puteri mandi

Puteri mandi adalah antara kuih tradisional yang dijadikan sajian minum petang. Kuih ini juga popular pada bulan puasa, dijadikan sajian berbuka. Terdapat dua jenis kuih puteri mandi, iaitu kuih yang disira kelapa parut putih dan yang disira kelapa parut coklat yang telah dicampur dengan gula nisan.

Resepi puteri mandi ini dikongskan oleh Tuan Adriana Arissa di laman Facebook miliknya. Jadi bolehlah anda cuba sendiri membuat kek ini, kerana pada zaman sekarang sudah semakin susah untuk mendapatkan kuih ini.

Bahan-bahan mandi:

  • 2 cawan tepung beras pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit air kapur
  • 3 helai daun pandan diblend dan ambil jusnya
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit air

Bahan-bahan kuah:

  • 1-2 keping gula melaka
  • Setengah cawan gula
  • Suku cawan air
  • Secubit garam
  • Suku cawan kelapa muda

Cara-cara:

  1. Satukan tepung beras pulut dan tepung gandum dalam satu mangkuk
  2. Masukkan jus daun pandan dan pewarna hijau. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli hingga sebati (adunan tidak melekat pada tangan).
  3. Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih
  4. Gentel adunan puteri sebesar ibu jari dan tekan sedikit di bahagian tengah
  5. Rebus adunan puteri sehingga terapung
  6. Sediakan satu bekas air sejuk, angkat kuih puteri dan masukkan ke dalam air sejuk untuk mengelakkan kuih melekat.

Cara memasak kuah mandian puteri mandi:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk, kecuali kelapa
  2. Masak sehingga gula menjadi cair dan pekat
  3. Masukkan pula kelapa ke dalam adunan kuih puteri, kemudian gaul sebati.
  4. Siap

Rasa kuih ini yang manis pasti akan buat anda kecur air liur. Kami juga menulis resepi menarik yang lain selain daripada puteri mandi. Jemputlah membaca dan cuba sendiri ya.

Sumber:

  1. https://www.aziekitchen.com
  2. https://www.rasa.my/kuih-puteri-mandi-manisan-tak-lekang-dek-zaman/
Summary
Resipi Puteri Mandi yang Gebu dan Lembut
Article Name
Resipi Puteri Mandi yang Gebu dan Lembut
Description
Puteri mandi adalah antara kuih tradisional yang dijadikan sajian minum petang. Kuih ini juga popular pada bulan puasa, dijadikan sajian berbuka. Terdapat dua jenis kuih puteri mandi, iaitu kuih yang disira kelapa parut putih dan yang disira kelapa parut coklat yang telah dicampur dengan gula nisan.
Publisher Name
Ceria SIhat
Tagged: