Resipi Cornflakes Madu Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Resipi Cornflakes Madu Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya

Biskut cornflakes sangat digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Jom cuba resipi ini di hari raya nanti!

Bahan-Bahan:

  • 1 ketul mentega buttercup
  • 1/3 cawan lakanto (pengganti gula)
  • 500g cornflakes tinggi serat
  • 10 sudu makan sirap beras perang

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega dengan lakanto (pengganti gula) dalam kuali. Apabila sudah cair, tutup api.
  2. Masukkan sirap, kacau sehingga rata,
  3. Masukkan cornflakes. Gaul hingga rata dan bersalut. Anda boleh menambah buah-buahan kering atau hirisan badam. Pastikan badam dibakar terlebih dahulu.
  4. Sudukan campuran conflakes ke dalam cawan kertas.
  5. Hias mengikut kreativiti anda dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 10 minit.
  6. Hidangkan dalam bekas atau balang hari raya anda dengan cantik dan ia sudah sedia dimakan.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Cornflakes Madu Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Published On
Tagged: