Resipi Almond London Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Anda tidak perlu membeli kuih Almond London di kedai lagi selepas mencuba resipi yang mudah dan sihat ini.

Anda tidak perlu membeli kuih Almond London di kedai lagi selepas mencuba resipi yang mudah dan sihat ini. Cubalah membuatnya sendiri menggunakan resipi ini!

Bahan-bahan:

  • 250 mentega buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 cawan lakanto
  • 2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum penuh
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Badam biji (160-170 biji), bakar dahulu dalam ketuhar selama 20 minit
  • Cawan kertas
  • 500g coklat masakan
  • 2 sudu makan mentega koko
  • Badam (dicincang), bakar terlebih dahulu

Cara penyediaan:

  1. Satukan mentega, lakanto, kuning telur, esen vanilla dalam mangkuk. Kacau dengan sebati.
  2. Masukkan serbuk badam, tepung jagung dan tepung beras. Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung gandum penuh sedikit demi sedikit. Bergantung pada konsistensi doh, sehingga ia boleh dibentuk.
  4. Cubit doh dan letakkan sebiji badam. Bentukkan doh menjadi bujur. Ulang hingga doh habis.
  5. Bakar selama 20-25 minit menggunakan api atas dan bawah pada suhu 180°C.
  6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu
  7. Cairkan coklat dengan teknik double boiler. Tambah mentega koko dan kacau sebati.
  8. Celup biskut yang telah sejuk ke dalam coklat. Letakkan dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang.
  9. Simpan biskut dalam peti ais slama 5 hingga 10 minit.
  10. Bila sudah keras, keluarkan dari peti sejuk.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Almond London Yang Mudah Dan Sihat Untuk Hari Raya
Published On
Tagged: