rinitis tanpa alahan
Pesakit yang menghidap rinitis tanpa alahan mungkin mempunyai gejala seperti hidung berair yang tidak sembuh dalam jangka panjang.

Pesakit yang menghidap rinitis tanpa alahan ini  mungkin mempunyai gejala seperti hidung berair yang tidak sembuh dalam jangka panjang atau mereka mungkin mengalami simptom tersebut secara berulang.

Jika anda mempunyai rinitis, saluran darah di dalam hidung anda akan berkembang, menyebabkan lapisan hidung membengkak.

Keadaan ini merangsang kelenjar lendir di hidung, menyebabkan ia menjadi tersumbat dan lendir tersebut ‘meleleh’ keluar dari hidung.

Rinitis tanpa alahan boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan individu dewasa. Golongan wanita pula lebih mudah terkena masalah Hidung tersumbat sewaktu haid dan kehamilan.

Rinitis berasal daripada perkataan Yunani, “rhino” bermaksud “hidung,” dan “-itis” bermaksud “keradangan.”

Simptom Rinitis Tanpa Alahan

Sekiranya anda menghidapi penyakit ini, anda mungkin mempunyai simptom yang datang dan pergi sepanjang tahun. Selain itu, anda mungkin juga mempunyai tanda-tanda yang berterusan atau simptom yang hanya datang dalam masa yang singkat. Tanda-tanda dan simptom rinitis tanpa alahan termasuklah:

  • Hidung tersumbat
  • Hidung berair
  • Bersin
  • Mucus (kahak) di tekak (titisan postnasal)
  • Batuk

Rinitis tanpa alahan biasanya tidak menyebabkan hidung, mata atau tekak menjadi gatal atau sebarang simptom lain yang berkaitan dengan alahan seperti demam ‘hay’ (hay fever).

Punca Rinitis Tanpa Alahan

Punca penyakit ini jarang diketahui. Keadaan ini sering kali disahkan hanya selepas pesakit mendapat diagnosis penyakit lain seperti rinitis dengan alahan (alahan rinitis) atau jangkitan lain.

Gangguan dari persekitaran juga merupakan pencetus biasa bagi rinitis tanpa alahan, sama ada di rumah atau di tempat kerja.

Antara punca dari persekitaran yang boleh mencetuskan simptom adalah:

  • Ekzos kereta
  • Klorin
  • Asap rokok
  • Agen pembersih (sabun dan lain-lain)
  • Gam
  • Semburan rambut
  • Lateks
  • Detergen pembasuh pakaian
  • Garam logam
  • Minyak wangi
  • Jerebu
  • Debu kayu

Pencetus yang disenaraikan boleh juga menyebabkan asma.

Selain itu, sesetengah ubat juga boleh mencetuskan rinitis tanpa alahan. Contohnya termasuklah:

  • NSAID, iaitu sejenis kategori ubat anti-radang tanpa steroid seperti aspirin dan ibuprofen
  • Pil kontraseptif oral
  • Ubat tekanan darah seperti perencat ACE dan beta-blocker
  • Antidepresan
  • Ubat penenang
  • Ubat yang digunakan untuk merawat disfungsi erektil

Makanan dan minuman juga kadang-kadang boleh menjadi pencetus kepada penyakit ini. Contohnya termasuklah:

  • Makanan panas, seperti sup
  • Makanan pedas
  • Minuman beralkohol, terutamanya bir dan wain

Pencetus lain termasuklah:

  • Dadah haram. Kokain dan dadah jalanan yang lain sering menyebabkan rinitis tanpa alahan.
  • Perubahan cuaca. Perubahan mendadak dalam cuaca atau suhu boleh mencetuskan rinitis tanpa alahan. Contohnya pemain ski sering mengalami hidung berair. Sesetengah individu pula terjejas oleh sebarang pendedahan kepada cuaca atau suhu sejuk. Dalam sesetengah kes yang lain pula, pesakit mula bersin selepas meninggalkan bilik sejuk dan berhawa dingin.
  • Perubahan hormon. Rinitis tanpa alahan sering berlaku dalam tempoh ketidakseimbangan hormon. Sebagai contoh, ia mungkin berlaku semasa akil baligh, haid, atau kehamilan. Sewaktu hamil, ia biasanya bermula pada bulan kedua kehamilan dan berlangsung sehingga bersalin. Keadaan hormon seperti hipotiroidisme juga boleh menyebabkan simptom penyakit ini.

Diagnosis Rinitis Tanpa Alahan

Virus rinitis mempunyai simptom yang sama dengan selesema atau demam.

Rinitis tanpa alahan mempunyai simptom yang sama dengan rinitis alahan, jadi doktor mungkin perlu batalkan alergi sebagai salah satu punca penyakit ini. Alahan boleh dikesan melalui ujian kulit atau ujian patch, untuk memeriksa sebarang reaksi alahan. Ujian darah pula dijalankan untuk mengesan tahap antibodi. Sekiranya tiada reaksi alahan sewaktu ujian kulit atau patch dijalankan, doktor boleh mendiagnosis rhinitis tanpa alahan.

Bagi rinitis atropik pula, keradangan hidung, pelebaran saluran hidung, bau busuk dan kehilangan deria bau adalah tanda-tanda yang akan dicari oleh doktor untuk mengesahkan penyakit tersebut.

Pemeriksaan CT boleh dilakukan untuk mengesahkan diagnosis dan memeriksa perubahan dalam rongga hidung. Pemeriksaan CT atau endoskopi hidung juga boleh menolak sebarang kemungkinan sinusitis.

Dalam kes rinitis medicamentosa, doktor akan bertanya kepada pesakit tentang penggunaan dekongestan hidung atau ubat-ubatan lain.

Faktor Risiko Rinitis Tanpa Alahan

Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko rinitis tanpa alahan termasuklah:

  • Pendedahan kepada bahan perengsa. Sekiranya anda terdedah kepada asap, asap ekzos atau asap tembakau, anda mungkin berisiko untuk menghidapi rinitis tanpa alahan.
  • Berumur 20 tahun ke atas. Tidak seperti rinitis alahan (alahan rinitis), yang biasanya berlaku sebelum umur 20 tahun dan  selalunya pada zaman kanak-kanak, rinitis tanpa alahan berlaku selepas umur 20 tahun pada kebanyakan pesakit.
  • Penggunaan jangka panjang titisan hidung dekongestan atau semburan. Menggunakan titisan atau semburan hidung dekongestan farmasi (Afrin, Dristan, yang lain) selama lebih daripada beberapa hari sebenarnya boleh menyebabkan hidung tersumbat dengan lebih teruk. Apabila dekongestan habis, keadaan yang dipanggil ‘sumbatan rebound’ berlaku menyebabkan gejala datang kembali.
  • Perempuan. Oleh disebabkan perubahan hormon, hidung tersumbat sering menjadi lebih teruk semasa haid dan kehamilan.
  • Pendedahan pekerjaan terhadap asap. Dalam sesetengah kes rinitis tanpa alahan, ia dicetuskan oleh pendedahan kepada perengsa udara di tempat kerja (rinitis pekerjaan). Beberapa pencetus biasa termasuklah bahan binaan, pelarut, atau bahan kimia dan asap lain daripada bahan organik seperti kompos.
  • Mempunyai masalah kesihatan tertentu. Beberapa keadaan kesihatan kronik boleh menyebabkan atau memburukkan lagi rinitis, seperti hipotiroidisme dan sindrom keletihan kronik.
  • Tekanan. Tekanan emosi atau fizikal boleh mencetuskan rinitis tanpa alahan dalam sesetengah individu.

Rawatan Rinitis Tanpa Alahan

Rawatan rinitis tanpa alahan bergantung kepada betapa teruk ia mengganggu keadaan anda. Bagi kes ringan, rawatan di rumah dan mengelakkan pencetus sudah memadai. Simptom yang lebih teruk pula, ubat-ubatan tertentu mungkin dapat memberi kelegaan, termasuk:

  • Semburan hidung saline. Gunakan penyembur salur hidung yang didapati di farmasi atau ubat garam buatan sendiri untuk membersihkan hidung dan membantu menipiskan mukus dan menenangkan membran di hidung anda.

  • Semburan hidung kortikosteroid. Sekiranya simptom anda tidak mudah dikawal oleh dekongestan atau antihistamin, doktor mungkin mencadangkan semburan hidung kortikosteroid bukan preskripsi, seperti fluticasone (Flonase) atau triamcinolone (Nasacort). Semburan hidung kortikosteroid boleh didapati melalui doktor sahaja.

    Ubat kortikosteroid membantu mencegah dan merawat keradangan yang dikaitkan dengan beberapa jenis rinitis tanpa alahan. Kesan sampingan yang mungkin terjadi adalah kekeringan hidung, hidung berdarah, sakit kepala dan kekeringan tekak.

  • Semburan hidung antihistamin. Cuba semburan antihistamin preskripsi seperti azelastine (Astelin, Astepro) dan olopatadine hydrochloride (Patanase). Walaupun antihistamin oral tidak membantu menyembuhkan rinitis tanpa alahan, semburan hidung yang mengandungi antihistamin dapat mengurangkan simptom rinitis tanpa alahan.

  • Semburan hidung antikolinergik anti-titisan. Ubat preskripsi ipratropium (Atrovent) sering digunakan sebagai ubat inhaler asma. Tetapi ia kini boleh didapati sebagai penyembur hidung dan boleh membantu jika anda mempunyai masalah hidung berair. Kesan sampingan mungkin termasuk pengeringan hidung dan bahagian dalam hidung anda.

  • Dekongestan. Boleh didapati melalui farmasi atau preskripsi, contohnya seperti ubat yang mengandungi pseudoephedrine (Sudafed) dan phenylephrine (Afrin, Neo-Synephrine, dan sebagainya). Ubat-ubatan ini membantu menyempitkan saluran darah, mengurangkan sumbatan di hidung. Namun, kesan sampingan yang boleh dialami termasuklah tekanan darah tinggi, jantung berdebar (palpitasi) dan kegelisahan.

SUMBER

https://www.webmd.com/allergies/nonallergic-rhinitis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/177085

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/nonallergic-rhinitis/symptoms-causes/syc-20351229#:~:text=Nonallergic%20rhinitis%20involves%20chronic%20sneezing,an%20allergic%20reaction%20is%20present.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/177085#:~:text=Share%20on%20Pinterest%20Nonallergic%20rhinitis,of%20the%20nose%20to%20swell.

Summary
Rinitis Tanpa Alahan (Nonallergic Rhinitis) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Rinitis Tanpa Alahan (Nonallergic Rhinitis) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Pesakit yang menghidap rinitis tanpa alahan mungkin mempunyai gejala seperti hidung berair yang tidak sembuh dalam jangka panjang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: