udang masak lemak

Masyarakat melayu kita sangat sinonim dengan masakan lemak cili api. Tidak kira bahan apa yang digunakan, samada ikan, ayam, udang, sotong mahupun ketam memang sedap jika di buat masak lemak cili api. Disebabkan masakan ini sangat popular, jadi terdapat pelbagai variasi untuk resepi udang masak lemak.

Cara Memilih Udang Yang Segar

Udang rosak dengan mudah, jadi sangat penting untuk ketahui bagaimana memilih udang yang segar. Bukan sahaja ia penting untuk rasa dan tekstur makanan anda, tetapi juga untuk mengelakkan keracunan makanan. Elakkan memilih udang yang mempunyai bau seperti ammonia kerana itu adalah tanda bahawa udang telah rosak,

Lakukan teknik yang sama seperti membeli ikan.

  • Bau udang

Udang yang segar mempunyai bau seperti air laut. Jangan sesekali membeli udang yang berbau busuk atau klorin.

  • Sentuh

Jangan beli udang yang kering dan keras sebaliknya beli yang masih lembap. Kerana udang yang kering menandakan bahawa ia sudah lama.

  • Lihat

Udang harus kelihatan berkilat dan dalam keadaan baik. Jika terdapat bintik hitam di permukaan kulitnya itu tandanya udang itu tidak lagi segar.

Sementara itu, sebagian besar udang ternakan yang diimport biasanya ditanam di kolam, dan ia menyerap bahan kimia dari sekitarnya. Oleh itu, pilih udang anda baik-baik sebelum mula memasak.

Resepi Udang Masak Lemak

Bahan-bahan

  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 1/2 Inci Kunyit Hidup
  • 1/2 Inci Halia
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 6 Tangkai Cili Api
  • Air
  • 1 1/2 Cawan Santan
  • 1 Batang Serai
  • 1 Hiris Asam Keping
  • Kacang Panjang
  • 10 Ekor Udang
  • Garam

Arahan

  1. Kisarkan bawang besar, kunyit hidup, halia, bawang putih dan cili api dan campurkan sedikit air atau minyak masakan.
  2. Selepas itu, ambil periuk dan masukkan santan, bahan kisar serta serai dan kacau sebati.
  3. Kemudian, masukkan garam secukup rasa, asam keping dan kacang panjang. Kacau sekali lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan udang dan kacau sehingga mendidih dan udang selesai masak.
  5. Jangan biarkan kuah anda dibiarkan begitu sahaja. Kuah hendaklah sentiasa di kacau supaya santan tidak pecah minyak.
  6. Udang masak lemak siap untuk dihidang.

Selamat mencuba resepi ini !

RUJUKAN

Summary
Resepi Udang Masak Lemak Untuk Seisi Keluarga
Article Name
Resepi Udang Masak Lemak Untuk Seisi Keluarga
Description
Masyarakat melayu kita sangat sinonim dengan masakan lemak cili api. Tidak kira bahan apa yang digunakan, samada ikan, ayam, udang, sotong mahupun ketam memang sedap jika di buat masak lemak cili api. Disebabkan masakan ini sangat popular, jadi terdapat pelbagai variasi untuk resepi udang masak lemak.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: