 

‘Teknologi ini secara fizikalnya dapat memotong DNA di dalam sel kanser dan sekali gus mematikan sel kanser tersebut.’

Peer juga memberitahu Times of Israel bahawa beliau berharap bahawa sistem ini, pada suatu hari nanti, mampu menggantikan rawatan kemoterapi – sejenis rawatan kanser yang agresif yang memberi kesan sampingan kepada pesakitnya. 

Berbeza dengan teknik yang dicipta oleh kajian Tel Aviv university, kemoterapi menjejaskan  seluruh badan.

Kajian tersebut melibatkan ratusan tikus yang didiagnos dengan dua sel kanser yang paling agresif   – glioblatoma, kanser otak, dan kanser ovari metastik.

Tikus yang menerima rawatan tersebut didapati mempunyai jangka hayat dua kali ganda daripada kumpulan yang dikawal, dengan 30% peluang kadar kelangsungan hidup, lapor Science Advances. 

Peer mengatakan bahawa kumpulan pengkaji beliau bercadang untuk mengembangkan rawatan ini untuk kegunaan semua jenis kanser dan juga akan didapati bersedia bagi kegunaan manusia dalam jangka masa dua tahun lagi.

Buat masa sekarang, CRISPR Cas-9 hanya digunakan atas sel penyakit yang jarang yang sudah dikeluarkan daripada tubuh badan. 

Rawatan akan bergantung kepada setiap pesakit berdasarkan biopsi yang akan menentukan samada pesakit akan menerima suntikan am atau suntikan terus ke dalam tumor.

Peer mengatakan bahawa suntikan itu mempunyai messenger RNA yang mempunyai fungsi gunting yang sangat kecil untuk memotong DNA, sebuah sistem bagi mengenalpasti sel-sel kanser dan nanopartikel lipid.

‘Waktu kami pertama kali mencadangkan rawatan dengan messenger RNA pada dua belas tahun dahulu, semua menyangka bahawa cadangan ini seperti fiksyen sains’, Peer memberitahu Times of Israel.

Saya mempercayai bahawa dalam jangka masa pendek ini, kita akan lihat banyak rawatan khusus berdasarkan genetik messenger, bagi kanser dan pelbagai penyakit genetik.’

‘Teknologi ini masih perlu dikembangkan lagi, tetapi yang pentingnya, kami telah menunjukkan mpu membunuh sel kanser.’ 

SUMBER:

www.dailymail.co.uk/news/article-8975517/Israeli-scientists-kill-cancer-cells-ground-breaking-DNA

KREDIT GAMBAR:

https://www.cancercenter.com/community/blog/2018/02/how-does-cancer-do-that-cancer-cells-find-ways-to-resist-treatment

https://www.newswire.com/news/ramot-and-biontech-sign-license-agreement-to-use-novel-set-of-lipids-20745825

https://www.intelligentliving.co/researchers-found-out-how-detect-hidden-cancer-cells/

Summary
Saintis-saintis Daripada Israel Berjaya Membunuh Sel Kanser Melalui Perbandingan Rawatan Pengubahan DNA Menggunakan ‘pisau mikroskopik’ Khusus Dalam Menyasarkan Tumor.
Article Name
Saintis-saintis Daripada Israel Berjaya Membunuh Sel Kanser Melalui Perbandingan Rawatan Pengubahan DNA Menggunakan ‘pisau mikroskopik’ Khusus Dalam Menyasarkan Tumor.
Description
Saintis tersebut menyatakan bahawa mereka menggunakan teknologi yang moden bagi memusnahkan sel-sel kanser di dalam tikus tanpa memusnahkan sel-sel lain, dimana ialah pertama kali di dunia. Kemajuaan ini juga dituntut sebagai pertama kalinya di dunia.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: