Resipi Biskut Makmur Yang Sihat Dan Mudah Untuk Hari Raya
Biskut makmur digemari ramai. Cara membuatnya juga amat mudah. Cubalah hari ini!

Biskut makmur amat digemari ramai sewaktu perayaan Hari Raya. Cara membuatnya juga amat mudah. Cubalah resipi di bawah hari ini!

Bahan-bahan:

  • 3 cawan minyak sapi
  • 6 cawan tepung gandum penuh
  • Lakanto (pengganti gula) secukupnya

– Bahan Inti Kacang:

  • 1kg kacang tanah – (dibakar dan dikisar)
  • 1/2kg lakanto (pengganti gula yang dikisar halus)
  • 1 sudu teh garam laut
  • 1 senduk marjerin

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan untuk inti kacang. Gaul hingga rata dan pastikan doh boleh dikepal, kemudian cubit inti dan gentel menjadi kecil.
  2. Untuk menghasilkan doh biskut, campur tepung gandum penuh dengan minyak sapi dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  3. Setelah sebati, cubit sedikit dan balut inti kacang yang telah digentel dengan doh. Bentukkan seperti biskut almond london.
  4. Letakkan biskut ke dalam cawan kertas dan bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 35 minit.
  5. Apabila sudah siap dibakar, ayakkan sedikit lakanto (pengganti gula) yang dikisar halus di atasnya.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Biskut Makmur Yang Sihat Dan Mudah Untuk Hari Raya
Published On
Tagged: