Now Reading
Sabun dan Hand sanitizer: Manakah yang lebih efektif?

Sabun dan Hand sanitizer: Manakah yang lebih efektif?

sabun dan hand sanitizer: mana lebih berkesan?

Banyak penyakit telah dikhabarkan berlaku di seluruh dunia termasuklah dua penyakit virus seperti influenza dan coronavirus. Kebanyakan penyakit ini mempunyai simptom yang sama seperti batuk, selesema dan demam. Penyakit sebegini mudah tersebar melalui partikel udara dan juga sentuhan secara langsung mahupun tidak langsung.

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia mengambil langkah pencegahan awal seperti memakai topeng muka dengan betul dan juga menjaga kebersihan diri dengan lebih baik. Ini termasuklah penggunaan ‘hand sanitizer’ yang boleh didapati di farmasi mahupun di kedai runcit.

Namun, adakah ini memang jelas dapat menghalang kita daripada dijangkiti virus berbahaya ini? Apakah bezanya penggunaan ‘hand sanitizer’ dan mencuci tangan menggunakan sabun pula? Bukankah kedua-duanya memberikan kesan yang sama?

Jadi, mari kita lihat beberapa aspek tentang kedua-dua ejen pembersih ini.

  • Mencuci tangan menggunakan sabun dan air adalah cara terbaik untuk mengurangkan kuman dan bahan asing pada tangan kita berbanding ‘hand sanitizer’ yang hanya menjadi pengganti yang baik ketika ketiadaan air.
  • Namun, penggunaan ‘hand sanitizer’ berasaskan alkohol adalah lebih berkesan berbanding sabun biasa kerana alkohol memang sudah diketahui dapat membunuh virus dan kuman yang berkaitan selesema tetapi tidak secara menyeluruh. Kandungan alkohol akan melembutkan membran bakteria dan membolehkan alkohol untuk membunuh bakteria.
penggunaan ‘hand sanitizer’ berasaskan alkohol adalah lebih berkesan berbanding sabun biasa
  • Hand sanitizer’ mempunyai pelbagai jenis termasuklah yang berbentuk gel, buih, mengandungi alkohol, berasaskan bahan semulajadi, memiliki wangian dan banyak lagi. Jadi, keberkesanannya bergantung kepada kandungan dan jenis ‘hand sanitizer’ yang anda pilih.
  • Mencuci tangan dengan sabun dan air tanpa cara yang betul adalah sama sahaja seperti mencuci tangan dengan bilasan air biasa. Ini adalah kerana gosokan tangan itulah yang akan menghapuskan organisma asing pada tangan dan menjadikan cucian tersebut lebih efektif. Cara cucian tangan dengan sabun yang betul adalah dengan menggosok tangan anda dengan sabun selama lebih kurang 20 saat.

Jadi, secara amnya mencuci tangan adalah satu langkah yang mudah untuk melindungi diri kita daripada bakteria dan virus berbahaya. Ianya bukan sahaja melibatkan golongan dewasa tetapi hendaklah dipraktikkan oleh golongan kanak-kanak juga. Ini adalah kerana mereka ini sedang berada dalam fasa yang suka bermain hingga kotor dan berpeluh, jadi bakteria dan virus lebih mudah menyerang golongan ini.

Tuntasnya, langkah pencegahan yang betul haruslah kita lakukan agar memberi kesan yang betul. Justeru itu, memantapkan pengetahuan kita berkenaan hal ini adalah satu keperluan agar tindakan kita itu tidak sia-sia. Walaupun ‘hand sanitizer’ mahupun sabun adalah dua ejen pembersih yang berbeza, namun merekalah yang boleh membantu kita mengekalkan kebersihan tangan kita dengan baik, Gunakan mereka pada waktu dan situasi yang betul agar anda mendapat manfaatnya secara menyeluruh. Cari juga langkah lain yang ada sekiranya boleh dan lindungilah diri anda dan yang tersayang sekarang.

SUMBER

https://www.ucihealth.org/blog/2020/04/soap-vs-sanitizer

https://www.allure.com/story/hand-sanitizer-vs-washing-soap-water

https://www.cdc.gov/handwashing/show-me-the-science-hand-sanitizer.html

error: Content is protected !!