Resipi tom yam sihat
Tom yam merupakan sup klasik yang masam berasal dari negara Thailand.

Tom yam merupakan sup klasik yang masam berasal dari negara Thailand. Ia sesuai dimakan dengan nasi dan hidangan lain seperti telur dadar.

Kuahnya dipenuhi rasa aromatik dengan kepedasan dari cili dan sedikit rasa masam daripada asam jawa, masin daripada sos ikan dan sudah tentu ia sangat menyelerakan. Tom yam adalah sejenis hidangan yang cepat dan mudah dimasak, dipenuhi dengan bahan-bahan sihat yang mengenyangkan. Bergantung kepada bahan-bahan yang anda miliki, anda boleh menambah pelbagai jenis sayur yang berbeza seperti asparagus, bok choi, kacang hijau, kubis bunga dan sebagainya. Apabila sayuran dimasak dengan cara yang ringkas, ia mengekalkan nutrien di dalamnya. Selain itu, anda juga hanya perlu merebus bahan-bahan mentah seperti udang, dada ayam, ikan isi putih atau tofu tanpa menggoreng menggunakan minyak. Namun begitu, setiap bahan-bahan tersebut memerlukan tempoh masakan yang berbeza.

Hidangan: 2 orang

Bahan-Bahan:

Untuk pes

  • 1 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang
  • 1 batang serai, dicincang
  • 2cm lengkuas (atau halia), dikupas dan dicincang
  • 2 biji bawang merah, dikupas dan dicincang
  • 4 helai daun limau
  • 2 biji tomato, dibuang biji dan dicincang
  • 1 tangkai daun ketumbar, batangnya sahaja (simpan daun untuk kemudian)
  • 1-2 tangkai cili mata burung (secukup rasa), dibuang biji dan dicincang
  • 25g gula melaka atau gula perang
  • 2 sudu besar minyak sayuran
  • Garam

Untuk sup

  • 1 sudu besar minyak sayuran
  • 1 liter stok ikan atau sayur-sayuran
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 8 ekor udang mentah bersaiz besar
  • Brokoli, dipotong kecil
  • 50g cendawan tiram, dikoyak
  • 6 batang jagung kecil, dicincang kasar
  • 2 helai daun limau, diracik
  • Jus limau

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua ramuan untuk pes ke dalam pengisar. Perasakan dengan garam dan kisar sehingga halus.
  2. Panaskan satu sudu makan minyak sayuran dalam kuali besar atau periuk dengan api sederhana, masukkan pes dan tumis selama 2-3 minit, sehingga rempah-rempah mengeluarkan bau.
  3. Tuangkan stok ikan atau sayur dan kacau dengan baik sehingga mendidih.
  4. Kurangkan haba dan reneh selama 10 minit. Larutkan pes asam jawa dalam 5 sudu besar air panas dan tambah ke dalam stok, bersama dengan sos ikan.
  5. Tambah udang ke dalam periuk, diikuti dengan brokoli, cendawan dan jagung kecil. Rebus selama 3-4 minit, atau sehingga udang dimasak.
  6. Perasakan dengan gula melaka atau gula perang.
  7. Tuangkan sup ke dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun ketumbar, daun limau yang dicincang dan perasakan dengan jus limau.

Selamat mencuba!

Summary
recipe image
Recipe Name
Resipi Tom Yam Sihat
Published On
Tagged: