resepi takoyaki
Takoyaki adalah sejenis hidangan seperti bentuk bebola yang terkenal dari negara Jepun.

Takoyaki adalah sejenis hidangan seperti bentuk bebola yang terkenal dari negara Jepun. Dengan bahan seperti sotong, telur dan bahan-bahan mudah lain, anda juga boleh buatnya sendiri di rumah kerana harganya mungkin agak mahal jika dibeli di luar. Malah, anda juga mungkin tidak puas kerana saiz atau bahannya yang tidak mencukupi.

Jadi, apa kata kita sediakan sendiri hidangan ini di rumah dan bolehlah ia jadi makanan ringan bagi seisi keluarga anda dalam versi sihat iaitu bebas gluten, gandum dan rendah karbohidrat.

Jom lihat cara penyediaan takoyaki di bawah.

Bahan-bahan adunan:

  • 24 biji badam utuh
  • 3 sudu tepung kelapa
  • 3 biji telur
  • 2 cubit garam laut

Bahan-bahan isian:

  • 1/2 cawan daging kisar
  • 1/2 cawan daun bawang

Bahan-bahan hiasan atas:

  • 1 sudu minyak kelapa dara
  • 1 sudu ‘nori flakes seaweed’
  • 2-3 sudu ‘katsuo-bushi bonito flakes’

Cara penyediaan:

  1. Kisar halus badam sehingga menjadi seperti tepung.
  2. Campurkan serbuk badam, tepung kelapa dan garam dalam satu mangkuk dan gaul rata.
  3. Tambahkan telur dan kacau hingga ia agak lembut.
  4. Hiris daun bawang dan masukkan dalam adunan.
  5. Masak daging kisar sampai betul-betul masak dan ketepikan setelah siap.
  6. Sapukan acuan tayokayi anda dengan sedikit minyak kelapa dara dan letakkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  7. Biarkan minyak agak cair dan cedok sedikit adunan bagi setiap acuan.
  8. Tambahkan daging kisar yang telah dimasak dan tekan ke dalam menggunakan sudu kecil atau ‘chopsticks’.
  9. Dengan sudu kecil atau tangan yang bersih, tambahkan sedikit ‘beni shoga’ di atas adunan.
  10. Selepas itu, tutup keseluruhan adunan dengan tambahan adunan lain. Tapi, anda juga boleh membiarkannya begitu sahaja.
  11. Setelah hampir 1-2 minit, cucuk takoyaki hingga bahagian bawahnya menggunakan pencungkil gigi untuk melihat jika ia sudah masak atau belum.
  12. Terbalikkan takoyaki anda dan buang lebihan adunan di tepinya untuk memberi kemasan yng baik.
  13. Terbalikkan lagi sekali sehingga ia membentuk seperti bola kecil.
  14. Apabila sudah berwarna keperangan, cucuk takoyaki anda dan keluarkan daripada acuan.
  15. Untuk menghidangkannya, tuangkan sedikit minyak kelapa dara pada atas takoyaki anda.
  16. Hiaskan juga dengan sedikit ‘nori seaweed flakes’ di atasnya dan taburkan sahaja begitu.
  17. Hidangan takoyaki anda versi sihat siap dihidangkan!

Selamat mencuba!

SUMBER

http://www.eyesandhour.com/healthy-takoyaki-recipe/

Summary
recipe image
Recipe Name
Resepi Takoyaki Mudah Tapi Sihat Untuk Anda Seisi Keluarga
Published On
Tagged: