Resepi Tomyam Thai Seperti Rasa Asli Di Kedai Siam
Bagi mereka yang selalu makan di kedai Siam atau kedai Thai, jom kita cuba resepi tomyam Thai pula kali ini agar anda tidak perlu lagi ke kedai untuk makan tomyam?

Bagi mereka yang selalu makan di kedai Siam atau kedai Thai, anda mesti tahu betapa enaknya hidangan tomyam mereka dengan rasa sedikit manis, masam dan pedas bukan?

Apa kata kita cuba sediakannya di rumah pula? Jadi, lepas ni tak perlulah makan di luar semata-mata menginginkan hidangan tomyam sahaja. Buat di rumah lebih mudah dan menjimatkan duit.

Bahan-bahan:

  • Pes tomyam
  • Lengkuas
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Bawang putih
  • Bawang Holland
  • Makanan laut (ikut pilihan)
  • Santan cair
  • Susu pekat manis
  • Sos ikan thai
  • Cili padi

Bahan-bahan lain:

Cara penyediaannya:

  1. Masukkan pes tomyam, lengkuas, serai, daun limau purut, bawang putih, cili padi dan bawang Holland ke dalam santan cair.
  2. Masak sehingga kuah mendidih. Pastikan anda sentiasa mengacaunya agar santan tidak pecah.
  3. Masukkan bahan makanan laut yang anda inginkan seperti udang, sotong dan lain-lain kemudian perasakan dengan sos ikan thai dan susu pekat manis.
  4. Sesuaikan rasanya mengikut cita rasa anda.
  5. Masukkan sayur seperti bunga kobis dan cendawan kemudian biar ia masak seketika.
  6. Elakkan masak terlalu lama agar sayur tidak terlalu masak atau lembik.
  7. Padamkan api dan masukkan tomato, sedikit jus limau nipis dan daun ketumbar.
  8. Hidangan tomyam anda siap dihidangkan bersama nasi putih panas!

Selamat mencuba!

SUMBER

https://saji.my/resepi-tomyam

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Tomyam Thai Seperti Rasa Asli Di Kedai Siam
Published On
Tagged: