resveratrol
Resveratrol adalah sebatian tumbuhan antioksidan dan boleh didapati dalam wain merah, anggur, buah beri dan kacang tanah.

Pengenalan

Resveratrol adalah sebatian tumbuhan antioksidan dan boleh didapati dalam wain merah, anggur, buah beri dan kacang tanah.

Kebanyakan kompaun ini cenderung berada dalam kulit dan biji buah anggur dan beri. Bahagian-bahagian anggur ini terlibat dalam proses penapaian wain merah. Oleh itu kepekatannya adalah sangat tinggi.

Walau bagaimanapun, banyak penyelidikan mengenai bahan ini telah dilakukan terhadap haiwan dan tiub ujian dengan menggunakan jumlah sebatian yang tinggi.

Melalui kajian yang terhad terhadap manusia, didapati ramai di antara mereka mengambil resveratrol dalam bentuk suplemen dalam kepekatan yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam makanan.

Kegunaan Resveratrol

Demam hay. Menggunakan semburan hidung yang mengandungi resveratrol sebanyak tiga kali setiap hari selama 4 minggu dilihat dapat mengurangkan simptom alahan pada individu dewasa yang mempunyai alahan bermusim. Selain itu, menggunakan semburan hidung yang mengandungi resveratrol dan beta glukans sebanyak tiga kali setiap hari selama 2 bulan juga seolah-olah mengurangkan simptom alergi pada kanak-kanak dengan alahan bermusim.

Penyakit jantung. Orang yang mengamalkan diet resveratrol dengan kuantiti yang tinggi ditemui tidak mengurangkan risiko penyakit jantung apabila dibandingkan dengan individu yang mengambil jumlah resveratrol yang lebih rendah. Selain itu, pengambilan secara didapati tidak memberi kesan terhadap tahap kolesterol atau lemak darah (trigliserida) pada individu yang berisiko untuk menghidap penyakit jantung.

• Pengumpulan lemak dalam hati pada individu yang minum alkohol dengan kadar sedikit atau tidak minum alkohol langsung (penyakit hati berlemak bukan alkohol atau NAFLD). Kebanyakan kajian awal menunjukkan bahawa ia tidak memperbaiki fungsi hati, parut hati, tahap kolesterol atau berat badan pada individu yang menghidap NAFLD.

Bukti tidak mencukupi:

• Jerawat. Kajian awal menunjukkan bahawa meletakkan gel yang mengandungi resveratrol pada kulit muka selama 60 hari dapat mengurangkan keparahan jerawat.

• Gangguan darah yang mengurangkan tahap protein dalam darah (hemoglobin) iaitu beta-talasemia. Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan trans-resveratrol tidak memperbaiki tahap hemoglobin atau keperluan untuk pemindahan darah bagi individu yang mengalami beta-talasemia.

• Kanser. Individu yang mengamalkan diet resveratrol dalam kadar yang lebih tinggi seakan tidak mempunyai kesan terhadap risiko kanser apabila dibandingkan dengan individu yang menggunakannya dalam jumlah yang lebih rendah.

Ingatan dan kemahiran berfikir (fungsi kognitif). Adalah masih tidak jelas jika resveratrol boleh membantu meningkatkan ingatan atau kemahiran berfikir. Tuntutan mewar-warkan bahawa Resveratrol mungkin meningkatkan fungsi mental dan ingatan bagi wanita menopaus. Walau bagaimanapun, penyelidikan lain menunjukkan bahawa resveratrol yang diambil dalam dos yang lebih tinggi atau untuk masa yang lebih lama tidak meningkatkan ingatan atau kemahiran berfikir pada individu dewasa yang sihat. Selain itu, ia juga tidak memberi kesan terhadap fungsi mental individu dewasa muda.

Kencing Manis. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa ia memperbaiki kawalan gula dalam darah bagi individu yang menghidap kencing manis. Namun, penyelidikan lain tidak menunjukkan kesan tersebut. Jadi, Resveratrol mungkin boleh membantu menurunkan gula darah hanya pada pesakit yang mempunyai paras gula darah tidak terkawal. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan dapatan ini.

Penyakit paru-paru yang menjadikan seseorang sukar untuk bernafas (penyakit paru-paru obstruktif kronik atau COPD). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan produk gabungan yang mengandungi resveratrol, vitamin C, zink, dan flavonoid boleh mengurangkan sedikit batuk dan pengeluaran lendir bagi individu yang mempunyai COPD. Tetapi, ia tidak jelas sama ada manfaat tersebut disebabkan oleh resveratrol atau bahan-bahan lain.

Kumpulan simptom yang meningkatkan risiko kencing manis, penyakit jantung, dan strok (sindrom metabolik). Kajian awal menunjukkan bahawa pengambilan resveratrol membantu mengurangkan lemak dalam badan bagi individu yang mengalami sindrom metabolik. Walau bagaimanapun, ia tidak membantu menurunkan tekanan darah, gula darah, atau kolesterol.

• Osteoartritis. Kajian awal menunjukkan bahawa penambahan resveratrol dalam rawatan biasa untuk penyakit osteoartritis lutut boleh mengurangkan kesakitan, memperbaiki fungsinya dan mengurangkan kekakuan melebihi kaedah rawatan standard sahaja.

• Meningkatkan prosedur perubatan yang dipanggil dialisis peritoneal. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa resveratrol mungkin menipiskan darah dengan lebih cepat pada individu yang menjalani dialisis peritoneal.

• Gangguan hormon yang menyebabkan ovari membesar dengan sista (sindrom ovarium polikistik atau PCOS). Kajian awal menunjukkan bahawa resveratrol menurunkan kadar hormon testosteron pada wanita yang mempunyai PCOS. Tetapi, ia tidak memperbaiki berat badan, paras lipid, jerawat atau pertumbuhan rambut yang tidak diingini pada wanita yang mengalami keadaan ini.

Artritis Reumatoid (RA). Pengambilan bersama ubat untuk RA dilihat boleh mengurangkan kesakitan sendi dan sendi yang bengkak. Tetapi, adalah tidak diketahui sama ada resveratrol juga membantu mengurangkan kerosakan sendi.

• Sejenis penyakit keradangan usus (kolitis ulseratif). Penyelidikan awal menunjukkan resveratrol mungkin memperbaiki simptom dan mengurangkan keaktifan kolitis ulseratif.

Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai keberkesanan resveratrol bagi tujuan penggunaan ini:

• Penuaan kulit.

• Pengerasan arteri (aterosklerosis).

Keadaan-keadaan lain.

Kesan Sampingan Resveratrol

Tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai keselamatan penggunaan ubat ini secara berpanjangan atau dalam dos yang tinggi.

Oleh kerana ia mungkin mempunyai sifat yang sama seperti estrogen, sesetengah pakar perubatan mengesyorkan bahawa individu yang mempunyai kanser hormon sensitif (termasuklah kanser payudara, ovari atau rahim), wanita hamil dan kanak-kanak, perlu mengelakkan penggunaan resveratrol.

Di samping itu, ia juga boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan penipis darah seperti warfarin, aspirin, dan ibuprofen, dan boleh meningkatkan risiko pendarahan.

Menurut satu kajian yang telah dijalankan, pengambilan ubat ini dalam dos yang tinggi dikaitkan dengan demam, pengurangan sel darah dan penurunan tekanan darah.

Namun begitu, terdapat segelintir kebimbangan bahawa pengambolan suplemen resveratrok dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan masalah buah pinggang bagi sesetengah individu.

Interaksi Resveratrol

Interaksi Sederhana

Berhati-hati dengan kombinasi ini!

• Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4)) berinteraksi dengan RESVERATROL

Sesetengah ubat berubah dan dipecahkan oleh hati. Resveratrol mungkin mengurangkan kelajuan hati memecahkan ubat-ubatan tersebut. Pengambilan bersama dengan sesetengah ubat yang dipecahkan oleh hati boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan ubat-ubatan tertentu. adi, sebelum mengambil resveratrol, berbincanglah dengan pembekal penjagaan kesihatan anda jika anda ada mengambil sebarang ubat yang diubah oleh hati. Sesetengah ubat yang diubah oleh hati termasuklah lovastatin (Mevacor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox ), fexofenadine (Allegra), triazolam (Halcion), dan banyak lagi.

• Ubat-ubatan yang memperlahankan  pembekuan darah (ubat Antikoagulan/Antiplatelet) berinteraksi dengan RESVERATROL

Resveratrol mungkin boleh melambatkan pembekuan darah. Pengambilan resveratrol bersama ubat-ubatan yang berfungsi untuk memperlahankan pembekuan darah mungkin meningkatkan risiko lebam serta pendarahan. Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah tersebut termasuklah aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, yang lain), ibuprofen (Advil, Motrin, lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, yang lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Dos Resveratrol

Dos yang berikut telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:

DEWASA

SECARA ORAL:

• Untuk kencing manis: 250-1000 mg setiap hari sehingga 3 bulan.

• Untuk alahan bermusim (demam hay): Dua semburan resveratrol 0.1% ke dalam setiap lubang hidung tiga kali sehari selama 4 minggu.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-307/resveratrol

https://www.verywellfit.com/benefits-of-resveratrol-89581

https://www.healthline.com/nutrition/resveratrol#section1

Summary
Article Name
Resveratrol
Description
Resveratrol adalah sebatian tumbuhan antioksidan dan boleh didapati dalam wain merah, anggur, buah beri dan kacang tanah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: