rivotril
Rivotril (Clonazepam) merupakan salah satu kelas ubat yang dipanggil benzodiazepines.

Pengenalan

Rivotril (Clonazepam) merupakan salah satu kelas ubat yang dipanggil benzodiazepines.

Kegunaan

Rivotril digunakan untuk merawat gangguan sawan. Ia membantu melambatkan aktiviti saraf dalam otak. Ubat ini dikenali sebagai ubat anti konvulsan atau anti sawan babi.

Ia juga digunakan untuk merawat serangan panik. Rivotril bertindak menenangkan otak dan saraf anda.

Cara menggunakan Rivotril

Ambil ubat ini secara oral seperti yang diarahkan oleh doktor anda, selalunya 2 atau 3 kali sehari.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan

Meskipun ia membantu ramai orang, ubat ini kadang-kadang mungkin menyebabkan ketagihan.

Risiko ini mungkin tinggi jika terdapat bahan yang menyebabkan gangguan (seperti terlebih penggambilan atau ketagihan terhadap dadah atau arak).

Jika anda mempunyai beberapa jenis gangguan sawan berbeza, anda mungkin mengalami sawan yang lebih teruk apabila pertama kali menggunakan rivotril.

Dapatkan nasihat doktor anda secepat mungkin apabila ini berlaku. Doktor anda mungkin perlu dan ubah dos ubat lain untuk mengawal sawan.

Kesan Sampingan

Risiko kesan sampingan yang serius seperti:

  • Pernafasan perlahan
  • Rasa mengantuk yang teruk
  • Pening kepala

Kesan sampingan mungkin meningkat jika ubat ini diambil bersama ubat lain.

Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil produk lain seperti ubat ipioid atau ubat batuk, arak, dadah (ganja), ubat untuk tidur atau tekanan, penenang otot atau anti histamine.

Kontraindikasi

Jangan guna Rivotril jika anda:

  • Alergik terhadap Rivotril atau sebarang bahan dalam ubat tersebut
  • Mempunyai reaksi alergik terhadap benzodiazepine yang lain
  • Mempunyai glaucoma sempit
  • Mempunyai myasthenia gravis
  • Mempunya kesukaran untuk bernafas yang teruk
  • Mempunyai penyakit hati yang teruk
  • Mempunyai apnea tidur

Interaksi

Interaksi ubat mungkin berubah mengikut bagaimana ubat anda berkesan atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Artikle ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat.

Simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda.

Jangan mulakan, hentikan, atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Sesetengah produk mungkin berinteraksi dengan ubat seperti: orlistat, sodium oxybate.

Ambil rivotril bersama ubat opioid (seperti codeine, hydrocodone) mungkin meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius seperti kematian.

Dos

Dos yang disarangkan sebagai permulaan mestilah tidak lebih daripada 1.5 mg sehari dan dibahagikan kepada 3 dos.

Untuk kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas atau dengan berat 30 kilogram ke bawah, dos mestilah berdasarkan berat badan.

Banyak perkara yang boleh mempengaruhi keperluan dos ubat individu tersebut, seperti berat badan, keadaan perubatan lain dan ubat lain.

Jika doktor anda menyarankan dos berbeza daripada yang tersenarai di sini, jangan ubah cara penggambilan ubat anda tanpa bertanya pada doktor anda.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-14403-6006/clonazepam-oral/clonazepam-oral/details

https://www.healthline.com/health/mental-health/clonazepam-vs-xanax

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/clonazepam-oral-route/description/drg-20072102

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/clonazepam-oral-route/precautions/drg-20072102

Summary
Rivotril (Sawan) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Rivotril (Sawan) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Rivotril (Clonazepam) merupakan salah satu kelas ubat yang dipanggil benzodiazepines.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: