telur masak kicap

Apabila sebut telur, banyak orang akan terbayang pelbagai menu masakan telur yang boleh dibuat. Paling senang ialah telur mata kerbau, telur dadar ataupun telur masak kicap.

Telur merupakan satu makanan yang anda boleh masak jika anda tiada idea hendak memasak menu lain. Walau bagaimanapun, jika anda sentiasa hanya goreng telur pun bosan juga.

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara masakan telur yang anda boleh cuba di rumah seperti telur masak kicap, sup telur, dan lain-lain. Masakan telur sangat mudah dibuat di rumah.

Sebelum kami kongsikan salah satu resepi masakan telur untuk anda, kami juga akan berkongsi sedikit info ekstra tentang telur. Telur bukan sahaja sedap dan mudah untuk disediakan tetapi ia juga memberi banyak manfaat kepada kesihatan kita.

Resepi Telur Masak Kicap Mudah 13 Bahan | Resepi Populer

Telur mempunyai tahap protein yang tinggi berbanding sumber protein yang lain. Telur juga kaya sumber seperti kalsium, folat, vitamin A, vitamin D, vitamin B, dan mineral lain. Telur juga memastikan badan kita tidak mudah dijangkiti bakteria dan virus semulajadi. Ia akan memberi manfaat kepada sistem imun kita.

Selain itu, ia juga memberi tenaga kepada kita kerana ia mengandungi kandungan vitamin B yang tinggi. Satu lagi manfaat tentang telur adalah ia boleh mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Kandungan mineral dan vitamin dalam telur boleh meningkatkan tahap serotonin dalam badan kita sekaligus mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Wow! Banyak betul manfaat telur. Mulakan menambah telur dalam diet harian anda!

Hari ini kami akan kongsikan resepi masakan telur iaitu telur masak kicap. Jom kita cuba!

Bahan-bahan:

  • Telur 5 biji
  • Bawang besar 1 biji (dihiris)
  • Bawang putih 3 ulas (dihiris)
  • Cili merah 1 biji (dihiris)
  • Cili hijau 1 biji (dihiris)
  • Sos tiram 1 sudu makan
  • Air 1 cawan
  • Kicap manis 4 sudu besar.


Mahsuri Savoury Sweet Soy Sauce 410ml

RM 9.90

Dibuat dari soya yang tidak diubahsuai secara genetik, Mahsuri menawarkan keseimbangan rasa manis dan rasa. Ini boleh digunakan dalam resipi atau sebagai saus sendiri. Produk buatan Malaysia.

Fermentasi secara semula jadi, 100% tanpa GMO, diproses secara semula jadi, dan tanpa tambahan pengawet.


Maggi Oyster Flavoured Sauce (500g)

RM 12.50

Diperbuat dari ekstrak tiram sebenar. Sesuai untuk memasak hidangan untuk menaikkan aroma makanan laut yang unik dan enak di setiap hidangan.

Ciri-ciri:

  1. Rasa Kaya Unik – Sos tiram memberikan setiap hidangan dengan rasa yang kaya dan meningkatkan rasa semula jadi pada masa yang sama.
  2. Daging Tetap Lembap dan Berair – Semasa memasak, setiap bahagian daging dilapisi dengan sos kaya tebal, membantunya tetap berair dan beraroma.
  3. Lapisan berkilat untuk pinggan – Hanya sos tiram yang boleh dimakan.
  4. Rasa aromatik – Aroma makanan laut yang unik dan enak yang menaikkan setiap hidangan


Adabi Premium Sweet Soy Sauce 660ml

RM 8.90

Reverse Osmosis (RO) Air adalah air hygenik yang bebas dari kekotoran dan klorin. Ia digunakan untuk menghasilkan kicap Adabi berkualiti tinggi. Adabi Quality Seal menjamin pengeluaran produk Adabi yang berkualiti tinggi menggunakan teknologi canggih dan diproses pada standard tertinggi Jabatan Kawalan Mutu Adabi. Nutrien Vitamin A + C yang membantu menguatkan sistem ketahanan badan, tulang, gigi dan penglihatan.


Life Oyster Flavoured Sauce (250g)

RM 4.90

Life Brand Sauce terkenal di Malaysia dengan ayam goreng KFC, keduanya di bawah QSR Brands (M) Holdings Bhd. Life Brand Sauce adalah ENAK kerana populariti jenama itu menyebutkannya seperti itu. Walaupun terdapat sos cili, sos tiram adalah salah satu sos berkualiti di Malaysia.

  • 100% sos baru dan berkualiti tinggi
  • Diperakui HALAL
  • Rasa sedap
  • Diproses dari bahan berkualiti tinggi
  • Jenama tempatan
  • Tanpa perisa tambahan
  • Setiap botol memberi anda rasa semula jadi yang lengkap
  • Tanpa perasa tiruan

Cara penyediaan:

  1. Telur perlu digoreng dulu. Gorengkan telur mata kerbau. Selepas goreng, ketepikan.
  2. Bersihkan kuali dan panaskan dengan sedikit minyak.
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sehingga naik bau.
  4. Kemudian, campurkan kicap manis, sos tiram, cili merah, cili hijau dan air. Gaul sebati.
  5. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
  6. Kemudian masukkan telur mata kerbau yang telah digoreng. Gaul sehingga sebati.
  7. Biarkan sekejap dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.

TIPS:

  1. Jika tidak ada cili merah atau cili hijau, anda boleh gantikan dengan lada hitam untuk masakan ini.

Sumber:

https://christieathome.com/blog/chinese-soy-sauce-eggs/

www.huangkitchen.com

http://www.dvo.com/recipe_pages/china/Fried_Eggs_With_Soy_Sauce.php

Tagged: