pes tomyam thai

Tomyam adalah salah satu resipi dari negara Thailand yang paling terkenal di negara kita. Keistimewaan tomyam ini adalah kerana ia menggunakan pes tomyam Thai. Oleh itu, rasa pedas dan juga manis hidangan ini sangat seimbang, sesuai dengan selera masyarakat kita.

Tomyam adalah sejenis sup panas, pedas, dan masam. Dalam bahasa Thailand, ‘tom’ bermaksud rebus atau didih. Manakala ‘yam’ pula membawa maksud campur. Tomyam mempunyai rasa yang manis, pedas, dan masam yang seimbang. Terdapat banyak versi tomyam sebenarnya, antaranya adalah tomyam nam sai, tomyam nam khon, tomyam kathi, tomyam kung, tomyam pla dan banyak lagi.

Di sini akan dikongsikan resepi tomyam mudah dan pastinya sedap yang menggunakan pes tomyam Thai untuk anda yang ingin mencuba menu ini. Mari kita lihat resepinya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • Udang
  • Ayam – dipotong kecil
  • Sotong – dipotong kecil
  • Daging – dipotong kecil
  • 1 batang serai – diketuk
  • 2 sudu besar pes tomyam Thai
  • 5-6 helai daun limau purut
  • 1 biji tomato – dibelah 4
  • 1 batang lobak merah
  • 1 paket baby corn
  • 1/4 biji bunga kobis
  • 4-5 biji cili merah
  • Cendawan tiram
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula sebagai perasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula sekali, masukkan air ke dalam periuk dan masukkan pula bawang putih dan serai yang telah diketuk serta daun limau purut. Didihkan.
  2. Kemudian, masukkan pes tomyam Thai dan kacau hingga menjadi sebati dengan kuah. Boleh masukkan lebih pes mengikut citarasa anda.
  3. Letakkan udang, ayam, udang, dan sotong yang telah dipotong kecil-kecil tadi. Masak dengan api sederhana.
  4. Tambahkan bawang besar yang telah dihiris, cili merah, bunga kobis, lobak merah, dan baby corn. Tunggu sehingga mendidih.
  5. Setelah kuah mendidih, masukkan pula cendawan diikuti dengan tomato.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.
  7. Tutup api dan tomyam sedia untuk dihidangkan.

Mudah bukan? Bahan-bahan yang digunakan amat senang didapati di mana-mana pasar raya. Untuk anda yang baru ingin mula belajar memasak tomyam, bolehlah guna resepi tomyam menggunakan pes tomyam thai yang kami kongsikan ini. Pasti sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas bersama dengan nasi putih.

Semoga perkongsian resepi ini memberi manfaat untuk anda dan selamat mencuba!

TIPS:

  • Anda juga boleh tambahkan susu sejat atau santan ke dalam masakan anda. Apapun ia terpulang kepada citarasa dan selera anda.
  • Tomyam boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

Sumber:

https://www.eatingthaifood.com/tom-yum-soup-recipe/

https://www.athirahassin.com/2017/09/rahsia-tomyam-thai-sedap-kaw-kaw.html

https://www.vitdaily.com/resepi-kuah-tomyam-sedap-sama-macam-restoran-thai/

https://en.wikipedia.org/wiki/Tom_yum

Summary
Resepi Tomyam Menggunakan Pes Tomyam Thai
Article Name
Resepi Tomyam Menggunakan Pes Tomyam Thai
Description
Tomyam adalah salah satu resipi dari negara Thailand yang paling terkenal di negara kita. Keistimewaan tomyam ini adalah kerana ia menggunakan pes tomyam Thai. Oleh itu, rasa pedas dan juga manis hidangan ini sangat seimbang, sesuai dengan selera masyarakat kita.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: