Now Reading
Resepi Tart Cadbury Yang Mudah

Resepi Tart Cadbury Yang Mudah

Tart cadbury ialah hidangan yang semakin popular sejak kebelakangan ini lebih lebih lagi di bulan Ramadhan dan Syawal. Ia diolah daripada resepi tart nenas namun nenas itu diganti dengan Cadbury Dairy Milk yang kita sedia maklum coklat merupakan kegemaran semua peringkat umur dari yang muda hinggalah yang tua.

Cadbury Dairy Milk memberi rasa coklat yang bukan setakat manis tetapi juga mewah yang sesuai untuk semua golongan umur. Resepi tart cadbury sangatlah mudah kerana ia hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Tart cadbury sangat lah popular dijadikan kuih raya dan selalunya ia antara kuih raya yang akan habis dulu!

Bahan Bahan untu membuat Tart Cadbury

  • 250g mentega
  • 1 sudu teh minyak sapi
  • 3 1/4 cawan tepung gandum
  • Acuan tart
  • Cadbury Dairy Milk
  • Telur kuning (digunakan sebagai hiasan)

Cara Cara Menyediakan Tart Cadbury

  1. Campurkan 250g mentega, 1 sudu teh minyak sapi dan juga 3 1/4 cawan tepung gandum.
  2. Kemudian, gaul bahan bahan ini hingga menjadi doh yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras. Selepas itu, rehatkan doh yang telah digaul di dalam chiller selama 5 hingga 10 minit. Pastikan anda tidak rehatkan kurang daripada 5 minit.
  3. Selepas 10 minit, terapkan acuan doh tersebut di dalam dulang menggunakan acuan tart yang sedia ada.
  4. Ambil sekeping Cadbury Dairy Milk Chocolate dan gulung dengan adunan yang diterap di dalam dulang. Ulang langkah ini mengikut berapa tart cardbury yang anda mahukan.
  5. Akhir sekali, sapukan telur kuning di atas tart dan bakar 160’C menggunakan api atas dan bawah. Anda dinasihatkan untuk bakar selama 15 hingga 20 minit supaya tart cardbury anda benar benar masak.
  6. Selepas 20 minit, anda boleh hidangkan tart cadbury ini sebagai kuih raya sempena Hari Raya Aidilifitri yang bakal tiba.

Sumber

https://cookpad.com/in/recipes/5173970-tart-cadbury

error: Content is protected !!