reumatika polimialgia
Reumatika Polimialgia adalah masalah keradangan yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan kesakitan pada kumpulan otot yang besar, terutama di sekitar bahu dan pinggul

Reumatika Polimialgia adalah masalah keradangan yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan kesakitan pada kumpulan otot yang besar, terutama di sekitar bahu dan pinggul. Polimialgia secara amnya bermaksud ” sakit otot yang banyak” manakala Reumatika pula bermaksud “perubahan” atau “dalam fluks”.

Apakah itu Arteritis Temporal?

Kira-kira 15% individu yang mempunyai masalah Reumatika Polimialgia juga mempunyai arteritis temporal. Sebaliknya, kira-kira separuh daripada individu dengan arteritis temporal juga mempunyai Reumatika Polimialgia. Arteritis Temporal boleh menyebabkan keradangan yang merosakkan arteri bersaiz besar dan sederhana. Nama bagi masalah ini diambil daripada fakta bahawa beberapa arteri yang terkesan menghantar sumber darah ke kepala, termasuk pelipis (temples). Di samping itu, masalah Arteritis ini juga dikenali sebagai “arteritis sel gergasi”.    

Simptom Reumatika Polimialgia dan Arteritis Temporal

Gejala Reumatika Polimialgia

Gejala Reumatika Polimialgia cenderung berkembang dengan cepat dan menambahkan gejala sedia ada seperti sakit otot. Gejala lain mungkin termasuk:

  • Rasa kaku di sekitar bahu dan pinggul, terutamanya pada waktu pagi dan selepas berehat.
  • Kelemahan.
  • Keletihan.
  • Berasa kesakitan secara am.
  • Demam yang ringan (kadang-kadang).
  • Pengurangan berat badan.

Gejala Arteritis Temporal

Arteritis Temporal mempunyai beberapa gejala, termasuk:

  • Sakit kepala yang teruk dan ini merupakan gejala yang paling biasa berlaku.
  • Kelembutan pada kulit kepala.
  • Kesakitan pada rahang atau muka, terutamanya apabila mengunyah.
  • Penglihatan yang berubah atau terganggu kerana penurunan aliran darah ke mata.    
  • Kemungkinan berlakunya strok pada kurang daripada 5% pesakit penyakit ini kerana aliran darah yang menurun.
  • Pembuluh darah besar boleh menjadi sempit (stenosis) atau diperbesar (aneurisme). Sekiranya penyempitan berlaku di dalam saluran darah yang menjurus kepada lengan atau kaki, pesakit mungkin dapat mengesan tanda keletihan atau sakit pada anggota badan. Ini berlaku disebabkan bekalan darah yang berkurangan. Doktor juga mungkin mendapati denyutan anda menjadi semakin lemah atau tiada langsung. 
  • Gejala lain mungkin termasuk demam, penurunan berat badan, peluh pada waktu malam, kemurungan, keletihan dan berasa sakit.  

Punca Reumatika Polimialgia dan Arteritis Temporal

Punca yang menyebabkan keadaan ini masih tidak diketahui. Namun begitu, gen dan variasi gen tertentu boleh meningkatkan risiko anda mendapat masalah reumatika polimialgia dan artertitis temporal. Selain itu, faktor persekitaran juga mungkin memainkan peranan dalam menyebabkan masalah ini.

Malah, ada juga yang mengaitkan faktor seperti jangkitan yang boleh menyebabkan keadaan ini namun perkaitan antara kedua-duanya tidak dapat ditentukan dengan tepat.

Diagnosis Reumatika Polimialgia dan Arteritis Temporal

Berdasarkan kriteria baharu yang ditetapkan oleh pakar, pesakit yang berumur 50 tahun ke atas boleh diklasifikasikan mempunyai Polimialgia Reumatika jika mereka mengalami gejala seperti di bawah ini:

  • Rasa sakit di kedua-dua belah bahu.
  • Rasa kaku di waktu pagi yang berlangsung sekurang-kurangnya 45 minit.
  • Tahap keradangan yang tinggi apabila diukur melalui ujian darah.
  • Rasa sakit pada pinggul yang baru terjadi.
  • Tiada bengkak pada sendi kecil bahagian tangan dan kaki, dan ketiadaan keputusan ujian darah positif untuk artritis reumatoid

Kriteria klasifikasi baru juga dapat membantu menilai rawatan yang ada untuk merawat penyakit Reumatika Polimialgia.

Setiap individu yang mempunyai Reumatika Polimialgia juga perlu diuji untuk arteritis temporal. Ini akan bermula dengan pemeriksaan dan mengesan gejala pesakit.

Jika Arteritis Temporal disyaki pada individu, namun adanya ciri yang kurang meyakinkan, biopsi arteri temporal boleh dibuat untuk mengesahkan diagnosis. Prosedur biopsi akan mengambil sedikit bahagian arteri yang terletak di garis rambut, di hadapan telinga. Kaedah ini biasanya boleh membantu, tetapi bagi sesetengah individu, ia mungkin menunjukkan keputusan negatif atau normal walaupun individu tersebut ternyata memang mempunyai Arteritis Temporal.

Bolehkah Masalah Lain Meniru Reumatika Polimialgia?

Ya. Beberapa penyakit lain yang mungkin dikelirukan dengan Reumatika Polimialgia termasuk:

  • Artritis reumatoid.
  • Jangkitan.
  • Keradangan pada pembuluh darah (vaskulitis).
  • Keabnormalan kimia dan hormon.
  • Pelbagai penyakit otot.
  • Kanser.

Rawatan Reumatika Polimialgia dan Arteritis Temporal

Tiada ubat yang sedia ada untuk menyembuhkan penyakit Reumatika Polimialgia dan Arteritis Temporal, tetapi penyakit ini boleh dirawat dan dikawal. Kortikosteroid atau juga dikenali sebagai “steroid” membantu individu melegakan gejala kedua-dua keadaan dengan cepat. 

Rawatan dengan steroid biasanya dalam bentuk prednisone adalah wajib bagi Arteritis Temporal untuk mencegah komplikasi yang serius, seperti buta. Dos steroid yang rendah sering berjaya dalam merawat Reumatika Polimialgia. Sebaliknya, dos yang tinggi pula sering diperlukan untuk merawat Arteritis Temporal. 

Seterusnya, Arteritis Temporal juga boleh dirawat dengan methotrexate atau ubat biologi yang dipanggil tocilizumab (Actemra). Tocilizumab diberikan sebagai suntikan di bawah kulit untuk mengurangkan jumlah steroid yang diperlukan oleh seseorang. Ubat ini boleh digunakan bersama pengambilan steroid.

Tindak balas yang sangat baik terhadap rawatan sangat konsisten sehinggakan penyembuhan yang kurang dramatik dalam beberapa hari akan membuatkan bagi kedua-dua penyakit ini menjadi meragukan.

Di samping itu, steroid mengurangkan fungsi sel keradangan yang menyebabkan penyakit ini. Akibatnya, ubat ini akan meminimumkan kerosakan tisu tetapi boleh juga merosakkan sistem imun sekali gus meningkatkan risiko jangkitan pada masa yang sama.

Jadi, keputusan pengambilan steroid sentiasa dibuat berdasarkan keperluan individu. Doktor akan mempertimbangkan faktor seperti umur anda, masalah penyakit lain dan ubat-ubatan lain yang anda ambil terlebih dahulu. Kemudian, doktor juga akan memastikan anda memahami manfaat dan risiko yang berpotensi untuk berlaku sebelum anda mula mengambilnya. 

Summary
Reumatika Polimialgia dan Arteritis Temporal (Polymyalgia Rheumatica and Temporal Arteritis) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Reumatika Polimialgia dan Arteritis Temporal (Polymyalgia Rheumatica and Temporal Arteritis) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Reumatika Polimialgia adalah masalah keradangan yang jarang berlaku dan menyebabkan kesakitan pada kumpulan otot besar terutama di sekitar bahu dan pinggul.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: