Resipi Biskut Tat Nanas Keju Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Tat nanas dan hari raya berpisah tiada. Setiap rumah pasti menyediakan kuih ini pada hari raya. Jom cuba resipi kuih tat nanas keju pula!

Tat nenas dan hari raya berpisah tiada. Setiap rumah pasti menyediakan kuih ini pada hari raya. Jom cuba resipi kuih tat nenas keju pula!

Bahan-Bahan:

– Bahan Kulit:

  • 150g mentega tanpa garam
  • 50g marjerin
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 biji kuning telur
  • 225g tepung gandum (diayak)
  • 35g tepung jagung
  • 25g susu tepung
  • 50g keju cheddar (diparut halus)

– Bahan ‘Egg Wash’

  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh susu cair

– Bahan Tabur

  • 50g keju cheddar (disagat)

– Bahan Inti Nenas

  • 450g nenas (diparut)
  • 65g lakanto
  • 1/8 sudu teh garam
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3cm kulit kayu manis
  • 25g keju cheddar (diparut)
  • 1 sudu teh lemon

Cara penyediaan:

  1. Inti: Masak nenas sehingga air meresap, masukkan lakanto, garam, cengkih dan kayu manis. Kacau hingga kering. Tambahkan keju cheddar parut dan jus lemon. Gaul sehingga sebati. Dinginkan dan bentukkan dalam bulat-bulat kecil.
  2. Kulit: Pukul mentega, marjerin, lakanto selama 30 saat. Masukkan kuning telur. Pukul rata.
  3. Tambah tepung gandum penuh yang telah diayak, tepung jagung dan susu tepung sambil gaul rata. Tambahkan keju parut dan gaul sehingga sebati.
  4. Ambil adunan kulit sebesar ibu jari. Bulatkan dan leperkan. Letak inti nanas dan bulatkan kembali.
  5. Letakkan di atas loyang yang sudah disapu marjerin atau alas dengan baking paper.
  6. Bakar pada suhu 150°C pada api rendah selama 25 minit sampai separuh masak.
  7. Keluarkan tat dari ketuhar dan biarkan suam. Oles dengan kuning telur dan taburkan keju parut.
  8. Bakar semula pada suhu 150°C selama 20 minit sampai masak.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Biskut Tat Nanas Keju Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Published On
Tagged: