durian crepe

Resepi durian crepe lebih ringkas dan mudah dari yang anda fikirkan. Selain durian, buah-buahan lain seperti strawberi dan mangga boleh digabungkan dengan whipping cream sebagai pencuci mulut. Menu ini sangat popular di Malaysia, Vietnam dan Singapura.

Isi durian yang berkrim dan beraroma dibungkus dengan crepe buatan sendiri dan dilipat menjadi bentuk bantal dan kemudian disejukkan sebelum disajikan. Ia sangat sedap dan senang untuk dibuat.

Durian adalah buah istimewa, namun mereka yang tidak tahu makan mungkin tidak menyukai buah ini. Namun, jika ada yang meminati durian, semestinya bau harumnya, rasanya akan menjadi yang bahagian paling menarik ketika menikmati buah ini..

Raja buah-buahan tropika

Pokok durian adalah pokok buah tropika di bawah turutan Malvales, keluarga Bombacaceae. Ia dianggap berasal dari Tanah Melayu atau Borneo, dan telah ditanam selama berabad-abad di Asia tropika. Ia dikatakan sebagai buah yang paling berharga di rantau ini.

Durian sangat popular di Asia Tenggara. Raja buah ini adalah sejenis buah yang disukai ramai. Durian bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, tetapi juga digunakan sebagai bahan dalam kek dan pencuci mulut.

Tips untuk durian crepe yang sedap

1. Pastikan krim betul-betul sejuk

2. Sejukkan mangkuk dan pemukul whisk di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anda mula memukul krim

3. Adonan crepe perlu berehat sekurang-kurangnya 30 minit dan sehingga 24 jam

4. Pastikan anda membersihkan lebihan minyak dari kuali dan pastikan ia betul-betul kering.

5. Masakkan crepe dengan menggunakan api yang kecil dan masak satu bahagian sahaja

6. Pastikan untuk sejukkan durian crepe yang telah disusun sebelum dihidangkan

Resepi Durian Crepe

Bahan-bahan

  • 30 g tepung gandum
  • 15 g tepung kastard
  • 50 g tepung ubi kayu
  • 150 ml air
  • 65 ml susu
  • 1 telur
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak
  • 50 ml pewarna kuning
  • 300 g krim putar
  • Durian

Langkah-langkah untuk Menyediakan

  • Campurkan tepung gandum, tepung kastard, tepung ubi kayu, gula, telur, susu, minyak dan air (100ml) sehingga menjadi adunan cair dan tidak berketul. Kemudian, gunakan penapis untuk hilangkan ketulan didalam adunan.
  • Tambahkan pewarna kuning kedalam adunan. Gaul dengan rata dan ketepikan sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Setelah adunan dicampur, tuangkan lapisan nipis ke kuali yang tidak melekat dan telah dipanaskan pada api sederhana. Tanggalkan kulit crepe setelah ia siap.
  • Pukul whipping cream hingga kembang. Letakkan 1 sudu krim yang telah kembang di tengah kulit crepe diikuti dengan sesudu durian. Balut dan lipat menjadi bentuk “bantal” yang lembut. Hidangkan ketika masih sejuk !

RUJUKAN

  • https://www.nyonyacooking.com/recipes/durian-crepe~rJAQOvjwzcbQ
  • https://whattocooktoday.com/durian-cream-pancakes.html
  • https://steemit.com/food/@shuixian/how-to-make-durian-crepe https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_871_2005-01-11.html#:~:text=The%20durian%20tree%20is%20a,prized%20fruit%20in%20the%20region
Summary
Resepi Viral Durian Crepe Mudah Dan Sedap
Article Name
Resepi Viral Durian Crepe Mudah Dan Sedap
Description
Resepi durian crepe lebih ringkas dan mudah dari yang anda fikirkan. Selain durian, buah-buahan lain seperti strawberi dan mangga boleh digabungkan dengan whipping cream sebagai pencuci mulut. Menu ini sangat popular di Malaysia, Vietnam dan Singapura.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: