Now Reading
Resepi Topping Coklat: Pemanis Mulut Viral

Resepi Topping Coklat: Pemanis Mulut Viral

Mengalami stress? Coklat! Hendak menyambut ulang tahun? Coklat! Duduk di kafe? Coklat! Jom belajar resepi topping coklat yang boleh anda praktis di rumah untuk menghilangkan rasa craving.

Sepertinya coklat adalah makanan yang sangat dekat dengan kehidupan kita. Tidak hanya menjadi kegemaran penduduk seluruh dunia, coklat juga disebut sebagai universal craving.

Selain kemasan yang menarik, coklat turut memiliki daya tarik dari komposisi kimianya. Jika dilihat dari segi bahan, coklat mengandung gula, lemak, dan cocoa butter. Cocoa butter inilah yang memberikan sensasi meleleh di mulut yang banyak disukai oleh orang.

Satu potong coklat tidak pernah cukup, banyak dari kita yang sering menghabiskan satu bungkus terus. Ditinjau dari bahan kimia yang terkandung di dalamnya, coklat terdiri atas xanthine dan theobromine.

Tambahan pula, coklat juga mengandung magnesium, yang cukup menjelaskan kenapa kita berasa craving kerana tubuh badan kita sering mengalami pengurangan magnesium. Coklat juga mengandung 380 zat kimia lain yang berfungsi untuk meningkatkan penghasilan neurotransmitter, zat yang digunakan oleh sel otak untuk berkomunikasi satu sama lain.

Kek Coklat Moist

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu kecik ovalett
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Coklat chip untuk hiasan

Topping:

  • 2 cawan dark coklat coin
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega

Kaedah Penyediaan:

  • Ayak tepung, soda, baking powder dan serbuk koko bersama. Ketepikan.
  • Pukul telur, ovalett, esen vanila dan gula hingga kembang.
  • Masukkan susu dan pukul lagi. Kemudian masukkan minyak dan pukul lagi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul kemudian masukkan air panas dan pukul sebati.
  • Panaskan oven dahulu 10 minit dengan suhu 160° celsius dan tuangkan adunan ke dalam loyang 8×8 yang dilapik dengan kertas paper non-stick parchment.
  • Bakar adunan suhu 160° celsius selama 1 jam atau kek masak. Gunakan api atas dan bawah. Bila kek telah masak sejukkan dahulu.
  • Untuk topping, buat secara double boiler kesemua bahan-bahan topping. Sejukkan coklat tersebut baru tuangkan pada atas kek yang telah sejuk. Kemudian taburkan coklat chips. Tapi adalah lebih sedap sekiranya tabur coklat chips dalam adunan.

Kek Batik Coklat Berganda

Bahan A (Utama)

  • 2 baris biskut merrie
  • 1 cawan besar coklat coin

Bahan B (Untuk Dikisar)

  • 1 cawan besar mentega
  • 5 biji telur
  • 1 cawan besar serbuk coklat
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 cawan gula biasa
  • 1 peket serbuk milo 3in1
  • 1/2 cawan tepung kek

Bahan C (Untuk Topping)

  • 1 cawan coklat coin
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 3 sudu besar cheese cheddar disagat

Kaedah Penyediaan:

  • Mula-mula sekali sediakan bahan-bahan. Kemudian masukkan kesemua bahan B untuk dikisar ke dalam blender, dan blend sehingga cair sebati.
  • Kemudian masukkan ke dalam kuali, dan buka api perlahan serta masukkan garam untuk rasa lemak. Masukkan coklat coin dan sentiasa gaul sehingga pekat berketul.
  • Bila dah pekat dan berketul, boleh patah dua biskut merrie, dan gaulkan sehingga sebati kesemuanya. Kemudian tutup api.
  • Masukkan biskut yang bergaul tadi ke dalam loyang saiz 8. Masukkan dahulu plastik ye supaya senang nak angkat keluar. Tekan-tekankan dengan senduk sehingga mampat. Ketepikan.
  • Untuk topping, gunakan cara double boiling. Masukkan kesemua bahan B kecuali cheese cheddar ke dalam mangkuk tahan panas dan letak dalam kuali yg dibuka api. Api perlahan sahaja. Secara automatik, coklat dalam mangkuk tadi akan cair dan boleh gaul sebati.
  • Seterusnya, bila dah cair, bolehlah dimasukkan ke dalam kek batik tadi dan ratakan. Kemudian, sagat cheese cheddar. Terpulang citarasa masing-masing nak letak kekacang pun boleh. Siap dan selamat mencuba!

Puding Coklat Gula Hangus

Bahan-bahan:

  • 400 ml Susu Penuh Krim
  • 200 ml Krim Putar
  • 150 gm Gula Kastor
  • 6 Biji Telur
  • 1 Sudu Teh Vanilla
  • 1 Sudu Besar Serbuk Coklat Bensdorp
  • 50 Gm Coklat Gelap Compound

Bahan Untuk Karamel

  • 150 gm Gula kastor
  • 4 Sudu Besar Air

Bahan Untuk Topping

  • Secukup Rasa Krim Putar
  • Secukup Rasa Serpihan Kacang Badam Dipanggang

Bahan Untuk Hiasan

  • Secukup Rasa Coklat Gelap Compound Diparut
  • Secukup Rasa Julie’s Love Letters (Kuih Belanda Berkrim Coklat)
  • Bar Coklat

Kaedah Penyediaan:

  • Sediakan bahan-bahan.
  • Sapukan acuan dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  • Untuk karamel, masukkan gula pasir ke dalam kuali, nyalakan api kecil, dan biarkan gula cair dan berubah warna menjadi keperangan, masukkan air dan biarkan untuk mendidih sebentar, gaul rata, keluarkan dan tuangkan karamel ke dalam acuan. Ketepikan.
  • Masukkan ke dalam periuk bahan-bahan seperti susu, krim putar, gula pasir, vanilla, serbuk coklat, dan coklat gelap compound, gaul rata, dan masak dengan api kecil sehingga semua bahan melarut, sambil dikacau berterusan. Setelah panas, matikan api dan keluarkan.
  • Pukul telur dengan garpu secara perlahan, kemudian tuangkan cecair campuran panas ke dalam telur yang sudah dipukul, gaulkan dengan perlahan sehingga bercampur sebati, kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam acuan.
  • Panaskan pengukus, balutkan penutupnya dengan kain bersih, kukus Creme Caramel selama 20-25 minit dengan api sederhana. Setelah masak, keluarkan dan biarkan sehingga betul-betul sejuk, kemudian simpankan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman. Keluarkan Creme Caramel, kikiskan bahagian tepinya dengan perlahan menggunakan pisau untuk mengeluarkannya.
  • Hidangkan Chocolate Creme Caramel, dengan krim putar ataupun buah kesukaan. Selamat mencuba.

Wah! sedap kan resepi – resepi yang ada topping coklat di atas? Jom cuba kesemuanya! Tajamkan skill baking anda dengan mencuba resepi-resepi baru yang enak dan lazat. Pastikan anda mengikuti kesemua arahan dengan teliti supaya pencuci mulut anda menjadi.

Sumber:

See Also
Resepi Cendol Yang Sedap Dan Mudah

1) https://cookpad.com/my/search/topping%20coklat?page=2

2) https://kumparan.com/lampu-edison/mengapa-kita-sangat-suka-coklat-1rsnf43oN50

3) http://hashtagcookielicious.blogspot.com/2017/08/resepi-topping-coklat-moist-viral-sedap.html

error: Content is protected !!