Rotavirus
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah merebak kepada manusia dan boleh menyebabkan keradangan di dalam perut dan usus.

Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah merebak kepada manusia dan boleh menyebabkan keradangan di dalam perut dan usus. Jika anda melihat rotavirus melalui mikroskop, ia berbentuk bulat. Dalam Bahasa Latin, roda disebut sebagai ‘rota’. Begitulah sejarah bagaimana virus ini mendapat namanya.

Dari akhir musim sejuk hingga ke awal musim bunga, ia boleh menyebabkan cirit-birit yang teruk, muntah, demam, sakit perut, dan dehidrasi pada bayi, anak-anak kecil, dan beberapa orang dewasa.

Walaupun terdapat ubat-ubatan untuk membantu simptom virus ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan rotavirus. Malah kanak-kanak yang telah diberi vaksin terhadap rotavirus masih boleh mendapatkan penyakit ini lebih daripada sekali.

Simptom Rotavirus

Simptom rotavirus mengambil selama 2 hari untuk muncul selepas jangkitan.

Simptomnya termasuklah:

  • Demam
  • Muntah
  • Cirit-Birit Berair
  • Sakit Perut

Cirit-birit berair mungkin boleh berlaku beberapa kali dalam sehari. Muntah-muntah dan cirit-birit pula boleh berlangsung dari 3 hingga 8 hari.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan dehidrasi dan keradangan, yang boleh menjadi bahaya kepada diri anda.

Tanda dan simptom dehidrasi termasuklah:

  • Air kencing yang kurang
  • Kelesuan
  • Kulit kering atau terlalu sejuk
  • Tiada air mata apabila menangis
  • Mulut kering atau melekit
  • Tekak kering
  • Mata tenggelam
  • Fontanel tenggelam, bahagian lembut pada kepala bayi
  • Dahaga melampau
  • Rasa pening apabila berdiri

Seorang kanak-kanak mungkin mengantuk atau menjadi cerewet.

Selepas satu jangkitan, jangkitan berulang mungkin akan berlaku. Walau bagaimanapun, apabila imuniti berkembang dengan setiap jangkitan, kes berikutnya akan menjadi kurang teruk.

Kebanyakan individu dewasa telah membina imuniti semasa zaman kanak-kanak, jadi mereka kurang terdedah kepada rotavirus.

Walau bagaimanapun, individu dewasa boleh juga dijangkitinya, terutamanya jika mereka mempunyai sistem imun yang lemah, jika mereka pergi ke tempat dimana virus itu disebarkan, atau jika mereka terdedah kepada wabak virus. Mereka juga boleh menjangkiti virus daripada kanak-kanak.

Punca Rotavirus

Rotavirus hadir dalam najis individu yang dijangkiti beberapa hari sebelum simptom muncul dan sehingga 10 hari selepas simptom sembuh. Selalunya, virus ini merebak dengan mudah melalui sentuhan tangan ke mulut walaupun orang yang dijangkiti tidak mengalami sebarang simptom atau keradangan.

Jika anda mempunyai rotavirus dan anda tidak membasuh tangan anda selepas menggunakan tandas, atau anak anda dijangkiti rotavirus dan anda tidak membasuh tangan anda selepas menukar lampin anak anda atau membantu anak anda menggunakan tandas, virus itu boleh merebak ke setiap objek yang anda sentuh, termasuk makanan, mainan dan perkakas. Sekiranya individu lain pula menyentuh tangan anda yang tidak dicuci atau objek yang tercemar dan kemudian menyentuh mulutnya, jangkitan mungkin akan terjadi. Virus ini boleh kekal pada semua permukaan selama berminggu-minggu atau lebih lama jika kawasan tersebut tidak dibasmi kuman.

Oleh kerana terdapat banyak jenis rotavirus, ia mungkin boleh dijangkiti lebih dari sekali, walaupun anda telah divaksinasi. Walau bagaimanapun, jangkitan berulang biasanya menjadi semakin kurang teruk.

Diagnosis Rotavirus

Doktor anda mungkin akan menjalankan diagnosis berdasarkan kepada ujian fizikal dan soalan mengenai simptom yang anda alami.

Dalam beberapa kes, doktor juga mungkin akan meminta pihak makmal untuk menganalisis sampel najis anak anda.

Faktor Risiko Rotavirus

Jangkitan rotavirus adalah perkara biasa yang berlaku pada kanak-kanak berusia 3 hingga 35 bulan,  terutamanya mereka yang menghabiskan masa di tempat penjagaan kanak-kanak. Individu dewasa dan individu tua yang menjaga anak-anak juga mempunyai risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Risiko rotavirus paling tinggi berlaku pada musim sejuk dan musim bunga.

Rawatan Rotavirus

Tiada rawatan khusus untuk jangkitan rotavirus. Antibiotik dan antivirals tidak dapat membantu jangkitan rotavirus. Biasanya, jangkitan itu sembuh dalam masa tiga hingga tujuh hari.

Mengelakkan dehidrasi adalah satu kepentingan bagi sesiapa yang dijangkiti rotavirus. Untuk mengelakkan dehidrasi ketika virus ini aktif, minum air dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Sekiranya anak anda mengalami cirit-birit dan keradangan yang teruk, bertanya kepada doktor tentang rawatan cairan rehidrasi oral seperti Pedialyte atau Enfalyte, terutamanya jika cirit-birit berlangsung lebih lama daripada beberapa hari.

Bagi kanak-kanak, cairan dehidrasi boleh menggantikan mineral yang hilang dengan lebih berkesan daripada air atau cecair lain. Dehidrasi teruk mungkin memerlukan rawatan cecair intravena di hospital.

Sumber:

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300

https://www.webmd.com/children/guide/what-is-rotavirus

https://www.healthline.com/health/rotavirus

http://www.myhealth.gov.my/en/rotavirus-vaccine/

Summary
Rotavirus - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Rotavirus - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Rotavirus adalah sejenis virus yang mudah merebak kepada manusia dan boleh menyebabkan keradangan di dalam perut dan usus.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: