roseola
Roseola adalah virus biasa yang menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 2 tahun.

Roseola adalah virus biasa yang menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Selalunya, ia tidak perlu dibimbangkan kerana anak-anak akan sembuh dengan sendirinya. Ia juga kadang-kadang dipanggil “penyakit keenam.”

Simptom Roseola

Seorang kanak-kanak mungkin tidak mempunyai simptom selama 5-15 hari selepas dijangkiti virus yang menyebabkan roseola atau penyakit keenam ini. Apabila simptom muncul, perkara pertama yang anda perhatikan berlaku pada anak anda adalah demam yang mengejut dan tinggi (melebihi 39°C) yang berlangsung atau boleh datang dan pergi selama 3-7 hari.

Selain demam, anak anda juga mungkin akan kelihatan sihat. Dia mungkin menjadi resah atau mudah marah. Apabila demam telah kambuh, anak anda juga boleh mendapat ruam-ruam merah, terutamanya di leher dan badannya. Ia tidak gatal dan mungkin hanya akan berlangsung selama beberapa jam atau beberapa hari.

Punca Roseola

Roseola boleh merebak di antara kanak-kanak walaupun tiada ruam yang kelihatan, dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Keadaan ini disebabkan oleh virus, lebih umum virus herpes manusia dan juga virus herpes manusia.

Diagnosis Roseola

Roseola mungkin sukar untuk didiagnosis oleh kerana tanda-tanda dan simptom awal yang serupa dengan penyakit-penyakit lain yang biasa berlaku pada zaman kanak-kanak. Sekiranya anak anda mengalami demam dan jelas bahawa tiada jangkitan selesem, telinga, sakit tekak atau penyakit biasa yang lain, doktor anda mungkin akan menunggu untuk melihat ciri-ciri ruam yang muncul. Doktor juga  mungkin akan memberitahu anda untuk mencari ruam semasa anda merawat demam anak anda di rumah.

Doktor mengesahkan diagnosis roseola melalui ruam yang ada pada anak anda atau, dalam beberapa kes, melalui ujian darah untuk memeriksa antibodi bagi roseola.

Faktor Risiko Roseola

Kebanyakan kanak-kanak akan menghidapi roseola pada usia muda. Risiko tinggi antara umur 6 dan 15 bulan, ketika sistem imun mereka masih belum membangunkan antibodi untuk melawan virus kerana penyakit ini berlaku setelah pendedahan kepada virus ini.

Seorang kanak-kanak di bawah umur 6 bulan pula masih boleh dilindungi oleh antibodi ibu, yang diserahkan kepadanya, semasa kehamilan.

Rawatan Roseola

Ramai kanak-kanak pulih sepenuhnya dari roseola dalam masa seminggu dari bermulanya demam. Dengan nasihat doktor anda, anda boleh memberikan ubat-ubatan yang boleh diambil oleh anak anda untuk mengurangkan demam, seperti acetaminophen (Tylenol, yang lain) atau ibuprofen (Advil, Motrin, yang lain).

Berhati-hati apabila memberikan aspirin kepada kanak-kanak atau remaja. Walaupun aspirin diluluskan untuk digunakan pada kanak-kanak yang berumur lebih dari 3 tahun, kanak-kanak dan remaja yang sembuh dari cacar air atau simptom seperti selesema tidak boleh mengambil aspirin. Ini adalah kerana aspirin telah dikaitkan dengan sindrom Reye, penyakit yang mengancam nyawa, untuk sesetengah kanak-kanak.

Tidak ada rawatan tertentu untuk roseola, tetapi doktor boleh menetapkan ubat antivirus ganciclovir (Cytovene) untuk merawat jangkitan kepada kanak-kanak  yang memiliki sistem imun yang lemah. Antibiotik tidak berkesan dalam merawat penyakit virus seperti ini.

Sumber:

https://www.medicinenet.com/roseola/article.htm

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/what-is-roseola

https://kidshealth.org/en/parents/roseola.html

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/roseola/symptoms-causes/syc-20377283

Summary
Roseola - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Roseola - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Roseola adalah virus biasa yang menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Ia juga dipanggil sebagai "penyakit keenam".
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: