Resipi Biskut Mazola Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Biskut Mazola wajib ada di setiap rumah pada hari raya.

Biskut Mazola wajib ada di setiap rumah pada hari raya. Apa kata anda cuba resipi mudah ini.

Bahan-Bahan:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum penuh (diayak)
  • 1/4 cawan lakanto (pengganti gula)
  • 2 cawan kacang tanah (dikisar) – goreng dahulu tanpa minyak
  • 1 cawan minyak jagung

– Bahan hiasan:

  • Kuning telur
  • Kacang tanah goreng

Cara penyediaan:

  1. Satukan tepung gandum, lakanto (pengganti gula) dan kacang kisar. Kacau sehingga sebati.
  2. Tuang minyak jagung sambil uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan dan boleh dikepal.
  3. Bulatkan doh dan tekan sedikit dan letakkan kacang tanah di atas doh. Sapu kuning telur dan bakar doh sehingga masak di antara suhu 150°C hingga 180°C selama 20-25 minit.
  4. Biarkan ia rehat seketika dan ia siap dimakan.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Biskut Mazola Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Published On
Tagged: