Pityriasis Rosea
Pityriasis Rosea adalah ruam yang muncul pada bahagian badan, atas lengan, paha atau leher.

Pityriasis rosea adalah ruam yang muncul pada bahagian badan, atas lengan, paha atau leher. Ia mungkin kedengaran teruk daripada yang disangkakan. Tetapi ia adalah satu keadaan yang biasa berlaku dan agak mudah untuk dirawat.

Walaupun punca sebenar penyakit itu masih belum diketahui, doktor berpendapat bahawa ia berkaitan dengan jangkitan virus terutamanya Herpes. Secara umum, ia memberi kesan kepada kanak-kanak, remaja dan individu dewasa pada usia 20 an, bahkan ia juga boleh muncul pada pelbagai peringkat umur. Bukan itu sahaja, ia juga boleh memberi kesan kepada wanita hamil.

Walau bagaimanapun, ia merupakan sejenis penyakit yang tidak menular dan bagi kebanyakan individu, ia tidak meninggalkan tanda atau parut selepas sembuh.

Simptom Pityriasis Rosea

Penyakit ini biasanya bermula dengan kemunculan tompokan besar yang timbul dan bersisik. Keadaan ini dipanggil sebagai tompokan Herald yang sering tejadi di belakang badan, dada atau perut anda. Namun, sebelum tompokan ini muncul, anda akan mengalami sakit kepala, keletihan, demam atau sakit tekak terlebih dahulu.

Dalam beberapa hari hingga minggu selepas tompokan muncul, anda mungkin dapat melihat bintik-bintik kecil di bahagian belakang, dada atau perut yang menyerupai corak pokok pine. Ruam ini menyebabkan gatal-gatal dan kadangkala ia menjadi semakin teruk.

Punca Pityriasis Rosea

Punca sebenar masalah kesihatan ini tidak diketahui dan sejenis alergi dan kulat atau bakteria bukanlah penyebabnya.

Satu teori telah menunjukkan bahawa jangkitan virus seperti herpes 6 dan 7 mungkin menyebabkan ruam penyakit ini. Walau bagaimanapun, berbeza dari penyakit lain yang disebabkan oleh virus, penyakit ini tidak boleh berjangkit kepada individu lain melalui hubungan fizikal. Dalam kes yang jarang berlaku, ruam berkembang sebagai kesan sampingan selepas pengambilan beberapa ubat.

Diagnosis Pityriasis Rosea

Sesiapa yang mempunyai ruam pelik yang muncul di badan hendaklah berjumpa dengan doktor. Sekiranya seseorang mengalami Pityriasis Rosea, doktor akan mengesyorkan ubat terbaik untuk merawat sebarang masalah berkaitannya.

Walaupun simptom yang disebutkan di atas mungkin juga berpunca dari Pityriasis Rosea, ia juga boleh terjadi disebabkan oleh keadaan kulit yang berbeza. Syarat-syarat lain yang akan dipertimbangkan oleh doktor termasuklah:

• Ekzema

Psoriasis

• Tinea Versicolor

• Dermatitis Nummular

• Kurap

Sekiranya doktor berasa ragu-ragu semasa diagnosis, beliau boleh merujuk individu tersebut kepada pakar kulit (dermatologi).

Rawatan Pityriasis Rosea

Dalam kebanyakan kes, Pityriasis Rosea sembuh dengan sendiri dalam masa 4 hingga 10 minggu. Jika ruam masih tidak sembuh atau simtom gatal-gatal tersebut mengganggu aktiviti harian anda, berbincanglah dengan doktor tentang rawatan tersedia yang boleh membantu. Keadaan ini boleh hilang tanpa meninggalkan parut dan biasanya tidak berulang.

  • Ubat-ubatan

Jika petua di rumah tidak mengurangkan simptom atau memendekkan tempoh Pityriasis Rosea, doktor mungkin akan memberi ubat-ubatan. Contohnya termasuklah:

Kortikosteroid

Antihistamin

• Ubat antivirus, seperti acyclovir (Zovirax)

  • Terapi cahaya

Pendedahan kepada cahaya matahari semulajadi atau tiruan boleh membantu memudarkan ruam. Namun, kesan sampingannya ialah terapi cahaya boleh menyebabkan kegelapan berkekalan di tempat tertentu walaupun selepas ruam hilang.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pityriasis-rosea/symptoms-causes/syc-20376405

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/whats-pityriasis-rosea#1

https://dermnetnz.org/topics/pityriasis-rosea/

Summary
Article Name
Ruam Pityriasis Rosea - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Pityriasis Rosea adalah ruam yang muncul pada bahagian badan, atas lengan, paha atau leher dan ia merupakan keadaan yang biasa berlaku.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: