risiko komplikasi coronavirus
Sesiapa sahaja boleh dijangkiti Covid-19, namun pihak pakar menjelaskan bahawa sesetengah golongan adalah lebih terjejas terhadap komplikasi penyakit tersebut berbanding yang lain.

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti Covid-19, namun ada golongan yang lebih terjejas terhadap risiko komplikasi penyakit tersebut berbanding yang lain.

Kes COVID-19 semakin meningkat di Malaysia, dengan 15 angka kematian sehingga hari ini, menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walaupun sesiapa sahaja boleh dijangkiti virus ini, pihak pakar telah menjelaskan bahawa segelintir golongan adalah lebih terjejas terhadap komplikasi penyakit tersebut berbanding golongan yang lain.

Secara umumnya, COVID-19 boleh menyebabkan gabungan simptom yang terdiri daripada kes seperti demam ringan hinggalah komplikasi yang boleh mengancam nyawa seperti pneumonia. Tiada had umur khusus bagi sesiapa yang boleh terjejas dan siapa yang tidak akan mengalami komplikasi serius daripada penyakit ini. Walau bagaimanapun, golongan tertentu berdepan dengan risiko komplikasi lebih tinggi.

Siapakah yang lebih terdedah kepada risiko komplikasi COVID-19?

Majoriti maklumat yang diketahui mengenai Coronavirus adalah berdasarkan seperti yang dilaporkan oleh negara China, lokasi asalnya, dan jumlah kes dan kematian akibat virus tersebut. Berikut adalah dua golongan yang lebih terdedah kepada virus ini iaitu:

Orang tua

Kebanyakan kematian COVID-19 dilaporkan berlaku pada orang tua. Individu yang berumur 50 tahun ke atas lebih mudah terdedah kepada komplikasi serius virus ini. Hal ini adalah kerana, jangkitan yang berlaku pada golongan ini lebih sukar untuk dipulihkan, termasuklah virus seperti selesema. Komplikasi selesema dalam golongan yang berisiko tinggi termasuklah bronkitis dan pneumonia, yang turut dilaporkan dialami oleh pesakit COVID-19.

Sebagai contoh, kematian pertama angkara COVID-19 di Malaysia melibatkan seorang paderi Emmanuel Baptist Church Kuching yang berusia 60 tahun. Berikutan itu, hampir semua kes kematian COVID-19 yang telah direkodkan di Malaysia sehingga hari ini meragut nyawa pesakit yang berusia 50 tahun ke atas.

Individu yang mempunyai keadaan kesihatan lain

Individu yang mempunyai keadaan kesihatan lain juga mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding individu biasa untuk mengalami komplikasi COVID-19. Hal ini adalah kerana, apabila badan anda sedang menguruskan keadaan kesihatan yang berbeza, ia kekurangan tenaga untuk melawan jangkitan akut seperti coronavirus. Keadaan kesihatan yang dimaksudkan tersebut termasuklah:

  • Gangguan darah, seperti penyakit sel sabit atau pengambilan ubat penipis darah.
  • Penyakit buah pinggang kronik.
  • Penyakit hati kronik.
  • Sistem imun yang terencat, termasuklah menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi atau terapi radiasi, menjalani pemindahan organ atau sumsum tulang, pengambilan kortikosteroid dalam dos yang banyak atau ubat-ubatan yang immunosuppressant, dan HIV atau AIDS.
  • Pernah atau sedang hamil dalam masa 2 minggu.
  • Gangguan endokrin seperti kencing manis.
  • Gangguan metabolik.
  • Penyakit jantung.
  • Penyakit paru-paru, termasuklah asma.
  • Keadaan neurological, neurologi, dan neurodevelopment

Bagaimanakah golongan dewasa muda mengatasi Coronavirus?

Individu yang berumur 20-an, 30-an dan 40-an mempunyai risiko yang rendah bagi mendapatkan komplikasi COVID-19. Ianya jarang bagi individu di kalangan umur tersebut mengalami kes yang serius. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna mereka terselamat daripada komplikasi yang boleh mengancam nyawa. Ini terutamanya, jika anda mempunyai hubungan secara langsung dan kerap dengan penyakit tersebut atau mempunyai keadaan kesihatan dasar yang lain.

Apakah risiko COVID-19 bagi kanak-kanak?

Berbeza dengan virus pernafasan lain seperti selesema, Coronavirus tidak menjejaskan kanak-kanak secara serius. Ia tidak mustahil namun, kes tersebut masih belum ditemui.

Laporan terhad yang didapati di sekitar dunia mengesyorkan bahawa kanak-kanak yang disahkan menghidap COVID-19 secara umumnya hanya menunjukkan simptom yang ringan. Walaupun ada komplikasi serius yang telah dilaporkan, ia sangat jarang berlaku. Namun begitu, kanak-kanak masih perlu diajar mengenai kebersihan asas bagi mengelakkan jangkitan wabak ini.

Bagaimanakah untuk melindungi diri anda dan orang tersayang yang dianggap berisiko tinggi?

Coronavirus sering disebarkan daripada seseorang yang dijangkiti melalui titisan pernafasan yang bertebaran di udara melalui batuk, bersin atau sentuhan pada permukaan yang dicemari virus tersebut dan seterusnya menyentuh mulut, hidung atau mata.

Jadi, ianya adalah penting untuk mengikuti langkah keselamatan tertentu sama ada anda dianggap sebagai berisiko tinggi atau tidak. Langkah-langkah tersebut termasuklah:

  • Mengelakkan dari menyentuh mata, mulut atau hidung.
  • Mengelakkan hubungan rapat dengan sesiapa yang kelihatan sakit.
  • Membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air selama 20 saat.
  • Menggunakan hand-sanitiser yang mengandungi alkohol sekiranya tiada air atau sabun.
  • Menutup mulut ketika bersin atau batuk dengan tisu dan buang tisu tersebut ke dalam tong sampah.
  • Membasuh dan menyahjangkitan objek atau permukaan yang sering disentuh.
  • Berhubung dengan doktor sekiranya anda menunjukkan simptom selama 14 hari selepas pulang dari negara yang diserang wabak COVID-19.
  • Tinggal di rumah sekiranya anda mempunyai simptom demam dan selesema
  • Elakkan melawat kawasan aktif COVID-19.
  • Lawati laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengetahui perkembangan terkini yang sahih.

Sekiranya anda terdiri dalam golongan berisiko tinggi dan anda berasa bimbang mengenai virus tersebut, anda dinasihatkan untuk menjauhi kawasan awam dan perjumpaan ramai terutamanya jika terdapat kes COVID-19 di kawasan anda (termasuklah pengangkutan awam).

Kesimpulannya,

Ianya adalah penting untuk mengingati bahawa kebanyakan kes COVID-19 adalah tidak begitu serius bagi individu yang muda dan sihat. Walau bagaimanapun, anda masih perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga pada setiap masa bagi mengelakkan serta mengekang penularannya daripada menjadi semakin parah.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/in-depth/coronavirus-who-is-at-risk/art-20483301

https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/need-extra-precautions/people-with-medical-conditions.html

https://www.livescience.com/why-covid-19-coronavirus-deadly-for-some-people.html

Summary
Article Name
Adakah Anda Golongan Yang Terdedah Kepada Risiko Komplikasi COVID-19?
Description
Sesiapa sahaja boleh dijangkiti Covid-19, namun ada golongan yang lebih terjejas terhadap risiko komplikasi COVID-19 berbanding golongan lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: