Saffron
Saffron merupakan rempah yang paling mahal di dunia.

Saffron merupakan rempah yang paling mahal di dunia. Bayangkan, 1 gram sahaja boleh mencapai ratusan ringgit. Turut dikenali sebagai za’faran atau nama saintifiknya, crocus sativus, rempah ini biasa digunakan dalam masakan Timur Tengah. Apakah khasiat yang ada pada saffron ini sehingga menjadikannya rempah paling mahal di dunia dan bagaimanakah cara menggunakannya?

Khasiat Saffron

1. Kaya dengan antioksidan

Saffron mengandungi pelbagai jenis unsur tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas. Antara jenis antioksidan yang terkandung dalam rempah ini ialah crocin, crocetin, safranal dan kaempferol. Crocin dan crocetin mempunyai ciri anti kemurungan, melindungi sel otak, mengurangkan selera makan dan membantu menurunkan berat badan.


ONE Condoms Mixed Pleasures

RM 22.66

kondom ONE® dibuat menggunakan teknologi Sensatex ™, inovasi dalam pembuatan kondom yang menghasilkan kondom ultra-lembut untuk kesenangan yang tiada tandingannya di bilik tidur. ONE® lebih daripada sekadar pembuat produk kesenangan berkualiti tinggi. Mereka juga adalah kumpulan yang bertanggungjawab secara sosial yang komited untuk membantu anda menjalin hubungan yang lebih baik dan sihat. ONE® ditubuhkan pada tahun 2003 di Amerika Syarikat. Sertailah ONE® untuk membina komuniti global dengan berkongsi pengetahuan, minat dan idea.

2. Merawat sindrom kemurungan

wanita yang mengalami kemurungan

Daripada lima jenis kajian, didapati supplemen yang mengandungi saffron bertindak dengan lebih berkesan berbanding ubatan plasebo. Bahkan, pengambilan 30 mg saffron setiap hari menunjukan lebih keberkesanan berbanding Fluoxetine dan Citalopram. Kesan sampingan yang dihasilkan juga adalah sangat sedikit berbanding rawatan yang lain.

3. Mampu melawan kanser

wanita yang dijangkiti kanser

Radikal bebas seringkali dikaitkan dengan penyakit kronik seperti kanser. Oleh itu, kandungan antioksidan yang tinggi dalam ini dikatakan berupaya melawan radikal bebas. Dalam satu kajian, kandungan dalam saffron telah berjaya membunuh dan merencatkan sel kanser kolon tanpa menyentuh sel normal yang lain. Namun, penyelidikan yang teliti terhadap manusia masih diperlukan.

4. Mengurangkan sindrom sebelum haid (PMS)

PMS merupakan sindrom yang mempengaruhi fizikal, emosi dan psikologi seseorang wanita sebelum datang bulan. Sama ada diambil secara oral atau dihidu, ia mampu mengurangkan simptom seperti sakit kepala, mood tidak menentu dan keresahan. Hidu saffron selama 20 minit untuk membantu mengurangkan hormon tekanan.

5. Mengurangkan selera makan dan membantu dalam penurunan berat badan

wanita sedang mengukur badan dengan pita pengukur

Saffron mampu mengurangkan keinginan untuk makan berdasarkan satu kajian terhadap wanita yang mengambil supplemen saffron. Mereka didapati cepat berasa kenyang dan kurang keinginan untuk mengambil makanan ringan. Itu membawa kepada penurunan berat badan yang banyak selain mengurangkan ukur lilit pinggang mereka.

6. Mengurangkan faktor risiko penyakit jantung

lelaki tua yang sakit dada

Melalui kajian terhadap haiwan dan tabung uji, kandungan antioksidan dalam bahan ini mampu menurunkan kolesterol dalam darah dan mengelakkan saluran darah dan arteri tersumbat.

7. Mengurangkan kandungan gula dalam darah

Penyelidikan yang membabitkan tikus makmal yang mempunyai kencing manis menunjukkan ia terbukti dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.

8. Meningkatkan penglihatan

Saffron membantu meningkatkan daya penglihatan dalam kalangan dewasa dengan Degenerasi Makula Berkaitan Usia (AMD). Ia melawan radikal bebas yang mempunyai kaitan dengan AMD.

9. Meningkatkan memori bagi pesakit Alzheimer

pesakit tua alzheimer

Disebabkan kandungan antioksidan yang tinggi dalam saffron, ia berupaya membantu pesakit Alzheimer meningkatkan kognisi mereka.

10. Merawat masalah disfungsi erektil (ED)

Sejumlah 150 juta lelaki di seluruh dunia terkesan akibat penyakit ini. Saffron digunakan sebagai afrosidiak kerana kandungan crocin yang terdapat dalamnya. Dalam satu kajian, sebanyak 20 orang lelaki yang mempunyai masalah ED diberikan 200 mg rempah saffron setiap hari. Terdapat kesan yang positif ke atas fungsi seksual dengan peningkatan tempoh masa dan jumlah kejadian erektil berlaku di kalangan lelaki yang mengalami disfungsi erektil hanya selepas mengambilnya selama 10 hari. Ia juga berpotensi merawat masalah mati pucuk.

Cara Menggunakannya

Rempah saffron cukup digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Ia sudah mampu memberikan rasa dan warna jelas. Sangat sesuai dimasukkan ke dalam makanan yang berempah seperti hidangan nasi Arab.

Cara terbaik untuk mengeluarkan rasa dan baunya ialah dengan merendam di dalam air yang panas, tetapi bukan yang mendidih. Rendam sehingga air tadi bertukar warna dan boleh dimasukkan ke dalam hidangan. Anda juga boleh memperoleh saffron melalui,


Lahoot Saffron Original 0.5gram

RM 11.90

Kelebihan dan khasiat perubatan rempah yang sangat berharga ini, menjadikannya ramuan masakan yang berharga di seluruh dunia. Penyelidikan moden menunjukkan bahawa saffron dapat digunakan sebagai afrodisiak, diaforetik (penyebab peluh), karminatif (untuk mengelakkan gas) dan membawa kepada haid. Kajian terbaru juga menunjukkan bahawa ekstrak safron, khususnya crocin yang berguna dalam rawatan gangguan mental yang berkaitan dengan usia. Di Jepun, safron dikemas dan digunakan dalam rawatan penyakit Parkinson, kehilangan ingatan dan radang.


RED Saffron Hamid 1G

RM 12.00

Saffron mampu meransang kesihatan kardiovaskular, merawat disfungsi erektil, mempunyai potensi kesan anti kanser, mengurangkan simptom pms, menggalakkan rasa kenyang dan penurunan berat dan merawat kebimbangan dan kemurungan.

Sumber

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-844/saffron

https://www.healthline.com/nutrition/saffron

https://www.drugs.com/npp/saffron.html

https://www.livestrong.com/article/416846-saffron-poisoning/

Summary
Saffron: 10 Khasiat dan Macam-mana Menggunakannya
Article Name
Saffron: 10 Khasiat dan Macam-mana Menggunakannya
Description
Saffron merupakan rempah yang paling mahal di dunia. Bayangkan, 1 gram saffron sahaja boleh mencapai ratusan ringgit. Turut dikenali sebagai za’faran atau nama saintifiknya, crocus sativus, rempah ini biasa digunakan dalam masakan Timur Tengah. Apakah khasiat yang ada pada saffron ini sehingga menjadikannya rempah paling mahal di dunia dan bagaimanakah cara menggunakannya?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: