Now Reading
Resort Dengan Pemandangan Pantai Di Malaysia

Resort Dengan Pemandangan Pantai Di Malaysia

pemandangan pantai

Jika anda memilih resort untuk penginapan semasa bercuti, adakah pemandangan pantai yang cantik menjadi salah satu perkara penting buat anda?

Bunyi gelombang ombak, pohon kelapa melambai, dan burung berkicau pada waktu pagi, wah sungguh mengasyikkan jika dapat bangun pagi dengan suasana seperti itu kan?

Salah satu cara untuk mengalami pengalaman suasana seperti ini adalah dengan bercuti di tepi pantai.

Tidak sukar sebenarnya untuk merealisasikan percutian di tepi pantai ni. Salah satu caranya adalah dengan menginap di hotel ataupun resort yang menawarkan pemandangan pantai yang indah.

Di sini kami kongsikan 8 resort yang mempunyai pemandangan pantai untuk anda lihat dan pilih untuk percutian anda nanti.

1. The Taaras Beach & Spa Resort, Pulau Redang

The Taaras Beach & Spa Resort terletak di Pulau Redang yang indah dan ia dikelilingi oleh perairan yang sangat jernih. Lebih tepat lagi, resort ini beralamat di Peti Surat 126, Pejabat Pos Utama, 20928 Kuala Terengganu.

Resort ini menawarkan kemudahan tab mandi yang menghadap laut dan urutan di spa untuk para tetamunya. Selain itu, anda juga boleh berenang di perairan Pulau Redang untuk melihat penyu laut dan ikan yang berwarna-warni.

Pada waktu petang pula, jangan lupa untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

2. Anantara Desaru Coast Resort & Villas, Johor

pemandangan pantai

Anantara terletak di Persiaran Pantai, Pantai Desaru, 81930 Bandar Penawar, Johor. Hanya 1 jam perjalanan dari Johor Bahru untuk sampai ke sini.

Resort ini merupakan tempat perlindungan tepi laut yang bertaraf lima bintang. Selain itu, pelbagai kemudahan disediakan di sini.

Antaranya ialah kolam infiniti di tepi pantai, basikal, malam filem, hiburan malam, perkhidamatan urut dan teres matahari.

3. Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor

pemandangan pantai

Resort Pangkor Laut beralamat di Pulau Pangkor Laut Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak. Resort ini mempunyai vila-vila indah yang terletak di tengah-tengah bukit dan di taman yang rimbun serta vila di atas perairan.

Resort ini sesuai untuk mereka yang inginkan percutian pantai yang santai. Seterusnya, terdapat bar pantai dan restoran mewah untuk anda kunjungi di sini.

4. Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa, Kota Kinabalu

Shangri-La’s Rasa Ria Resort & Spa terletak di Pantai Dalit Tuaran, 89208 Kota Kinabalu, Sabah. Resort yang berkeluasan 400 ekar ini terletak di tengah-tengah cagar alam yang dikelilingi oleh hutan tropis yang rimbun.

Resort ini memiliki 499 bilik dan suite yang elegan, padang golf 18-lubang, pantai persendirian 3km, taman-taman berlandskap yang indah, spa dan kolam renang.

5. The Culvert, Kuching

pemandangan pantai

The Culvert terletak di Lot 285, Off Jalan Sultan Tengah Blok 2 Salak Land District Santubong Damai, 93050 Kuching, Sarawak. Ini adalah tempat yang sesuai untuk anda yang inginkan percutian di hutan hujan yang dikelilingi oleh tanaman hijau yang subur, pemandangan laut dan pergunungan yang indah.

Resort mesra alam yang terletak di kaki Gunung Santubong, Sarawak ini memiliki bilik yang unik dan selesa seperti kapsul yang kecil tetapi berhawa dingin dan menyediakan semua kemudahan yang anda perlukan untuk tidur nyenyak.

6. Avillion Port Dickson

Resort Avillion terletak di 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.

Resort ini sesuai untuk anda yang bercuti bersama anak-anak kerana di sini ada ditawarkan kemudahan kelab kanak-kanak yang bagus, kolam kanak-kanak dengan gelongsor, ladang haiwan peliharaan, kandang burung eksotik dan ladang rempah.

Resort ini dibina betul-betul di atas perairan yang direka mengikut perkampungan nelayan tradisional Melayu. Anda boleh menikmati pemandangan taman atau laut yang indah dari bilik anda.

Perabot kayu dan dua tandas yang terbuka menambahkan lagi keselesaan ketika berada di dalam bilik.

7. Tanjong Jara Resort, Terengganu

Tanjong Jara Resort terletak di Batu 8 Off Jalan Dungun, 23000 Dungun, Terengganu. Selain dapat melihat rekaan sentuhan keanggunan istana-istana Melayu abad ke-17 yang megah di resort ini, anda juga boleh menikmati urutan yang menyegarkan di spa.

Tanjong Jara Resort yang merupakan tempat perlindungan ini terletak berhadapan pantai berbentuk sabit. Jadi, jangan lupa berjemur di bawah sinar matahari ataupun menikmati pemandangan matahari terbenam pada waktu petang.

8. Tanjung Rhu Resort

Tanjung Rhu terletak di Mukim Ayer Hangat, 07000 Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman. Privasi para tetamu yang berkunjung di sini adalah terjamin kerana Tanjung Rhu Resort merupakan satu-satunya resort yang ada di hujung utara pulau Langkawi.

Kemudahan yang disediakan termasuklah kamar yang luas dengan lantai kayu dan tingkap besar, untuk memanfaatkan angin tropis dan pilihan pemandangan taman, kolam renang atau laut yang mempesona.

Selain itu, resort ini turut diapit pemandangan gua-gua batu kapur yang berusia berabad-abad dan pulau-pulau yang tidak berpenghuni.

Akhir sekali,

Malaysia kaya dengan keindahan alam semula jadi seperti pantai yang jernih dan pulau-pulau yang indah. Jadi, anda tinggal pilih sahaja hendak bercuti di mana. Semuanya pasti berbaloi dengan masa, tenaga dan wang anda.

Sumber:

https://www.havehalalwilltravel.com/affordable-beachfront-resorts-in-malaysia

https://www.klook.com/en-MY/blog/best-beach-resorts-malaysia

https://www.touropia.com/malaysia-beach-resorts/

error: Content is protected !!