tauhu bergedil
Jika anda kurang gemar makan tauhu, apa kata anda cuba tauhu bergedil iaitu tauhu yang digoreng bersama inti dan dicicah dengan sos kicap pedas? Pastinya selepas ini, anda akan mahukannya lagi.

Jika anda kurang gemar makan tauhu, apa kata anda cuba tauhu bergedil iaitu tauhu yang digoreng bersama inti dan dicicah dengan sos kicap pedas? Pastinya selepas ini, anda akan mahukannya lagi.

Tauhu kering ialah tauhu yang disumbat dengan kentang dan ayam, kemudian dicelup telur dan digoreng. Dimakan dengan sos, bawang goreng dan daun bawang.

Kadangkala, harganya mungkin sedikit mahal dengan saiz yang tidak seberapa, jadi apa kata anda sediakannya di rumah sahaja? Sumbat sahaja dengan inti yang penuh dan ubah kepedasan sambal kicap mengikut cita rasa anda. Mudah kan?

Jom kita lihat cara penyediaannya di bawah.

Bahan-bahan :

  • Kentang 1 1/2kg direbus sampai empuk dan ditumbuk.
  • Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis).
  • 3 biji cili besar dadu (tumis).
  • Sebiji kecil carrot dadu (tumis).
  • Cendawan butang dadu 1/2 tin (tumis).
    Bawang goreng (bawang besar dihiris, gaul dengan tepung gandum dan goreng sampai garing). *kalau mahu senang, boleh beli bawang goreng yang sudah siap.
  • Daun bawang/daun sup.
  • Lada sulah/lada hitam.
  • Tepung gandum 2 sudu.
  • Garam.
  • Tauhu kering 2 paket besar.
  • Telur.

Cara-cara :

1. Gaulkan semua bahan kecuali tauhu kering.
2. Gunting 4 bahagian atas tauhu kering.
3. Keluarkan isi dalam tauhu. Gaulkan dengan bahan isi tadi.
4. Kemudian sumbat balik dalam tauhu.
5. Celup ke dalam telur + sedikit garam + sedikit tepung.
6. Kemudian goreng dalam minyak yang panas dan banyak hingga tauhu separuh tenggelam. Guna api sederhana. Siap.

Resipi Sos

  • 4 sudu cili kering.
  • Secawan air.
  • Gula melaka se-inchi yang bulat.
  • Sos tiram sesudu.
  • Kicap manis 5 sudu.
  • Garam.
  • Gula.
  • Tepung gandum, bancuh dengan air. Hingga jadi air tepung.
  • Kalau mahu pedas, boleh tambah cili padi.

Cara-cara :

1. Tumis cili kering sampai pecah minyak.
2. Masukkan semua bahan kecuali air tepung.
3. Bila sudah mendidih baru masukkan air tepung.
4. Rasa sos ikut selera masing-masing mahu pedas atau manis.

Kenwood Blender

RM149.00

Motor 400W sesuai untuk kegunaan harian dengan fungsi 2 kelajuan dan pulse bagi mengikut kesesuaian. Pengisar Kenwood juga sesuai untuk mengisar kacang dan rempah. Mempunyai unit pisau keluli tahan karat yang boleh ditanggalkan bagi memudahkan pembersihan dan hasil yang baik.

Kuasa motor luarbiasanya memberikan hasil yang baik namun bahagian terbaiknya adalah terletak pada kelajuan yang boleh ditingkatkan perlahan-lahan untuk memastikan poket udaranya tidak mengangkat bahan-bahan ke atas dan seterusnya tidak sampai pada pisau pengisar.

Panasonic Electric Oven

RM689.00

Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

SUMBER

https://daridapur.com/resepi-tauhu-begedil/

https://www.bidadari.my/resepi-begedil/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Tauhu Bergedil Yang Sedap Dan Sihat
Published On
Tagged: