Now Reading
Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Versi Sihat

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Versi Sihat

ayam masak lemak

Menu ayam masak lemak cili api sememangnya terkenal di Negeri Sembilan. Cara penyediaannya ringkas manakala bahan diperlukan mudah didapati tetapi kata orang, teknik memasaknya perlu tepat supaya santan tidak pecah dan kuah nampak cantik.

Bagi kebanyakan orang Jawa, mereka gemar memakannya bersama sambal goreng dan bergedel. Resipi asli dari Negeri Sembilan pula tidak menggunakan bawang. Selain itu, petua turun temurun yang dikekalkan hingga kini juga adalah tidak menggunakan minyak ketika menumis.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam, potong kecil
  • 15-25 biji cili padi
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 mangkuk besar santan
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali di atas api yang perlahan. Masukkan ayam tadi ke dalam kuali tanpa minyak dan masak sehingga kering air yang keluar dari ayam. Ini adalah supaya ayam nanti tidak berbau hanyir.
  3. Masukkan pula cili padi dan kunyit yang sudah ditumbuk halus ke dalam kjuali bersama ayam dan gaul sebati selama beberapa minit, angkat ayam dan bersedia untuk langkah seterusnya.
  4. Dalam kuali yang sama, masukkan santan dan serai. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih dan kemudian masukkan kembali ayam tadi bersama daun kunyit dan asam gelugor.
  5. Teruskan kacau supaya santan tidak pecah. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.
  6. Angkat dan hias dengan taburan hirisan daun kunyit.

Tips:

  • Kalau nak lebih sedap gunalah santan segar, tapi jika nak gunakan santan kotak pun boleh cuma kena pandai agak banyak mana air yang nak ditambah ke dalam kuah.

Kredit Gambar:

https://www.youtube.com/watch?v=5ay6OV1rkCA

Tefal Cook Easy Wok 36cm with Lid

RM329.00

Teknologi THERMO-SIGNAL® menunjukkan suhu memasak permulaan yang ideal yang menjamin tekstur, warna dan rasa yang sempurna untuk makanan berperisa penuh yang lazat. Kuali ini sangat ringan dan sangat mudah untuk dikendalikan ketika menggoreng. Ianya diperbuat daripada aluminium yang menyebarkan haba dengan sekata agar makanan yang dimasak dapat dimasak sepenuhnya. Kuali yang mempunyai lapisan tidak mudah melekat ini dapat memastikan makanan tidak menjadi hangus terbakar. Manakala, luas kuali dan kedalaman kuali ini juga agak besar dan sesuai untuk semua jenis masakan.

Mortar And Pestle Set

RM48.00

Batu lesung yang Ideal untuk menumbuk rempah, perasa, bawang putih, herba dan lain-lain. Saiz yang padat menjadikannya mudah alih dan beratnya yang ringan namun dapat tahan dengan lama,

Letakkan ramuan, rempah, atau barang kering lain ke dalam mangkuk dan tahan dengan satu tangan dan satu lagi memegang alat penumbuk. Dengan menekan alat penumbuk ke dalam mortar, dan menggerakkannya ke belakang dan sebagainya, anda boleh mengisar dan menggabungkan herba atau barangan lain. Ini adalah alat yang sesuai untuk digunakan jika anda menggunakan herba kering yang mungkin terdapat dalam kepingan besar. Ia juga berfungsi dengan baik dengan herba segar , kerana gerakan penggilingan alfa akan membantu mengeluarkan minyak pati dari daun.

error: Content is protected !!