royal jelly
Royal Jelly adalah sejenis bahan berkrim yang berwarna putih dengan kandungan nutrien tinggi yang dihasilkan oleh lebah muda

Pengenalan

Royal Jelly adalah sejenis bahan berkrim yang berwarna putih dengan kandungan nutrien tinggi yang dihasilkan oleh lebah muda untuk memberi makan larva ratu lebah. Terdapat tuntutan yang menyatakan bahawa ia menawarkan pelbagai manfaat kesihatan seperti mengurangkan simptom sindrom pramenstruasi serta menggalakkan penyembuhan luka.

Ia adalah sangat berkhasiat dan mungkin mempunyai sifat antibakteria, antioksidan dan anti-radang. Ciri-ciri ini dikaitkan dengan banyak tuntutan kesihatan mengenai manfaat Royal Jelly. Biasanya, ia digunakan secara oral atau diletakkan secara langsung pada kulit.

Penyelidikan menunjukkan bahawa nutrien tertentu dalam Royal Jelly  adalah bermanfaat untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, hanya terdapat sedikit bukti yang menyatakan bahawa faedah tersebut adalah khusus daripada Royal Jelly.

Artikel ini mengkaji manfaat berserta hujah-hujah saintifik bagi menyokong tuntutan ini.

Kegunaan Royal Jelly

• Simptom menopaus. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan secara oral selama 3 bulan dapat meningkatkan kolesterol lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL – kolesterol “baik”) dan mengurangkan kolesterol lipoprotein berkepekatan rendah (LDL – kolesterol “buruk”) pada wanita selepas menopaus. Kajian lain pula menunjukkan bahawa pengambilan produk yang mengandungi Royal Jelly dan bunga secara oral selama 12 minggu boleh mengurangkan simptom menopaus dan meningkatkan kesihatan bagi wanita yang telah menopaus.

Produk-produk yang mengandungi Royal Jelly seperti minyak evening primrose, damiana, dan ginseng juga dilihat dapat menurunkan simptom menopaus. Selain itu, perbuatan meletakkan Royal Jelly dalam faraj mungkin meningkatkan kualiti hidup serta memperbaiki masalah seksual dalam kalangan wanita menopaus.

Walau bagaimanapun, penggunaan estrogen boleh mengurangkan keradangan dengan lebih berkesan berbandingnya.

• Alahan bermusim (hayfever). Menurut kajian saintifik, pengambilan produk Royal Jelly (Bidro) secara oral selama 3-6 bulan sebelum dan semasa musim debunga tidak meunjukkan sebarang kesan terhadap simptom hidung tersumbat, bersin atau ketidakselesaan mata bagi golongan kanak-kanak yang mengalami alahan bermusim.

• Keletihan pada orang yang mempunyai kanser. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan bersama campuran madu sebanyak dua kali sehari untuk 4 minggu meningkatkan keletihan bagi sesetengah individu yang mempunyai kanser.

• Kencing Manis. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan secara oral sekali sehari selama 8 minggu boleh meningkatkan kadar gula darah dan insulin darah pada individu yang menghidap kencing manis. Tetapi kajian lain pula menunjukkan bahawa pengambilan sebanyak satu dos atau tiga kali sehari selama 8 minggu tidak meningkatkan kadar gula darah atau insulin darah pada individu yang menghidap kencing manis.

• Sakit kaki akibat kencing manis. Beberapa kajian awal menunjukkan bahawa penggunaan pada ulser selepas pembersihan dan pembuangan tisu mati tidak meningkatkan penyembuhannya. Tetapi kajian awal lain menunjukkan bahawa penggunaan salap khusus yang mengandungi Royal Jelly dan panthenol selama 6 bulan selepas pembersihan dan pembuangan tisu mati boleh meningkatkan penyembuhan ulser pada kaki seorang pesakit kencing manis.

• Kemandulan. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa penggunaan larutan yang mengandungi Royal Jelly, madu lebah Mesir dan bee bread pada faraj selama 2 minggu dapat meningkatkan kadar kehamilan pada pasangan yang mempunyai masalah kesuburan akibat pergerakan sperma yang berkurangan (asthenozoospermia).

• Kolesterol tinggi. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan secara oral mungkin menurunkan tahap kolesterol pada individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi.

• Sindrom Pramenstruasi (PMS). Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan produk yang mengandungi Royal Jelly, ekstrak debunga lebah, dan debunga lebah bersama ekstrak pistil secara oral dalam 2 kitaran haid dapat mengurangkan beberapa simptom PMS termasuklah kerengsaan, kenaikan berat badan dan pembengkakan.

• Pengurangan berat badan. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan secara oral sebanyak sekali sehari selama 8 minggu menurunkan berat badan sedikit pada individu yang berlebihan berat badan yang menghidap kencing manis. Walau bagaimanapun, manfaat tersebut tiada kaitan dengan aspek klinikal.

Selain itu, kajian-kajian perlu dijalankan untuk mencari keberkesanan penggunaan Royal Jelly terhadap keadaan-keadaan berikut:

• Asma.

• Kebotakan.

• Pecah tulang.

• Meningkatkan imuniti.

Penyakit buah pinggang.

Penyakit hati.

• Pankreatitis.

• Masalah kulit.

• Ulser perut.

• Masalah tidur (insomnia).

• Sebab-sebab lain.

Masih banyak bukti yang diperlukan untuk menilai keberkesanan Royal Jelly bagi kegunaan-kegunaan yang dinyatakan di atas.

Kesan Sampingan Royal Jelly

Royal Jelly secara amnya dianggap selamat dan boleh diterima dengan baik apabila digunakan dengan sewajarnya. Kajian telah menunjukkan bahawa ia boleh diambil secara harian dalam dos sebanyak 1,000 mg selama tiga bulan tanpa kesan sampingan yang ketara.

Walau bagaimanapun, ia diketahui boleh menyebabkan reaksi alahan pada segelintir individu yang terduri daripada simptom nasal yang ringan sehinggalah keadaan yang mengancam nyawa seperti anaphylaxis. Keadaan ini berlaku mungkin akibat tindak balas badan terhadap Royal Jelly itu sendiri atau bahan-bahan tambahan lain seperti debunga lebah dan debunga bunga.

Interaksi Royal Jelly

Interaksi Sederhana

Berhati-hatilah dengan kombinasi ini!

Warfarin (Coumadin) berinteraksi dengan ROYAL JELLY

Ia mungkin meningkatkan kesan warfarin (Coumadin). Ini bermakna, pengambilan jeli diraja bersama warfarin (Coumadin) mungkin menyebabkan risiko lebam atau pendarahan.

Dos Royal Jelly

Dos yang berikut telah dikaji melalui penyelidikan saintifik:

SECARA ORAL:

• Simptom menopaus:

150 mg boleh diambil setiap hari selama 3 bulan.

– Satu atau dua kapsul produk yang mengandungi serbuk Royal Jelly dan debunga boleh digunakan sehingga 12 minggu.

– Dua kapsul produk yang mengandungi Royal Jelly, minyak primrose petang, damiana, dan ginseng boleh diambil setiap hari selama 4 minggu.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-503/royal-jelly

https://www.verywellhealth.com/the-benefits-of-royal-jelly-89507

https://www.medicalnewstoday.com/articles/324152.php

Summary
Article Name
Royal Jelly
Description
Royal Jelly adalah sejenis bahan berkrim yang berwarna putih dengan kandungan nutrien tinggi yang dihasilkan oleh lebah muda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: